Ding Dong Ding Dong
Loceng rumah Batrisyia berbunyi. Hah! Dia dah sampai! Batrisyia mempersiapkan dirinya ala kadar. Shawl dililit begitu sahaja. Bukan apa, takut nanti lambat. Perempuan kan biasanya bersiap lama. Hehe.
"Welcome! Masuklah Irfan, kami memang sedang tunggu awak. " kata Batrisyia sejurus selepas membuka pintu. Dia terpersona melihat Irfan. Rambut Irfan disikat kemas. Walaupun hanya berpakaian T-shirt hitam biasa, Batrisyia masih terpikat dengan kehenseman Irfan. Senyuman Irfan juga berjaya mencairkan hatinya.
"Isya, saya gugup pula. " kata Irfan sambil menggosok kedua-dua belah tapak tangannya. Dia rasa berdebar-debar. Fuh. Hari ini dia nak menghadap bakal bapa mertuanya. Eh, awal sangat ea? Hahaha.
Doktor Azlan berjalan menuju ke ruang tamu. Irfan terus bangun dan bersalaman dengan Doktor Azlan. Dia menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. Doktor Azlan membalas dengan senyuman manis.
"Macam ni, Doktor Azlan, saya berhajat nak bernikah dengan Batrisyia kalau pakcik izinkan. " ucap Irfan. Nafasnya menjadi tidak teratur. Jantungnya berdegup laju. Haish, macam ni ke rasa nak kahwin? Hatinya berdebar semacam.
"Ouh, itulah. Sebelum ni, Isya ada juga cakap dekat pakcik yang kamu melamar dia. Hmm, pakcik nak tanya. "
"Ouh, silakan pakcik. Insya Allah saya akan cuba jawab. "
Eh, asal formal sangat aku ni. Irfan! Kau kenapa ni!
"Kamu yakin, kamu boleh kawal penyakit kamu tu? Bukan apa, cuma pakcik tak mahu Isya tercedera sekali lagi kerana perbuatan kamu yang luar dari kawalan itu. "
"Insya Allah pakcik. Saya dalam proses pemulihan. Saya akan berusaha keras untuk sembuh. Selebihnya, saya bertawakal pada Allah. "
Aduh, gigil pula tangan aku ni. Gulp. Okay tak jawapan aku tu? Irfan memberi isyarat mata pada Batrisyia. Batrisyia tidak memandang ke arahnya. Haish, dia ni memang tak nak tolong aku ke? Aku kena hadap semua ni seorang diri ke?
Batrisyia tersenyum. Dia memang sengaja tidak memandang Irfan. Dia mahu menguji tahap kesungguhan Irfan. Haha, kelakar juga usik dia ni. Irfan, Irfan. Sebab tulah aku sayang kau.
Setelah habis perbincangan, akhirnya, Doktor Azlan bersetuju dengan hajat Irfan. Irfan bersyukur. Rasanya dia lah manusia yang paling beria sebab akhirnya dia boleh berkahwin dengan orang yang dia sayang. Siapa je yang tak gembira? Yeay!
Doktor Azlan bangun lalu meninggalkan mereka untuk memberi peluang bersembang. Alhamdulillah, Isya. Papa happy sangat bila tengok Isya happy. Sayangnya, kalau mama ada lagi... Mesti dia juga gembira...
Haih, Ina... Abang rindu sangat dekat Ina...
"Awak, saya dah dapat kerja tau. "
"Wah!!! Seriously?! Awak kerja apa? Tak sangka awak sanggup buat apa sahaja demi kita. "
"Mestilah Isya, saya akan buat apa sahaja untuk masa depan kita. Ouh, saya kerja sebagai pramugara Airbus je. Alhamdulillah, saya nak belajar berdikari. Sampai bila saya nak susahkan makcik dan pakcik saya. "
"Pramugara?! That's good! Nanti bila kita dah kahwin awak boleh angkut saya pergi jalan-jalan sekali. Hehe. "
"Amboi, gatal ea. Ok, ok. Saya akan bawa awak ke mana-mana sahaja saya pergi. Hehe. "
"Ish, takde lah. Saya gurau je. Habistu macam mana dengan pesakit-pesakit saya. Kesian mereka. "
"Yelah. Doakan saya tau. Esok saya start kerja. Saya fly pergi Amsterdam. "
![](https://img.wattpad.com/cover/168323559-288-k668795.jpg)
YOU ARE READING
Psikologi Cinta ✓
Romansa| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Pemergian Puan Hazlina telah meninggalkan kesan kepada Batrisyia Airiz. Papanya, Doktor Azlan telah berkahwin den...