"ASYRAF, thanks sebab hantar I. Susahkan you je. " kata Sarah sambil tertunduk malu. Wey, hensemnya dia ni. Memang ciri-ciri lelaki idaman wanita. Rambut, wajah, sungguh mengasyikkan. Eh, nampak sangat ke perigi yang cari timba? Well, you know what? Who care? This is Sarah. She can get anything that she wants.
"Welcome, alah benda kecil je. Hmm, Sarah... Kalau boleh malam ni I nak ajak you pergi birthday party kawan I. You nak ikut? " tanya Asyraf
Wow! Seriously?! Dia ajak aku?! Oh my god! Sarah, relax Sarah. Control ayu Sarah. Fuh. Merah mukanya. Teruja. Excited. Semua ada. Dengan pantas Sarah mengangguk. Orang bodoh je yang lepaskan peluang keemasan ni. Bersinar matanya memandang Asyraf.
"Great! Nanti I jemput you pukul 8 malam okay? Bye. Got to go. I'll see you later dear. " kata Asyraf sambil mencium lembut pipi Sarah. Sarah terkejut. Dia terkesima. Tangannya menyentuh pipinya yang semakin membahang. Jantungnya berdebar-debar. Nafasnya tidak teratur. Dia dah betul-betul jatuh cinta ke?
~~~
Alhamdulillah, Doktor Azlan sudah sembuh sepenuhnya, berkat hasil Batrisyia yang sentiasa mendoakan papanya itu. Siapa je tak happy bila tengok orang yang paling kau sayang dah sembuh dari penyakitnya?
Langkah diatur menuju ke dalam pejabatnya. Batrisyia hanya berpakaian ringkas, kemaja ungu, seluar jeans biru dan tudung Duck Scarves bercorak bunga. Tetapi cukup membuatkan ramai lelaki terpaku dengan keanggunannya. Kalender kecil di atas meja dibelek untuk melihat jadual kerjanya. Eh, kejap. Hari ni, aku ada 'date' dengan Mr. Bipolar? Entah kenapa hatinya pasti jadi tak keruan tiba-tiba apabila memandang wajah Irfan. Aduh, apa benda ni? Kenapa aku berdebar pulak nak tunggu dia datang ni?
Bunyi loceng pada pintu pejabat kedengaran. Gulp. Irfan ke? Hatinya meronta-ronta ingin melihat siapa yang masuk itu. Kerusinya dipusingkan kebelakang.
Oh, my.
Kenapa penampilan dia lain gila hari ni?! Rambut disikat kemas dan rapi. Dia memakai baju kemeja bercorak buah tembikai berwarna biru laut dan dikenakan dengan seluar jeans coklat. Cukup menawan. Batrisyia terpaku seketika. Matanya tidak berkelip melihat Irfan. Aku tengah mimpi ke ni?
Eh, dah kenapa pula perempuan ni. Buruk sangat ke baju yang aku baru beli ni. Irfan melihat kembali baju yang dipakai. Aduh. Lain kali tak boleh percaya barang online lagi. Haih.
"Isya? Kenapa? "
Batrisyia tersentak. Eh, dia perasan ke aku pandang dia lama sangat. Ya ampun, malu gila. Apa aku nak buat ni?! Bertenang Isya. Er, nak cakap apa? Batrisyia berfikir sejenak.
"Er, tak. Takde apa-apa. It just, you look different today. "
Aduh, asal rasa awkward pula ni. Terasa mahu tampar pipi sendiri je.
"Why? Tak sesuai dengan saya ke? Saya tak hensem ke? "
Eh, kejap. Saya? Seriously, saya? Aku salah dengar ke?
"Er, tak. Bukan. I mean, you look great with that outfit. Serius. "
Irfan tersenyum. Mesti Batrisyia terkejut kenapa dia guna 'saya' dan bukan lagi 'kau aku'. Well, demi orang yang tersayang kita kena ubah nama panggilan kita bukan?
"Hahaha, kenapa macam takut sangat ni? Chill lah. Thank you, saya harap awak suka dengan penampilan baru ni. "
"Of course saya suka. Er, bukan apa... Cuma... Awak ni betul-betul sihat ke? "
YOU ARE READING
Psikologi Cinta ✓
Romance| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Pemergian Puan Hazlina telah meninggalkan kesan kepada Batrisyia Airiz. Papanya, Doktor Azlan telah berkahwin den...