Chapter | 12

7.9K 388 10
                                    

KERETANYA diparkir agak jauh dari perkarangan rumah. Misi menyiasatnya perlulah dilakukan dengan teliti. Dia berjalan dengan perlahan menuju ke pintu rumah. Dia cuba melihat dari tingkap. Tiada sesiapa. Okay, line clear. Nasib baiklah dia ada kunci pendua rumah, so senang sikit nak masuk. Pintu dikuak perlahan. Langkah diatur dengan hati-hati.

"Mummy, Sarah bencilah perempuan tu. Berani dia pura-pura nangis untuk tarik perhatikan Mukhlis! Sarah benci! "

"Sarah, boleh tak kalau Sarah senyap. Mummy punya masalah lagi besar tau sekarang ni. "

"Masalah? Masalah apa pula? "

"Mummy... "

Batrisyia terlanggar meja yang terletak di sebelah tangga. Aduh, mati aku! Mana nak sorok ni?!

Puan Suraya mengecilkan matanya. Hmm, kenapa dia rasa macam ada orang? Dia meletakkan jari pada bibirnya. Memberi arahan suruh Sarah senyap sebentar. Langkah diatur mendekati tangga. Dia berjalan sekitar situ.

Janganlah nampak aku. Ya Allah, bantulah aku. Batrisyia agak menggigil kerana takut ditangkap. Degupan jantungnya semakin laju.

"Mummy kenapa? "

"Mummy rasa macam ada orang dekat sini. Tadi Sarah dengar tak bunyi meja gerak? Ni tengok ni meja pun dah senget. "

"Haah lah mummy. "

"Mungkin takde apa-apa kot. Dahlah Sarah mari kita ke dapur. "

Fuh. Lega hatinya. Batrisyia keluar dari tempat persembunyiannya. Ish, dah lah sempit. Tak bernafas aku. Ditarik nya nafas dalam-dalam dan hembus. Hah, luas sikit. Ok, aku kena gerak dengan penuh hati-hati lepasni. Batrisyia menoleh ke belakang.

Buk.

Kepalanya terasa berat sekali. Dia terjatuh. Matanya sempat memandang ke atas. Dua orang perempuan yang sedang tersenyum. Akhirnya pandangannya menjadi gelap.

~~~


"Awak? " tanya Aina setelah lama Daniel mendiamkan diri. Eh, apahal pula mamat ni. Dahlah panggil aku Aulia. Amboi, suka hati kau je.

Teringat kembali masa dahulu~

"Aulia, maafkan Hanif. Hanif tak sengaja. " kata Daniel sambil menangis di sisi Aina yang sedang terlantar di hospital. Kalau bukan sebab dia, tak mungkin Aina akan terlantar di atas katil ni.

Datin Aleesa menarik Daniel menjauhi Aina.

"Hey, budak. Sebab kau anak aku terlantar dekat hospital ni! Kau memang sengajakan? "

"Maaf datin, saya tahu saya tak patut ajak dia bermain di taman waktu malam. Maafkan saya sekali lagi. Saya tak sempat selamatkan dia masa kereta tu langgar dia. Sumpah datin, saya dah cuba. Tapi tetap tak sempat. "

"Ah, aku tak gesah apapun alasan kau. Aku menyesal bagi Aulia rapat dengan kau! Sekarang kau pergi! Pergi! Aku tak nak lagi tengok muka kau! "

"Leesa, sudahlah tu kesian Hanif ni. Abang nampak dia ikhlas dan jujur budaknya. Hanif, takpe. Hanif tunggu je. "

"Terima kasih dato. Saya sayangkan Aulia, dialah kawan saya. Saya dah anggap dia macam adik saya. "

"Abang! Apa ni! Dia hampir bunuh anak kita tau! "

"Sudahlah tu Leesa. Kita tunggu dulu doktor kata apa nanti. "

"Daniel? "

Lamunannya terhenti. Dia merenung wajah Aina. Aku lupa kau amnesia Aulia. Takpe lah. Biarlah ia rahsia dulu. Aku akan cerita pada kau bila tiba masanya.

"Ye? Oh, tak. Takde apa-apa. Haha. Awak memang suka pergi taman ke? "

"Taman ni best. Sejak kecil lagi saya suka pergi sini bersama seseorang. Tapi saya tak ingat siapa dia. Er, takpe lah lupakan tak penting pun. "

Penting Aulia. Penting bagi aku.

MATANYA terkebil-kebil. Dia melihat sekeliling. Eh, aku kat mana ni? Aduh, sakitnya kepala aku. Tangannya cuba memegang kepala. Eh, asal aku kena ikat ni. Woi, tak kelakar!

Beberapa tepukan kedengaran. Eh, permainan apa ni?

"Wah, dia dah bangunlah. Hye, sayang dah sedar? "

Matanya memandang tepat ke arah Puan Suraya. Rupa-rupanya sekarang dia terikat di atas kerusi. Dapat dirasakan cecair likat di kepalanya. Tak guna punya mak lampir!

"Lepaskan Isya. Mummy ni dah kenapa? "

"Aku kenapa? Kau tu sibuk kenapa?! Kau nak tahu sangat ea aku buat apa kat bapa kau tu?! "

"Apa maksud mummy, Isya tak faham. "

"Tak payah pura-pura baiklah perempuan. Eh, kau dengar sini. Lepas bapak kau tu mati. Make sure aku yang dapat harta dia faham! "

"Sakit mummy! "

"Ya, memang aku yang buat sesuatu supaya bapak kau tu mati secara perlahan. "

"Apa yang mummy buat dekat papa?! "

"Well, alah sikit je. Aku ada letak something dalam minuman yang aku hidang dekat dia hari-hari. Tu je. Tapi, bagus. Aku suka effect ubat tu. Tak sia-sia aku beli. Hahahaha. "

"Jadi mummy lah punca papa masuk hospital! Mummy lah punca papa dapat penyakit bell's palsy! Mummy jahat! Jahat! "

"Wah, bijaknya anak tiri aku ni. Bagus, tak payah aku terang banyak-banyak kat kau. Bukan jahat sayang, aku buat ni untuk masa depan aku dengan Sarah. Korang berdua, layak mati je. Dah lama aku rancang benda ni. Jangan salahkan aku, salahkan bapak kau yang bodoh tu. Siapa suruh dia percaya kata-kata manis aku ni. Hahahaha! "

"Please, mummy. Tolong, lepaskan Isya mummy. Isya nak pergi jaga papa. Mummy ambillah semua harta tu. Isya tak gesah. Tapi tolong lepaskan Isya. Papa perlukan Isya. "

"Eh, kau ingat kau boleh lepas semudah itu? No way! Kau tengoklah, esok malam... Aku akan tamatkan riwayat bapak kau! Lepastu kau pula! Sarah, jom kita tinggalkan tempat busuk ni. "

"Mummy! No! "

Pintu ditutup lalu dikunci dari luar. Eh, kau nak tinggalkan dekat bilik bawah tanah ni sorang-sorang ke?! Woi! Aduh, sakitnya tangan aku. Batrisyia berusaha mencari jalan untuk melepaskan ikatan yang agak kukuh di tangannya. Ya Allah! Bantu aku! Hampir menangis dibuatnya. Ya Allah, nyawa papa dalam bahaya, macam mana ni?! Memang ini ke takdir aku?

PRANK.

Gelas yang dipegang oleh Aina terjatuh. Habis hancur berkecai. Tiba-tiba degupan jantungnya laju. Kenapa aku rasa tak sedap hati ni?

Telefonnya berbunyi.

Mukhlis.

Tanpa berkata apa-apa, dia terus mengangkat panggilan itu.

"Wey, Aina. Kau tahu tak Bat pergi mana? "

"Dia kat rumah dialah. Stop lah Mukh jangan ganggu aku lagi. "

"Eh, jangan letak. Aku nak beritahu kau, Doktor Azlan masuk hospital. Panjang ceritanya, tapi tadi Bat macam terus keluar dari wad dan dia kata dia ada hal penting yang perlu dia selesaikan. Wey, tolong aku. Aku rasa tak sedap hati ni. "

Eh, dia pun sama? Sebab Bat ke? Ya Allah, apa jadi kat kau ni Bat!

"Wey, nanti esok kita pi cari dia. "

"Hah, okay. Aku rasa macam ada sesuatu yang berlaku pada dia. "

"Aku pun sama. Dah, kita doa dulu. Nanti esok kita cari. "

"Okay, okay. Thanks Aina. "

"Hmm, aku nak ajak someone boleh? "

"Siapa? "

"Nanti kau tengoklah esok. "

Talian dimatikan.

Aina cuba mendail nombor Batrisyia. Tak dapat? Eh, pelik ni. Ya Allah Bat, kau buat apa ni? Mana kau? Tunggu aku, Bat. Aku akan selamatkan kau!

~~~

Psikologi Cinta ✓ Where stories live. Discover now