"Aku nak kau tolong aku. " kata Azra kepada beruang itu.
"Kau nak aku tolong macam mana? " balas beruang itu.
Sebenarnya, itu bukan beruang biasa. Tetapi alat berhubung antaranya dengan Daniel. Tak semestinya jadi orang gila tak bijak okay.
"Okay, macam ni. Kau bantu aku lepaskan diri dari tempat pelik ni. Aku bosan tahu tak?! Semua orang kat sini sudah tidak waras. "
"Eh, kau pun apa kurangnya. Tak waras juga bukan? " Daniel tergelak. Sengaja dia ingin menyakat si Azra.
"Aku tak gilalah bodoh! Lepaskan aku dari sini! "
Beruang itu senyap.
"Oi, bodoh! Kau dengar tak?! " digoncangnya beruang itu. Mana pula Daniel ni pergi!
"Er, cik. Sekarang masa untuk cik tidur. Kalau cik tak tidur, saya ambil patung ni? " kata seorang pekerja wanita. Dia memandang ke arah Azra. Azra hanya mendiamkan diri. Dia tidak mengendahkan kata-kata pekerja itu. Dia terus menjerit nama Daniel berulang kali. Dia perlu cari jalan keluar dengan segera.
"Cik, kan saya kata- "
Buk!
"Azra, jom kita keluar dari sini! " tangan Azra ditarik. Mereka pantas berlari meninggalkan kawasan itu.
Beberapa guard cuba mengejar mereka berdua. Namun Daniel lebih pantas untuk menyorok di sebalik dinding restoran.
"Kau diam. Jangan bergerak. " kini tangannya melekap pada mulut Azra.
"Hello, doktor. Saya rasa mereka dah berjaya melarikan diri. Kami tidak dapat mengesan pesakit. " kata salah seorang guard itu. Raut wajahnya agak cemas dan lelah. Barangkali penat mengejar Daniel dan Azra.
"Thanks Daniel sebab tolong aku lari. " Azra tersenyum puas. Otaknya sedang memikirkan rancangan seterusnya. Apa yang perlu dia lakukan untuk membalas dendam?
Sampai saja di rumah Daniel, Azra terus menukar bajunya. Memang taklah nak pakai baju orang gila tu!
"So, apa rancangan kau lepas ni? Kau still nak balas dendam dengan Irfan dan Bat? " provok Daniel. Macamlah dia tidak kenal dengan wanita di hadapannya itu. Sat, selagi tu dia takkan berhenti.
"If yes, are you with me? "
"No, aku nak stop buat benda-benda ni. Aku dah tak nak terjebak dengan all these bullshit things ni. Disebabkan ni, aku hilang Aulia. Dia dah anggap aku ni jahat. " dua mug air coklat panas dihidang atas meja kopi. Ya, dia sudah malas hendak masuk campur dengan semua perkara. Cukuplah kali terakhir dia berkhidmat dengan melarikan Azra dari hospital itu.
"Well, if you said so... It's okay, never mind. I'll do it myself. "
"Azra aku bukan taknak tolong tapi- "
"Kau diam. Aku nak keluar dari sini! " Azra segera bangkit. Buat apa dia tinggal di situ lagi.
"Eh, eh kau nak pergi mana ni! Duduk sini sampai kau dah okay! Jangan pergi mana-mana! " sebenarnya, dia masih ada lagi rasa simpati terhadap Azra. Yelah, siapa saja yang sanggup melihat kawan rapat jadi macam tu bukan?
Azra tersenyum.
"So, kau nak tolong aku lah ni? " Azra cuba masuk jarum.
"Haih, yelah! Aku tolong! "
~~~
"You takkan dapat lari daripada I Irfan! Mana janji you dulu?! Mana?! " pisau tajam itu Makin didekatkan ke leher Batrisyia yang masih elok berbalut tudung.
YOU ARE READING
Psikologi Cinta ✓
Romance| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Pemergian Puan Hazlina telah meninggalkan kesan kepada Batrisyia Airiz. Papanya, Doktor Azlan telah berkahwin den...