BATRISYIA sedang duduk di dalam pejabatnya. Fuh. Tertekan betul. Dengan pesakit. Dengan Puan Suraya. Dengan Sarah. Cermin mata ditanggal. Tangannya ligat memicit kepalanya yang semakin sakit. Aduh. Kalau aku duduk rumah lain, siapa nak jaga papa nanti?
Aku tak kira, aku nak kau keluar juga dari rumah ni. Pandai-pandailah kau fikir alasan apa nak bagi nanti.
Kata-kata Puan Suraya masih tengiang-ngiang dalam kepalanya. Aduh. Apa aku nak buat ni. Kesian papa. Nafasnya dihela perlahan.
Lamunannya terhenti apabila terdengar bunyi loceng di pintu pejabatnya. Aik, siapa pula yang datang ni? Kerusinya dipusingkan ke belakang. Dia kembali memakai cermin mata untuk melihat individu yang masuk. Selalunya kalau ada pesakit yang nak masuk, pembantunya akan beritahu terlebih dahulu melalui interkom.
Eh, siapa lelaki ni?
Lelaki itu terus mengambil tempat di kerusi malas sebelah Batrisyia. Lelaki itu sempat memandang anak mata Batrisyia. Hmm, betullah dia ni. Penat dia curi-curi masuk dalam bilik ni. Tak sia-sia nampaknya.
"Er, encik ni pesakit saya ke? Kenapa pembantu saya tak beritahu saya ni? " kata Batrisyia dengan ketakutan. Wey, siapa dia ni? Seram je. Dah lah asyik pandang aku. Beri salam tidak, terus duduk sebelah aku. Nak apa ni? Batrisyia kembali menilik wajah lelaki itu. Kejap, bila tengok balik... Asal macam pernah nampak tapi kat mana...
Hah! Dia ni yang nak bunuh papa! Ya Allah! Dia nak apa datang sini! Ya Allah lindungilah aku.
"Panggil aku Irfan. Aku datang sebab aku nak minta maaf. Mesti sakit kan badan kau tu? " kata Irfan tanpa perasaan. Dia kelihatan cukup selamba. Matanya melirik ke meja Batrisyia. Oh, pakar psikologi klinikal? Menarik.
What?! Dia boleh tanya sakit ke tak? Eh, dia ni pernah makan penampar tak? Hah, kena tampar sakit tak? Eii.
"Awak ni pernah kena tampar tak? Tanya soalan yang awak sendiri tahu jawapannya. " balas Batrisyia dengan nada menyindir. Eh, kejap. Macam mana pula dia boleh tahu tempat aku ni.
"Aku nak kau rawat aku. Sampai aku sembuh. Boleh? " soal Irfan secara tiba-tiba. Sindiran Batrisyia tadi dibiarkan begitu sahaja. Dia tak tahu kenapa dia rasa semangat melihat Batrisyia yang sedang tersenyum.
Dia bukan gesah nak pulih pun sebenarnya.Berkerut dahi Batrisyia dibuatnya. Hah? Dia nak aku rawat dia? Apa benda ni? Sakit apa pula mamat ni? Eh, lupa pula yang Irfan ni salah seorang pesakit papa yang degil, tak nak dengar cakap, tak nak kena kaunseling. Tapi, asal beria-ria pula sekarang ni? Dengan aku pula tu. Pelik. Fuh, Batrisyia. Remember your impian, nak bantu orang yang sakit.
Batrisyia terlebih dahulu memberitahu prosedur-prosedur yang bakal dijalani oleh Irfan. Irfan hanya berdiam. Angguk tak geleng pun tak. Batrisyia memandang Irfan pelik. Dia ni nak buat ke tak ni? Dah lah asyik termenung je.
Batrisyia meminta diri sebentar. Dia perlu mengambil fail peribadi Irfan di pejabat papanya. Irfan hanya mengangguk. Pintu bilik Doktor Azlan diketuk.
Tok Tok Tok
Masuk!
Doktor Azlan memandang Batrisyia. Isya? Ada masalah ke?
"Papa, where is Irfan's personal file? "
"Isya nak buat apa dengan fail tu? "
"Oh, macam ni. Tadi Irfan datang tempat Isya and dia kata dia nak Isya yang rawat dia. Sebab tu Isya minta papa fail dia. "
"Eh, dia yang nak Isya rawat dia? Biar betul ni? Selama ni papa nak jumpa dia pun susah, tak nak keluar bilik. Ni, senang-senang dia datang tempat kamu. Pelik. "
YOU ARE READING
Psikologi Cinta ✓
Romance| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Pemergian Puan Hazlina telah meninggalkan kesan kepada Batrisyia Airiz. Papanya, Doktor Azlan telah berkahwin den...