Chapter | 38

6.5K 299 11
                                    

Daripada aku ingat pasal dia baik aku tengok tv! Lagi puas hati! Remote tv dicapai. Butang merah ditekan. Rancangan hlive sedang ditayangkan. Hmm, boleh lah.

Kau dah hancurkan hati aku Hanif. Sampai hati kau. Sisa air mata dikesat. Tak ada gunanya, dia menangis. Matanya ralit ke arah tv.

"So, tetamu kita pada hari ini... ialah... Asyraf Hakim! "

Mendengar nama itu, dia terus lupakan kisah sedihnya. Matanya lebih fokus pada muka Asyraf Hakim. Dia tersenyum. Hatinya berbunga tiba-tiba.

"Hakim ni seorang artis yang namanya baru sahaja melonjak naik setelah drama terbarunya, Gantung the series mendapat tempat di hati penonton. Kami rasa, kami ingin menemu ramah anda seketika. Boleh? " tanya salah seorang pengacara hlive.

"Apa salahnya kan? Hahaha. " Hakim menayangkan senyumannya. Barisan gigi yang putih bersinar jelas kelihatan, mampu membuat penonton terpukau dengan personalitinya.

Setelah agak lama dia ditemu ramah, mereka bermain permainan yang menghiburkan hati.

Hahahaha, kelakar teruk! Aina terkekek seorang diri.

"Hakim, sebagai seorang pelakon yang hensem letup macam ni... tak ada girlfriend ke? " soalan cepumas itu akhirnya terbit di dalam rancangan itu. Seperti tahu-tahu saja, sebahagian wanita menunggu soalan itu. Manalah tahu kot-kot single, boleh try.

"Ehem, saya sebenarnya sedang menunggu seseorang. " jawab Hakim tenang.

"Uuuuu, siapa orangnya? "

Matanya tiba-tiba memandang ke arah kamera. Begitu fokus.

"Aina, kalau awak tonton rancangan ni.... Sebenarnya, saya dah lama tunggu awak kembali. Saya...Cintakan awak. "

Terkejut Aina dibuatnya. Hatinya berdebar tiba-tiba. Aku salah dengar ke? Ke aku memang pekak? Kejap-kejap, dia cakpa apa tadi?

"Wah! Terus buat confessions! Tahniah, orang yang bernama Aina tu! "

Gulp. Tv dimatikan tiba-tiba. Dia rinsing tiba-tiba. Takkan lah Aina yang dimaksudkan itu dia?

~~~

Irfan... Irfan... Irfan...

"Cik Azra, ni makanan cik. Jangan lupa makan ya?" kata seorang nurse sambil meletakkan tray itu di atas meja.

Azra memandang ke luar jendela. Dia termenung seketika.

"Hehehehe. Irfan, I tahu you sayang I. Cuma you tu malu-malu kan? Hahaha. Kelakarlah you ni Irfan. "

Dia bercakap dengan patung beruang coklat. Kadang kala patung itu ditumbuk, dicampak, dipeluk, dicium. Jiwanya benar-benar kacau.

Batrisyia. Nama itu terbit di dalam mindanya tiba-tiba.

"Kalau bukan sebab kau! Aku dah hidup bahagia dengan Irfan! Kau tunggu lah balasannya! Dasar setan! " patung beruang coklat itu digenggam sekuat hati. Amarah cintanya bertandang di hati. Emosinya mula menguasai diri. -

Assalamualaikum!

Sarah memeluk mummynya dengan erat. Martabat dirinya terasa rendah. Dirinya terasa lemah. Tangannya berpeluh menunggu si empunya muncul di muka pintu. Beberapa kali Puan Suraya menenangkan anaknya itu. Kekuatan Cuba dikumpul sebanyak mungkin. Nafas ditarik panjang. Semoga semuanya berjalan lancar.

"Waalaikum...salam. Mummy? Sarah? " terpaku Batrisyia dibuatnya. Wajah mereka sudah lama tidak kelihatan.

"Siapa tu sayang? " langkah Doktor Azlan terhenti sebaik sahaja melihat wajah yang sudah lama menghilang.

Psikologi Cinta ✓ Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang