Chapter | 5

9.1K 497 46
                                    

"PAPA! No! "

Tsuk.

Tak, tak!

Batrisyia sempat menghalang tusukan kaca itu. Aduh peritnya. Bahagian belakang badannya terasa pedih. Darah yang keluar tidak henti-henti.

Apa aku buat ni?!

Irfan terduduk tatkala melihat serpihan kaca itu masih melekat pada bahagian belakang tubuh gadis itu. Matanya bertembung dengan gadis itu. Dia mula menangis. Tak, tak. Apa kau buat ni?

Doktor Azlan mengambil peluang dengan mengenakan suntikan dos penenang kepada Irfan. Mata Irfan mula kabur. Pandangannya menjadi gelap tiba-tiba.

Bukan... Salah... Aku...

~~~


"Itulah, siapa suruh berlagak hero sangat. Kan dah kena toreh. " kata Puan Suraya dengan nada sindiran. Menyampah pula tengok orang yang bajet hero. Tunjuk bagus. Euw, attention seeker. Dijeling sahaja melihat bahagian belakang badan Batrisyia yang bertampal.

Bat, kau kena tahan. Kau kan kental. Jangan ambil hati sangat dengan kata-kata mak lampir tu.
Tersenyum Batrisyia tatkala teringat pesanan Aina kepadanya. Sungguh, kadangkala emosinya agak terganggu dek ayat-ayat puaka dari ibu dan adik tirinya. Dia hanya mampu bersabar. Sabar itu separuh daripada iman bukan?

"Awak ni kenapa? Tak habis-habis. Kenapa awak tak puas hati sangat dengan Isya? Dia ada buat salah ke? " kata Doktor Azlan dengan nada yang tegas. Ya Allah, macam anjing dengan kucing mereka ni. Tak habis-habis gaduh. Aduh, pening kepala dibuatnya. Sampai dia sendiri tertanya-tanya bagaimana dia boleh bernikah dengan Suraya ni.

"Saya pula yang salah? Ni anak abang ni. Bajet hero konon. Dah lemah tu buat cara lemah lah. Kan dah kena tusuk dengan mamat tak waras tu. " balas Puan Suraya tanpa perasaan. What? Suka hatilah mulut aku. Kau yang panas kenapa?

"Papa, takpe. It's okay. Sikit je ni. Dah lah Isya naik dulu. Nite, papa. " kata Batrisyia dengan tenang. Ok, fine. Aku memang kena mengalah. Teringat pula ugutan mummy Su tu. Haish, seram na. Sumpah dia sanggup buat apa je, supaya papanya masih terus hidup. Memandangkan mak lampir ni dengan anak dia tu dah tunjuk veto kuasa mereka. Terpaksalah dia menyerah.

Puan Suraya tersenyum sinis. Tahu takut kau. Ini baru permulaanlah. Kau belum kenal lagi siapa aku. Hahahaha.

Puan Suraya segera menuju ke bilik anak gadisnya. Mestilah dia ingin bergosip dengan anaknya itu. Memang itulah rutin mereka setiap hari. Pasti ada sahaja bahan yang hendak dibualkan.

"Mummy, Sarah rasa abang yang gila tu hensemlah. Sarah suka dia. "

"Tapi Sarah, dia tu tak betul. Cuba bayangkan kalau Sarah yang kena tadi. Euw, nanti anak mummy dah tak cantik, ada parut kat badan. Hmm, mummy rasa, better kalau Sarah pikat je si Mukhlis tu. Hensem boleh tahan, kaya pun kaya. "

"Hmm, okay mummy. Sarah pikat dua-dua amacam? Sarah tak sukalah tengok Kak Isya tu selalu nak rampas hak Sarah. Mana boleh mummy! Sarah takkan biar dia menang! "

"Hah, kalau macam tu. Apa kata kita buat dia terseksa? Sampai dia nak keluar dari rumah ni?

"Nice idea mummy. Hahaha. "

Masing-masing mengeluarkan tawaan jahat. Ala-ala watak Ursula di dalam cerita The Little Mermaid. Mereka segera mengatur rancangan jahat satu per satu. Bersedialah Batrisyia Airiz!

~~~


"Hye, nama adik siapa? " tanya Batrisyia sambil melemparkan senyuman. Comelnya budak ni! Kesian awak adik. Takpe, dia sedia membantu! Itulah matlamat hidupnya, membantu orang yang susah. Kelihatan budak perempuan itu hanya berdiam. Matanya memandang ke bawah sahaja.

Batrisyia mencuba nasibnya sekali lagi. Kali ini dia menghulurkan lolipop kecil perisa strawberry kepada budak kecil itu. Dia mencapai lolipop dari tangan Batrisyia. Bagus, ini menunjukkan respond yang baik. Yes, nak jadi pakar psikologi klinikal ni bukan senang. Susah do.

"Terima kasih kakak. "

Wey, dia cakap dengan aku? Yeay! Berjaya!

"Sama-sama, boleh akak tahu siapa nama adik? "

"Panggil je Aqish. "

"Ouh Aqish. Aqish boleh panggil akak, Kak Bat. Hye, selamat berkenalan. "

"Kak Bat, Aqish takut. "

"Kenapa ni Aqish? Don't worry, akak ada kat sini. Sini peluk akak. "

"Nanti dia pukul Aqish lagi. "

"Siapa? Kenapa dia nak pukul Aqish? "

"Pakcik. Dia akan pukul Aqish kalau Aqish tak ikut cakap dia. "

"Ibu bapa Aqish tahu pasal ni? "

"Tak, pakcik kata kalau Aqish beritahu mereka, pakcik akan bunuh Aqish. Aqish tak nak mati. Tolong Kak Bat. Aqish takut. "

"Shhh, jangan nangis. "

Setelah habis sesi kaunseling, Batrisyia memanggil ibu bapa budak kecil itu masuk. Ya Allah kesian budak ni. Kecil-kecil lagi, sudah didedahkan dengan perkara yang tidak elok.

"Macam ni encik, puan. Anak encik ni sebenarnya mengalami masalah dari segi komunikasi dan dia mungkin mengalami depresi. Ya, dia akan rasa takut yang melampau semasa dia bercakap atau bercerita apa-apa. Dan tadi semasa saya kaunseling dia, perkara pertama dia beritahu saya, adalah dia takut. Dia kata dia takut dengan 'pakcik' dan dia kata 'pakcik' selalu pukul dia. So, saya nasihatkan supaya encik dan puan selalu perhatikan Aqish. Saya tak nak masa depan Aqish rosak sebab ini. Saya cadangkan supaya encik dan puan banyak luangkan masa bersama Aqish, dan buat dia banyak bercakap. Saya takut kalau biar dia menjadi pasif, dia akan lebih tertekan dan perkara buruk akan berlaku. Saya harap sangat encik dan puan jangan pandang enteng terhadap masalah ini. Mungkin nampak kecil sahaja tetapi dia akan jadi effect pada Aqish semasa dia membesar nanti. " jelas Batrisyia panjang lebar. Memang pantang dia, tengok budak kecil macam ni sedih. Dia tak sampai hati tengok Aqish menjadi ketakutan. Nafasnya dikeluh kecil.

"Apa? Biar betul? Terkejut saya. Saya tak tahu pula jadi macam ni. Selama ni Aqish tak pernah cerita apa-apa dengan kami. Saya sendiri pun tak tahu apa yang adik saya buat dekat Aqish. Terima kasih Cik Batrisyia sebab beritahu kami. Terima kasih sangat-sangat. Baiklah, kami akan ikut nasihat cik. " kata wanita itu sambil memeluk Aqish. Batrisyia tersenyum melihat Aqish yang mula gembira. Alhamdulillah dia bersyukur sangat. Semoga Allah permudahkan hidup mereka, doanya di dalam hati.

"Baiklah encik, kalau ada apa-apa yang berlaku, encik boleh datang sini lagi. Bawa Aqish ye? "

Aqish berlari lalu memeluk Batrisyia. Batrisyia tersenyum sambil mengusap lembut rambut anak kecil itu. Telinga sempat menangkap kata-kata budak itu.

"Terima kasih, Kak Bat. "

~~~


Jam menunjukkan tepat pukul 2 pagi. Irfan masih terjaga. Matanya segar. Kepalanya sentiasa berfikir tentang kejadian minggu lepas. Siapa perempuan itu? Matanya, cantik. Hijau. Buat pertama kalinya dia tersenyum. Dia termenung seketika. Tiba-tiba dia terasa sedih. Kenapa dia ditakdirkan begini? Kenapa dia harus hidup? Bagaimana dia boleh hidup dalam keadaan seperti ini?

Dadanya tiba-tiba berdebar. Ya, dia masih tidak boleh lupakan gadis beriris hijau itu. Argh! Nak buat apa!

Dengan perlahan, dia bangkit dari katil. Dia berjalan menuju ke almari. Diselongkarnya semua barang yang ada dalam almari itu. Kotak? Kotak apa ni? Dibukanya kotak itu perlahan-lahan. Kenapa banyak gambar dan surat dalam ni?

Hah! Tak mungkin!

~~~

Psikologi Cinta ✓ Where stories live. Discover now