Chapter | 6

9.2K 448 40
                                    

AZRA mengetuk pintu kelas 5 Amanah. Lantas dia memanggil nama Irfan. Irfan kelihatan agak teruja dan terus keluar menemui Azra.

"Hmm, Irfan. Nanti lepas habis SPM kita dah tak jumpa lagi. Saya harap awak tak lupakan saya. Tak lupakan kita. " kata Azra dengan nada yang sayu. Ya, mereka telah lama bercinta. Irfan hanya berdiam. Hatinya sebak tiba-tiba. Kenapa dengan dia ni?

"Azra, awak jangan risau. Saya akan pastikan awak jadi isteri saya selepas kita habis SPM okay? Saya janji! " balas Irfan dengan nada yakin. Ya, dia benar-benar mencintai perempuan itu. Dia tekad. Lepas SPM nak cari kerja. Kumpul duit untuk mengakhiri hubungan mereka dengan ikatan pertunangan.

Azra tersenyum tawar. Dia menghulurkan sebuah kotak kepada Irfan. Dahinya berkerut. Kotak apa ni?

"Kalau awak rindu saya, awak boleh buka kotak ni. Saya minta maaf. Ibu bapa saya tak suka dengan hubungan kita. Saya, saya pergi dulu. " kata Azra lalu berlari menjauhi Irfan. Maafkan saya, Irfan. Saya terpaksa buat semua ni. Tapi saya nak awak tahu saya sangat sayang awak. Insya Allah, nanti saya cari awak.

Azra...

Lamunannya terhenti. Shit. Perempuan ni tinggalkan aku. Aku benci kau Azra. Ya, sudah lama dia tidak mendengar khabar Azra. Tah hidup ke dah mampus perempuan hanat itu. Selepas mereka menamatkan zaman persekolahan, Azra dikhabarkan telah menyambung pelajarannya di luar negara. Argh, mampus dialah! Otaknya serabut balik. Terasa bodoh pula tiba-tiba. Haish. Kotak itu dibaling ke dalam tong sampah. Kau dengan sayang kau, boleh pergi mati!

Kesian kau, semua orang yang kau sayang dah takde. Mula-mula bapak kau, lepastu mak kau, lepastu kekasih kau dan lepasni makcik, pakcik kau. Hahahahaha.

Diam bodoh! Aku tak nak dengar. Pergi bodoh!

Irfan menutup telinganya. Suara itu kerap mengganggunya. Sial betul. Aku benci semua orang! Semua orang tak sayang aku! Aku takkan percaya lagi pada kata 'sayang'. Tak akan!

~~~


Pagi itu, Batrisyia kelihatan semangat. Siapa je tak happy bila kau berjaya pulihkan orang yang sakit? Yes! Papa mesti bangga dengan aku! Langkahnya terhenti tatkala melihat papanya seperti sedang berbual dengan Sarah. Batrisyia memilih untuk menjadi pemerhati sahaja.

"Papa, if you don't mind, Sarah nak minta duit poket sedikit. Hari ini Sarah dengan kawan Sarah nak pergi shopping sekejap. " kata Sarah sambil menyelet jem strawberry pada roti. Mukanya cukup selamba tanpa rasa bersalah.

"Sarah ni, papa tengok kamu asyik keluar saja dengan kawan-kawan. Sarah taknak kerja ke? " tanya Doktor Azlan. Tersentak Sarah dibuatnya. Kerja? Pfft. Memang tak ah.

Kalau orang tua ni boleh bagi duit dekat Kak Isya, kenapa dekat aku tak boleh? Dengan anak sendiri pun nak kedekut ke? Dasar orang tua tak guna. Sarah cemburu apabila Doktor Azlan hanya memberi perhatian kepada Batrisyia. This is not fair! Pertanyaan Doktor Azlan tadi, hanya dibalas dengan jelingan.

Batrisyia hanya menggeleng setelah mendengar kata-kata adik tirinya itu. Ya Allah, Sarah! Apa nak jadi dengan kau ni? Kenapa sampai nak biadap dengan papa? Tak reti hormat ke?

Selepas mendapatkan wang, dari papa kesayangannya, Sarah terus keluar dari rumah tanpa ucapan terima kasih. Keretanya dipandu menuju ke Paradigm Mall. Bosan betul duduk rumah. Nak hadap papa, Kak Isya, sumpah buat sakit hati je. Baik aku keluar melepak je. Boleh juga nak release tension bukan?

Psikologi Cinta ✓ Where stories live. Discover now