Part 3

267 7 1
                                    

MIKA melangkah masuk ke Pesona Corporation, menuju ke bilik Zaihan. Masa masih awal lagi, si Bos masih santai-santai di rumah. Siap meletakkan beg tangan di sudut meja, dia melangkah keluar.

'Sudah ramai juga staff tadi. Bagus sia berkenalan sama diorang,' fikir Mika.

Di luar, dia disapa oleh seorang staff lelaki, orangnya murah dengan senyuman. Mika membalas senyumannya itu.

"Hai, sia Akim." Lelaki itu memperkenalkan diri.

"Mika," balas Mika, singkat.

Sembang punya sembang, baru Mika tahu tentang syarikat mereka. Pesona Corporation sebenarnya menguruskan hal-hal pembinaan. Jadi, Zaihan memang sering masuk hutan untuk memantau projek di sana.

"Jadi, bos selalu pantau projek sorang-sorang lah?" soal Mika.

"Bos bawa secretary dia sekali," jawab Akim.

"Sia pun kena ikut bos masuk hutan lah kan, Akim?" Mika mengandai sendiri.

"Kenalah ko ikut dia pantau projek. Bos tu lasak sikit urang dia tapi, sia tau ko pasti boleh. Jiwa ko kental, Mika. Bukan macam secretary-secretary ayu sebelum ni." Sempat lagi Akim berseloroh.

"Hmm.." Mika seperti mengeluh saja.

"Mika Syakila!" Laung Zaihan yang pada ketika itu sedang berdiri di depan biliknya, tajam matanya memandang Mika dan Akim.

"Cepat Mika, bos panggil tu." Akim terburu-buru menuju ke mejanya, pura-pura menyibukkan diri.

Tergesa-gesa Mika mengejar Zaihan yang sudah masuk ke dalam bilik. Tidak pernah dia melihat muka tidak puas hati si Bos.

'Aik, sembang dengan rakan sekerja pun marah kah? Bingung sia sama ni bos,' getus hati Mika.

Daun pintu ditolak perlahan, Mika melangkah masuk ke dalam. Wajah tidak puas hati Zaihan, Mika sambut dengan senyuman. Dia duduk berdepan dengan si Bos.

"Ada sia suruh ko duduk? Bangun! Pigi buat sia kupi!" arah Zaihan.

Mika berdiri dan mula melangkah.

"Angin betul ini bos hari ni.." bebel Mika perlahan.

"Jangan membebel, sia dengar semua, Mika," tukas Zaihan.

"Baiklah, bos. Sia pigi buat kupi sekarang." Kedengaran keras sedikit bahasa Mika, tidak puas hati, protes.

Mika angkat kaki menuju ke dapur syarikat untuk membancuh kopi pada Zaihan. Ketika membelok ke arah dapur, bahunya berlaga dengan seseorang. Seorang lelaki berkulit hitam manis menoleh. Berkerut dahinya memandang Mika.

"Err, ini mesti Mika, adik Mizal, kan?" Dia bersuara.

"Ya, sia Mika. Encik siapa?" soal Mika sambil memandang lelaki berwajah kacak di depannya ini.

"Mau juga berencik bah? Sia Naim, bos kedua dalam ofis ni. Bila Zaihan urus tapak pembinaan di luar, sia yang akan sambung tugas dia di ofis," jelas lelaki yang mengaku sebagai Naim itu.

"Oh, begitu. Bah, sia buat kupi untuk bos dulu ah? Nanti kita sembang lagi." Mika berkejar ke dapur tanpa menoleh ke belakang lagi.

Setelah sampai ke dapur, cawan dicapai dan kopi dibancuh. Siap semuanya, dia kembali ke bilik Zaihan. Kopi itu diletakkan di atas meja Zaihan dan Mika berdiri.

"Kenapa ko nda duduk?" tanya Zaihan.

'Mau lagi tanya? Tadi urang duduk, bising. Nda faham sia sama ni bos oh.' Mika mencebik.

"Nda apa lah, bos. Sia selesa berdiri," kata Mika, paksakan diri untuk senyum.

"Bah, yalah. Sia mau bagitau ni. Hujung minggu ni sia mau bawa ko pantau tapak pembinaan." Zaihan bersuara.

Curi-curi cinta (Ongoing)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang