Part 4

206 6 0
                                        

SUBUH-SUBUH lagi Mika sudah bangun. Dia betul-betul tidak puas hati dengan sikap Zaihan. Dia tidak peduli. Karang, sebelum si Bos bangun, Mika akan terpacak depan bilik dia.

'Tengok lah!' desis hati Mika.

Jaket tebal yang bersambung dengan topi yang dipakainya tersemat kukuh di tubuhnya. Usai mengikat tali kasut, Mika melangkah ke bilik Zaihan. Daun pintu tidak diketuk, dia pilih untuk menunggu saja di luar. Sementara itu, dia bermain-main dengan telefon. Game 'mobile legend' ditekan, buang boring dulu. Menari-nari jari-jemarinya di atas skrin.

Krik! Pintu bilik ditarik, Zaihan keluar. Bulat matanya melihat Mika yang berdiri di depan biliknya dengan wajah serius.

"Awal juga ko, Mika." Zaihan bersuara.

Mika tersenyum tawar, cuba untuk memaniskan senyuman yang memang nampak hambar. "Kenalah awal. Sia kan secretary.."

"Ko masih marahkah pasal semalam?" tanya Zaihan.

Mika tersenyum lagi. "Iskk, nda lah, bos. Memang patut bos selamatkan sia semalam."

Zaihan pandang raut wajah Mika, tiada pula tanda-tanda yang mencurigakan. Zaihan jungkit bahu dan mula melangkah.

"Bah, jom lah, Mika. Nanti kita lambat sampai sana tapak projek," ujar Zaihan dan meninggalkan Mika yang masih berdiri di depan bilik itu.

Mika mengejar Zaihan yang sudah jauh melangkah. Apabila Zaihan menarik pintu kereta, Mika turut melakukan perbuatan yang sama. Keduanya melangkah masuk ke dalam kereta.

"Kita singgah seven eleven kejap. Sia mau beli barang sikit," kata Zaihan.

Mika mengangguk, malas mahu membalas kata-kata Zaihan. Biarlah dia mengangguk dan menggeleng saja buat masa sekarang. Perbualan mereka terhenti apabila kereta Zaihan mula bergerak meninggalkan destinasi. Dua puluh minit kemudian, mereka selamat sampai di kawasan seven eleven, Zaihan turun untuk membeli barang yang dikatakannya tadi.

Tidak sampai dua puluh minit Zaihan berada di sana, dia kembali semula dan memberikan sebungkus bakul plastik kepada Mika. Apabila bakul plastik itu sudah bertukar tangan, Mika terus melihat isi yang berada di dalamnya.

"Mau buat apa barang banyak-banyak macam ni?" soal Mika bila melihat ada bermacam jenis makanan yang berada di dalam bakul plastik itu.

"Kita mau masuk hutan ni, Mika. Makanan tu penting untuk kita," jelas Zaihan yang sudah mula menghidupkan kembali enjin keretanya.

"Okey, bos," ujar Mika sambil tersengih.

Suasana menjadi sepi, hanya kedengaran lagu-lagu instumental yang keudara di corong radio. Kali ini, Mika tidak komen lagi pasal lagu, dia hanya diam membisu. Apabila mereka sudah sampai di destinasi tapak pembinaan itu, Mika turun terlebih dulu, melilau matanya memandang ke sana sini untuk mencari tapak pembinaan yang Zaihan maksudkan.

"Mana tapak pembinaan yang bos maksudkan?" soal Mika.

"Jauh di atas. Kita kena naik bukit ni lagi," ujar Zaihan.

Mika mendongak, nampaknya bukit harus diredah. Dia tidak menunggu lama, langkah diatur meredahi setiap kecuraman.

"Hati-hati, Mika. Jalan curam di depan tu, tanah pun licin," pesan Zaihan, tujuh langkah di belakang Mika.

Suara Zaihan bagai tidak didengar saja, lagipun Mika melangkah laju sangat. Entah apa yang dikejarnya, mungkin mahu cepat sampai. Bukk! Tiba-tiba Mika tergelincir dan terjatuh di tanah licin itu. Gara-gara itu, Mika terbuang jauh ke arah Zaihan. Nasib baik Zaihan sempat capai tangan Mika. Kerana itu, Mika terbuang ke arah Zaihan dan Zaihan pula terjatuh di atas tubuh Mika dalam keadaan tidak disengajakan. Selama lima minit, mereka berada dalam posisi itu. Dengan pantas Mika menolak tubuh Zaihan, pipi Zaihan ditamparnya.

Curi-curi cinta (Ongoing)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang