Part 11

136 2 0
                                        

"APA? Ko mau papa sama mama pigi merisik si Mika? Ko mengigau kaini, Hans?" Intonasi percakapan Datin Zurina agak kasar. Jelas-jelas dia tidak bersetuju dengan keputusan anaknya.

"Ya, ma. Sia mau Mika jadi isteri sia," jawab Zaihan.

"Apa yang rasuk ko ni, Hans? Ko tau mama hanya mau Erina jadi menantu mama, kan? Impossible!" Datin Zurina menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Ma... mama tau itu hati nda bulih dipaksa, kan? Mama sudah nampak pergaulan sia sama Erina sejak kecil. Kami macam adik-beradik sudah. Nda mungkin, ma. Nda mungkin sia bulih ubah ikatan itu. Sia anggap Erina macam adik sia sendiri," jelas Zaihan.

"Nda, Hans... Mama nda setuju! Jangan mimpi ko mau pigi risik itu perempuan tomboy!" tekan Datin Zurina.

"Zu! Benci mana pun kita pada urang, jangan sampai menghina. Kita kena hormat pilihan Hans. Mesti ada sebab kenapa dia pilih Mika." Datuk Zarul bersuara.

"Kenapa abang mau sebelahkan Mika? Sia nda dapat terima dia." tukas Datin Zurina.

"Abang setuju dengan Hans," kata Datuk Zarul.

"Abang ni, kenapa? Tiba-tiba pula suka sama si Mika. Walau apapun keputusan dia, sia tetap mau Erina!" Datin Zurina melangkah kasar meninggalkan suami dan anaknya.

Zaihan menarik nafas panjang. Tidak tahu dengan jalan apa mampu melembutkan hati mamanya. Sedari dulu hanya Erina pilihan di hati Datin Zurina.

Datuk Zarul menepuk bahu Zaihan perlahan. "Jangan kasi kusut itu fikiran, Hans. Ko bukan nda kenal perangai mama. Nanti papa cuba pujuk mama. Lembut juga hati mama tu."

"Terima kasih, pa," ucap Zaihan.

Datuk Zarul mengangguk dan tersenyum.

****

SESI memperagakan pakaian untuk design-design terbaru, baru saja berakhir. Jamuan ringan turut diberikan pada pengunjung yang hadir. Mika masih duduk di luar hotel bersendirian. Fikirannya terbang pada Fika.

Saat diperkenalkan pada individu yang menaikkan nama Fika dalam industri modeling dan fesyen, Mika terpempan. Dia tidak menduga orang itu adalah Erina. Tadipun Erina menyambut hambar kehadirannya.

"Eh, ko buat apa di luar, Mika?" soal Ikmal yang kebetulan meninjau di perkarangan luar hotel.

"Sia dapat call dari abang sia, Mal. Ada orang datang rumah. Sia diminta balik," jawab Mika dan segala yang dikatakan benar belaka.

"Ohh... bah, baliklah dulu. Mungkin penting. Nanti sia bagitau Fika yang ko sudah balik lepas terima call," kata Ikmal.

Mika mengangguk. Dia mula mengatur langkah menuju ke keretanya. Dia memulakan pemanduan dan dia selamat tiba di perkarangan rumahnya. Jelas di matanya, sebuah kereta mewah sedang tersadai di hadapan rumahnya. Mika turun dari keretanya dan melangkah masuk ke dalam rumah. Dilihatnya, Datuk Zarul dan Datin Zurina sedang duduk berhadapan dengan mamanya cuma, ekspresi diri Datin Zurina jelas menampakkan ketidakselesaan.

"Mika, kejap.." Puan Milah bersuara.

Mika mendekati mamanya.

"Datuk dan Datin datang untuk merisik. Wakil dari Zaihan. Mika setuju?" Puan Milah bersuara.

"Err... sia ikut keputusan mama. Kalau mama setuju, sia okey saja." Singkat jawapan Mika.

Mika tidak menunggu lama. Kaki diatur menuju ke bilik tidur. Bukannya dia tidak mahu bertegur sapa dengan Datuk Zarul dan Datin Zurina tetapi, layanan hambar Datin Zurina benar-benar membuatkan dia tidak selesa.

Curi-curi cinta (Ongoing)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang