DOKTOR DANISH berjaya membawa Erina di kediamannya untuk rawatan selepas mendapat persetujuan daripada rakan doktor yang lain. Sebenarnya Erina harus diberikan rawatan jiwa selain rawatan fisioterapi pada dirinya. Fisioterapi itu akan diberikan di hospital dan pastinya Doktor Danish akan lakukan semua itu untuk Erina.
Nurse Rita dan Nurse Raina telah mengikuti perjalanan menuju ke kediaman Doktor Danish. Mereka tahu, Doktor Danish bijak menangani pesakit seperti Erina. Mereka sudah bersedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan sebaik saja Erina sedarkan diri.
"Ini bilik Erina. Bilik Rita dan Raina sia letakkan bersebelahan saja dengan bilik Erina. Itu memudahkan kamu berdua kalau emosi Erina terganggu atau apa," jelas Doktor Danish.
"Sesekali sia akan datang ke sini. Lagipun pesakit di hospital perlukan rawatan dari sia. Sia akan selalu pantau keadaan Erina juga," tambah Doktor Danish lagi.
"Baiklah, doktor," jawab Nurse Rita dan Nurse Raina.
*****
TERGANGGU emosi Naim dalam beberapa bulan ini. Kehilangan Erina menjadi tanda-tanya di hatinya. Kerja-kerja di pejabat banyak yang tertangguh.
"Im.." Zaihan mengetuk pintu bilik Naim. Naim mengangkat muka.
"Masuk bilik sia kejap," ujar Zaihan.
"Baiklah, Hans," jawab Naim.
Zaihan menutup pintu bilik Naim dan mengatur langkah menuju ke biliknya. Kemudian dia melabuhkan punggung di atas kerusi utama. Tidak lama selepas itu, Naim menyusul langkahnya. Seperti selalu, Naim akan duduk tanpa disuruh.
"Ko ada masalah kah, Im? Banyak staff mengadu terima tengkingan dari ko sebab ko nda dapat terima kerja diurang. Apa sudah jadi, Im? Dulu ko bukan macam ni. Ko ada mau share apa-apa sama sia?" Zaihan meletakkan isu itu sebagai titik permulaan dalam perbualan mereka.
Naim mengeluh sambil menongkat dagu. Seketika selepas itu, dia mengeluh panjang. Perlukah masalah itu dirungkaikan?
"Erina hilang, Hans. Dia hilang jejak. Sia sudah cuba pigi apartment dia, tapi dia tiada di sana. Sia susah hati pasal tu adik sia." Naim melahirkan kerisauannya.
"Erina pigi bercuti bah kali. Ko jangan terlampau risau, Im. Bukan ko nda kenal si Erina tu. Dia suka bersendirian. Mimang dari dulu lagi dia macam tu." Zaihan cuba untuk menurunkan kerisauan di hati temannya itu.
"Sia harap tiada perkara buruk jadi sama adik sia. Hans, sia mau pohon cuti. Susah sia mau fokus kerja kalau emosi terganggu macam ni,' ujar Naim.
Zaihan mengangguk. "Baiklah, mungkin itu yang terbaik. Ambil masa. Kasi rest tu fikiran. Jangan bertindak melulu."
Naim mengangguk dan melangkah meninggalkan bilik Zaihan. Di ambang pintu, dia berselisih dengan Fika dan bahu mereka bergesel. Fika terundur setapak ke bahu dinding, namun Naim membisu. Tiada kata maaf darinya. "Kenapa dengan Naim?" tanya Fika.
"Jangan ambil hati dengan sikap dia, Fika. Dia risau pasal Erina. Sudah lama Erina hilang jejak," jelas Zaihan.
"Ohh.." Fika agak terkejut mendengar berita itu.
*****
MIKA mendekati Datin Zurina yang sedang duduk di serambi luar. Keadaan Datin Zurina belum berapa stabil selesai menjalani pembedahan pemindahan darah itu, tapi dirinya mampu bergerak tanpa apa-apa bantuan.
"Ma, ni ada susu sia bawa beserta biskut sekali." Mika bersuara.
Datin Zurina memandang Mika di sebelahnya. "Mama bulih bah pigi dapur ambil sendiri. Kenapa Mika nda suruh Mak Pah hantar? Mama nda mau susahkan Mika selalu. Mika sudah banyak tulung mama."