KERETA mewah milik Zaihan meluncur laju di jalan besar. Kedengaran lagu berjudul jangan nakal nyanyian Alif Satar sedang keudara di corong radio. Mereka sudah jauh meninggalkan perkarangan rumah. Mika tidak fokus betul sebenarnya. Dia membisu sambil memandang ke arah depan, akalnya masih ligat berfikir tentang kata-kata Datin Zurina tadi.
"Sampai bila keluarga Datuk Zarul tiada pelapis? Papa sudah lama menanya pasal cucu sama mama. Bila Hans sama Mika bulih bagi kami cucu?" Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga Mika.
"Tajam betul tu mata. Ko fikir apa, Mika?" Rupanya Zaihan sedar Mika melamun.
"Err..." Tersekat pula suara Mika. Tidak tahu apa yang harus dijawab.
"Ko fikir apa yang mama cakap tadi, kan?" teka Zaihan tapi, dia masih fokus dalam pemanduan.
Mika terdiam.
"Janganlah ko telampau fikir, Mika. Nanti ko stress." Zaihan bersuara lagi.
"Tapi, apa yang mama cakap itu betul." Akhirnya Mika bersuara.
Zaihan tersenyum nipis. "Ko sanggup turuti kemahuan mama, Mika? Ko sudah sedia bersama sia dari hati ke hati? Ko rela tidur sebelah sia tanpa paksaan?"
Mika tersentap. Kali ini, dia ketandusan bicara.
Zaihan membelokkan kereta yang kebetulan sudah melewati perkarangan syarikat. Parkir berjaya dicari dan enjin dimatikan. Zaihan menghadap ke arah Mika.
Zaihan menyentuh tangan Mika lembut. "Ko isteri sia, Mika. Sia mencintai ko seadanya. Sia nda kisah apapun keperibadian ko. Walau siapapun ko, sia tetap cinta. Sia mau habiskan sisa-sisa hidup sia bersama ko, Mika.."
Air mata Mika jatuh. Dia betul-betul tersentuh dengan kata-kata Zaihan. Ianya meresap jauh ke dalam hatinya.
Zaihan menyeka air mata Mika. "Sudahlah, jangan nangis. Kita akan bina keluarga kita pelan-pelan, Mika. Sia akan tunggu saat itu. Oyaa, nanti suruh Fika masuk kerja esok. Syarikat perlu staff sekarang. Sia akan interview dia dulu sebelum bagi dia tugas."
Mika tersenyum. Itulah yang dia tunggu-tunggu sekian lama. Dia akan sampaikan berita gembira itu pada Fika.
Sejurus kemudian, Zaihan dan Mika turun dari kereta dan beriringan menuju ke ofis.
*****
Pagi itu, Mika mengajak Fika melangkah ke ofis. Zaihan akan interview kawannya, jadi dia harus memberi sokongan padu. Zaihan tidak interview Fika dalam jangka masa yang lama. Dia tahu, Fika berkebolehan.
Selepas diagih tugas, Fika terus diberikan meja. Dia memulakan tugas pertamanya di syarikat baru. Dia berharap dia akan bertahan bekerja di sini.
"Hai Fika," sapa seseorang.
Fika mengangkat muka. Berkerut dahinya kerana tidak mengenali lelaki itu.
"Sia Naim, bulih panggil sia Im. Sia boss kedua di ofis ni. Jangan segan-segan kalau ada pertanyaan pasal hal kerja ar.." Naim cuba menunjukkan keramahannya pada gadis kecil molek itu.
Naim suka melihat keperibadian Fika. Dia sangat comel di matanya.
"Im, jangan jual minyak depan Fika. Tunggu masa rest karang," tegur Zaihan dari arah pintu. Ada sengihan di wajahnya.
Naim menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia kemudian bergegas ke biliknya. Fika pula meneruskan kerjanya.
Fika banyak menghabiskan kerjanya. Kalau tidak ditegur oleh Naim, dia tidak sedar masa rehat sudah tiba. Bila Naim kata mahu belanja makan tengah hari, dia ikutkan saja. Mereka menjamu selera di sebuah cafe yang menyajikan masakan vegetarian. Itupun ianya hanya berhampiran dengan kawasan ofis saja.
