Part 14

125 2 0
                                        

KEPULANGAN Datuk Zarul disambut mesra oleh Datin Zurina. Kemudian disusuli oleh Zaihan dan Mika. Mereka semua menuju ke ruang tamu. Zaihan duduk bersebelahan dengan papanya. Kemudian Mika pula cuba untuk duduk bersebelahan dengan Datin Zurina.

"Ko jangan duduk sini. Pigi tulung Mak Pah di dapur!" tempelak Datin Zurina.

"Kenapa dengan ko ni, Zu? Mika menantu kita, bukan urang gaji." Datuk Zarul cuba menegur sikap isterinya.

"Dia nda sesuai duduk dengan kita, bang. Dia lebih sesuai di dapur. Dia pun suka bah di dapur tu," bidas Datin Zurina tanpa menoleh ke arah Mika.

Mika hanya mampu menelan air liurnya. Dia serba-salah. Tiada kekuatan untuknya bersuara.

"Zu, tulung ubah itu konteks pemikiran. Ko kata itu ini pasal Mika, samalah juga ko burukkan anak sendiri. Mika menantu kita. Anak kita, Zu," tegas Datuk Zarul.

"Arrgghh!" Datin Zurina tunjuk protes di depan suaminya. Dari hari itu, Datuk Zarul selalu menyebelahi Mika. Dengan pantas dia mengangkat punggung meninggalkan ruang tamu. Betul-betul dia tidak puas hati dengan sikap suaminya.

"Mika, jangan ambil hati dengan kata-kata mama. Lambat laun sejuk juga itu hati dia. Sedangkan mata pisau kalau diasah pun pandai juga tajam, inikan pula hati urang," pesan Datuk Zarul sambil memandang Mika.

"Hans, jangan biar Mika selalu dihina. Kalau mama cakap nda baik pada Mika, sebelahi dia. Mika isteri kamu. Kamu harus sanjung dia." Pesanan itu beralih pada Zaihan pula.

Keduanya mengangguk. Mika terharu dengan kebaikan ayah mertuanya. Sesungguhnya, terlalu berbeza Datuk Zarul dan Datin Zurina.

*****

TAMAN BUNGA.

Erina rasa tertekan dengan perkahwinan Zaihan. Dia sakit hati kerana Zaihan memilih Mika. Dia tidak nampak apa-apa kelebihan pun pada Mika. Kalau dibandingkan dengan dirinya, dia jauh lebih baik.

"Kenapa ko pilih itu perempuan tomboy, Zai? Sepatutnya sekarang sia yang tidur sebelah ko!" protes Erina.

"Erin..." Tersentak Erina ketika terdengar namanya dipanggil. Bila dia menoleh ke sisi, dia nampak Maxwell duduk di sebelahnya.

"Ko mau apa, Max?" Erina menyambut kehadiran Maxwell dengan hambar. Entahlah. Dia betul-betul tiada mood mahu layan kemesraan seseorang. Dia hanya mahukan Zaihan.

Maxwell tersenyum nipis menyambut sikap hambar Erina. Dia tidak ambil hati pun. Dia tahu, begitulah ekspresi seseorang bila dilanda kekecewaan.

"Ko cintakan Zaihan kan, Erin?" Sengaja Maxwell bertanyakan hal itu.

Erina terkejut. "Ko kenal Zaihan?"

"Kenal sangat. Zaihan rakan kongsi sia. Sia ada datang masa dia kawin," jawab Maxwell.

Terlopong mulut Erina mendengar jawapan Maxwell. "Betul-betul nda sangka, Max. Sia nda dapat terima dia kawin sama itu perempuan tomboy. Kalau bulih sia mau jahanamkan semua keturunan dia. Dia rampas Zaihan dari sia!"

"Semua?" Maxwell mengulangi pertanyaan Erina.

"Ya, semua. Si Fika tu pun sia mau hancurkan. Dia kawan baik Mika. Sia mau Mika rasa macam mana itu kehilangan. Pasal dia, Zaihan lupakan sia. Kami nda rapat pun pasal dia!" tukas Erina.

Maxwell senyum tepi. "Senang saja ko mau rapat Zaihan balik, Erin."

Erina mengerutkan dahi. "Macam mana?"

"Ko kena rapat Mika balik. Pura-pura salur kebaikan, Erin. Zaihan akan nampak kebaikan ko. Dalam masa yang sama, ko rapat dengan mak Zaihan juga. Dengan Mika, ko jadi kucing. Dengan mak Zaihan pula, ko jadi anjing. Ko faham, Erin?" Maxwell masih melemparkan senyumannya.

Curi-curi cinta (Ongoing)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang