Part 17

152 3 0
                                        

PUAN MILAH membuat sedikit jamuan ringkas di rumah sempena kepulangan anak dan menantunya. Tidak ramai yang dijemput, hanya keluarga dan kenalan terdekat saja. Mika menjemput Fika dan Ikmal. Zaihan pula menjemput Vicky dan Naim. Mizal hanya menjemput buah hati pengarang jantungnya saja, Lizna.

Ada satu khemah dipasang di luar rumah. Itupun semua itu adalah permintaan Mizal yang mau khemah dipasang diluar rumah. Katanya, senang kalau ada khemah kerana tidak susah turun dan naik ke dalam rumah. Nasib Zaihan ada, Mizal ada teman dirikan khemah.

"Psttt, ko tinguk apa dalam piring tu, bang? Tu, buah hati ko sudah sampai." Mika menjuihkan mulut ke arah depan.

"Mana?" Melilau lagi mata Mizal mencari.

"Kasi terang bah itu mata, bang. Itu bah, duduk di kerusi." Mika menunding ibu jarinya ke arah satu kerusi.

"Bah, sia pigi sambut dia dulu. Ko tunggu kawan-kawan yang belum sampai," kata Mizal bila dia sudah nampak keberadaan Lizna di situ.

Mika duduk di atas kerusi. Zaihan pula masih mengatur kerusi di ruang depan. Seketika kemudian, Naim dan Vicky sampai. Mereka menghampiri Mika.

"Hans mana?" tanya Naim.

"Ada sana depan atur tempat duduk, Im," jawab Mika.

"Sia pigi jumpa dia dulu, Mika," kata Naim.

Mika mengangguk.

Setelah Naim berlalu, Vicky memandang Mika. "Ko apa khabar, Mika?"

"Baik." Sepatah saja jawapan Mika. Sebenarnya dia malas mau bersembang dengan Vicky. Banyak yang sudah berubah selepas dia bergelar isteri Zaihan.

Vicky tersenyum biarpun menerima sikap hambar Mika. "Semoga terus meniti bahagia, Mika. Lupakan apa yang sudah jadi antara kita. Semua itu kesilapan yang mimang kita nda patut ulang. Sia tau Hans bulih bahagiakan ko. Kawan?"

Mika terkesima menerima huluran tangan Vicky. Macam mimpi bila dia menerima ungkapan itu. Vicky sudah jauh berubah. Dia tahu, Vicky ikhlas. Akhirnya, Mika menyambut tangan Vicky.

"Sia pigi jumpa Hans dulu." Vicky mula melangkah.

"Mika.." Tersentak Mika bila mendengar namanya dipanggil. Bila dia menoleh, Fika datang bersama Ikmal. Mika tersenyum menerima kehadiran dua orang sahabat karibnya itu.

Fika menjeling Ikmal.

"Sia faham itu jelingan, Fika. Ko mau suruh sia join diorang si Hans, kan?" teka Ikmal.

Mika dan Fika sama-sama ketawa.

Ikmal melangkah dan menghampiri Zaihan.

"Ko datang saturang saja kah, Mal? Si Fika mana?" soal Zaihan.

Ikmal menjuihkan bibirnya ke arah Mika dan Fika. "Ada... tu dua urang kalau sudah bejumpa macam belangkas, lupa dunia. Sia pun kena halau."

Zaihan ketawa. Naim dan Vicky tersengih. Vicky membawa anak matanya ke arah Mika dan Fika. Jelas terlihat keakraban itu. Dia tahu kini, Mika dan Fika sangat rapat.

Di tempat duduk Mika dan Fika, keduanya rancak bersembang. Fika suka bercerita itu dan ini pada Mika. Cuma halnya di Johor saja yang tidak dibuka. Biarlah semua itu jadi rahsia buat masa ini. Dia tidak mau Mika susah hati.

"Mik, sia mau tanya sikit," kata Fika.

"Apa itu?" balas Mika.

"Ko bahagia dengan si Hans?" Pertanyaan Fika mengejutkan Mika.

"Bahagia." Lambat-lambat Mika menjawab.

Fika tersenyum. "Syukur, itu yang sia harap, Mik. Sia mau kawan sia bahagia. Hidup berumahtangga ini bukan semudah ABC, Mik. Walaupun sia belum pernah rasa manisnya rumahtangga tapi, sia tau, dua-dua pasangan itu perlu saling bersatu. Toleransi itu sangat perlu. Syurga sorang isteri itu berada dalam kebahagiaan suami. Berdosa sorang isteri buat jiwa suami tersentuh. Setitik air mata yang jatuh di kelopak mata suami akan buat pahala sorang isteri itu terbuka."

Curi-curi cinta (Ongoing)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang