Part 8

114 3 0
                                        

MIKA melangkah keluar dari bilik setelah siap berpakaian. Dia menuju ke dapur untuk bersarapan. Dilihatnya, mama dan abangnya sedang menikmati kopi panas dan roti canai.

"Pagi, ma," sapa Mika.

"Pagi, sarapan dulu sebelum pigi kerja, Mika," balas Puan Milah.

Mika mengangguk. "Okey, ma.."

Mika duduk di atas kerusi, berhadapan dengan abangnya. Mizal serius mengunyah roti canai dan menghirup kopi. Mika menarik sebiji cawan dan menuang kopi. Dia turut bersarapan.

"Abang, ko pigi mana semalam?" tanya Mika sambil memandang Mizal. "Janji mau pigi jamuan di rumah boss tapi, sia nda nampak pun ko."

Mizal tersengih. "Sia minta maaflah, Mika. Sia pigi dating sama si Liz. Mau berduaan kunun kami."

Rasa mahu tumbuk saja muka Mizal. Benci Mika melihat senyuman mengejek itu.

"Janji kosong betul lah ko ni, bang. Sia bukan biasa si Boss tu," gumam Mika.

"Lama-lama ko biasa laitu. Bila lagi mau biasa bakal suami," usik Mizal.

"Apa yang ko mengarut ni, bang? Bakal suami apa ni? Dia kan boss sia," tukas Mika.

"Si Hans kawan baik sia lah, Mika. Apa yang berlaku semalam, semua sia tau," kata Mizal. "Oyaa... hari ni, ko pigi tengok motor, ah? Senang ko bergerak kalau ada motor. Lepas ni, sia mau ambil si Liz. Nanti si Hans datang ambil ko sini."

Mika tersentak. "Apa ni, bang? Sia nda suka terlampau termakan budi urang. Susah nanti. Lagipun, kalau Datin Zurina, mama si Boss tau, masak sia. Semalam pun ketara dia memang nda suka sia. Bukan sia mau pigi pun dalam tu majlis. Si Boss yang beriya-iya."

"Ko jangan banyak mulut, Mika. Ko ikut saja si Hans," kata Mizal lagi, kemudian dia berlalu meninggalkan ruang meja makan.

"Apa ni, ma?" protes Mika, tidak suka bila abangnya seakan mendesaknya.

"Ikut saja apa abang ko bilang, Mika. Sudahlah... pigi tunggu di luar. Kejap lagi boss mesti sampai,"ujar Puan Milah.

Mika mengangkat punggung, mengatur langkah menuju ke ruang tamu. Baru mahu melabuhkan punggung, kedengaran bunyi hon kereta beberapa kali. Yakin, itu pasti Zaihan. Mika bangun kembali dan melangkah ke serambi. Disarung sandal, kemudian berjalan ke arah kereta Zaihan. Pintu ditarik dan dia duduk bersebelahan dengan lelaki itu.

Zaihan memutar stering setelah Mika mengelokkan kedudukan di sebelahnya. Kereta mula bergerak menuju ke destinasi.

"Ko sudah sarapan, Mika?" soal Zaihan, memecahkan kebisuan Mika.

"Sudah," jawab Mika singkat.

"Bah ngam. Sia bawa ko terus pigi tengok motor lah," kata Zaihan.

Tajam mata Mika memandang Zaihan. "Ko pugai abang sia kah, bos?"

Mahu tertawa Zaihan mendengarnya. "Apa punya soalan ni, Mika? Mana da lelaki pugai lelaki hahaha.."

"Nda lah, sia kepelikan saja. Mau tinguk motor pun ko yang kena kasi kawan. Ko bukannya family sia," gumam Mika.

"Bakal family," jawab Zaihan perlahan.

"Apa, boss?" tanya Mika, kurang dengar.

"Eh, err... nda. Maksud sia, ko tu adik kawan sia. Nda salah pun sia kasi kawan ko pigi tinguk motor. Mizal tiada masa, kan.." Laju Zaihan menjawab.

Mika menjungkit bahu. "Bah, ok lah. Sia ikut saja. Ngam juga lah ada motor. Senang sia begerak."

Perbualan mereka terhenti di situ saja. 20 minit kemudian, mereka tiba di sebuah syarikat penjualan kereta baru, Vicky Auto. Berkerut dahi Mika bila dibawa melihat kereta sedangkan sudah janji untuk mencari motor. Berpusing-pusing kepala Mika setelah melangkah masuk, banyak jenis kenderaan yang mengaburi mata.

Curi-curi cinta (Ongoing)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang