Part 16

155 2 0
                                        

PESAWAT selamat mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Vicky dan Fika melangkah turun dan mendapatkan bagasi masing-masing. Mereka mematikan langkah dan duduk di atas sebuah kerusi panjang yang tersedia di kawasan itu.

Fika memandang Vicky lama. Matanya berkaca. Air matanya hanya tunggu untuk jatuh saja. Dia merasa bersalah yang teramat sangat. Dari mula kenal, dia hanya tahu marahkan Vicky. Baginya, Vicky itu orang luar dan tidak patut dibagi muka tapi, Vickylah pelindungnya selama berada di Johor.

"Vicky... sia minta maaf dengan sikap buruk sia selama ini. Sia nda kenal ko sebelum ni dan kita kenal melalui perbalahan, kan? Terima kasih kerana ko sudah jadi penyelamat sia. Kalau nda..." Bicara Fika terputus.

"Sudahlah, Fika. Lupakan apa yang sudah jadi. Ngam-ngam sia ada di sana dan mimang patut sia tulung atas dasar kemanusiaan. Lepas ni, sia hantar ko balik. Sia pun sedang tunggu sia punya staff, ambil sia sini," balas Vicky.

Fika masih tunduk memandang lantai. "Sia nda sangka si Max urang jahat. Dia urang kepercayaan Cik Erina. Cik Erina yang mau sia ke Johor."

"Erina Ramli?" soal Vicky. "Dia memperkenalkan model-model baru, kan?"

Fika mengangguk.

"Boss.." Kedatangan seseorang membantutkan perbualan Vicky dan Fika.

Vicky dan Fika memandang ke depan.

Fika terkejut. "Ikmal?"

"Fika? Macam mana ko bulih ada sini sama boss sia?" soal Ikmal.

"Ko kenal Fika kah, Ikmal?" celah Vicky dengan dahi berkerut.

"Kawan baik sia ni boss... dan Mika," jawab Ikmal.

Vicky mengangguk.

"Kenapa ko macam baru lepas menangis ni, Fika?" tanya Ikmal bila melihat mata Fika nampak cengkung.

"Fika hampir-hampir jadi mangsa pelacuran, Ikmal. Tapi, syukurlah Fika selamat," jelas Vicky.

Fika menyeka air matanya.

"Ikmal, Fika, sia rasa si Max nda salah. Ini pasti angkara Erina. Dan si Max tu urang suruhan dia," kata Vicky penuh yakin.

"Kenapa bulih jadi begitu?" soal Fika.

"Sia pernah rapat dengan Erina dulu, Fika. Erina mimang cinta gila sama Zaihan. Dia bencikan Mika kerana merampas cinta dia. Sekarang, dia pasti tau ko dan Mika berkawan rapat. Jadi dia mau cederakan semua yang rapat pada Mika. Dia mau Mika tau apa itu makna kehilangan." Panjang lebar kata-kata Vicky.

Fika dan Ikmal saling berpandangan. "Mal, jangan bagitau Mika apa yang sudah jadi di Johor. Sia nda mau dia susah hati."

"Mimang pun dia susah hati sepanjang ko di Johor, Fika. Tapi, jangan risau. Sia nda akan bagitau dia apa-apa," jawab Ikmal.

"Okeylah, jom lah kita balik. Fika, ko jangan fikir sangat. Ko sudah selamat di sini. Banyakkan rest," ujar Vicky.

Fika mengangguk. Dia membuntuti Vicky dan Ikmal menuju ke kereta.

*****

"Sia nda sangka pula ko biasa pancing ikan kolam macam ni, Hans?" kata Mika ketika mereka memancing ikan di kolam ikan milik Mizal.

Zaihan dan Mizal sama-sama ketawa.

"Apa punya soalanlah ko ni, Mik? Tiada soalan lain lagi kah?" Mizal tersengih.

"Menyampuk saja ko ni, bang. Bukan ko bah yang sia tanya," tukas Mika.

"Okey, bro. Jangan marah-marah. Nanti hilang itu macho." Mizal masih ketawa.

Curi-curi cinta (Ongoing)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang