Part 28

69 2 0
                                        

ERINA duduk termenung di depan kolam renang di perkarangan apartmen mewah milik Doktor Danish. Doktor Danish meminta Nurse Raina membawa Erina melawat kawasan di rumahnya. Selepas meletakkan secawan milo panas di atas meja, Nurse Raina duduk bersebelahan dengan Erina.

"Ni ada milo untuk Erina," kata Nurse Raina.

"Biar saja di situ," jawab Erina malas.

Nurse Raina mengangguk perlahan.

"Doktor Danish mana?" Erina bertanya tentang Doktor Danish. Dari pagi membawa ke tengah hari, batang hidung pun tidak nampak.

Nurse Raina tersenyum. "Erina rindu Doktor Danish ya?"

Erina menjeling tajam ke arah Nurse Raina. "Tiada ayat lain kah mau tanya? Sia tu heran saja, selalu awal lagi sudah terpacak depan sia."

"Mungkin Doktor Danish ada rondaan di wad. Macam selalu, Doktor Danish datang juga walaupun lambat," kata Nurse Raina.

Erina menjungkit bahu, malas untuk bersembang lebih. Dicapainya cawan di atas meja yang berisi milo itu, dihirup dan dinikmati. Dia cuba mengingati semua peristiwa sebelum kecelakaan jalan raya itu. Dia mengeluh berat. Setitis air mata jatuh di pipinya.

"Erina okey?" tanya Nurse Raina bila melihat Erina seakan dilanda rasa sebak.

"Sia ni jahat, nurse. Sia mau semua urang yang sia benci mati," luah Erina luluh.

"Apa yang Erina cakap ni?" Nurse Raina bertanya lagi.

"Dari kecil, sia dipulaukan urang. Sia ni dianggap anak angkat. Sia telan semua hinaan. Sia ada abang yang sayangkan sia, itu sudah cukup. Papa dan mama nda pernah peduli hati sia. Bila besar, sia jadi pembenci. Sia cuba memiliki cinta dengan paksaan. Sia cuba bunuh semua yang jadi penghalang. Sekarang sia sedar cinta bukan untuk memiliki. Dia bukan tercipta untuk sia." Panjang lebar Erina berbicara.

"Nurse.." Kedatangan Doktor Danish membantutkan perbualan Erina dan Nurse Raina.

Dengan menggunakan isyarat tangan, Doktor Danish meminta Nurse Raina meninggalkan Erina. Pasti ada cara untuk menenangkan Erina.

"Erina," panggil Doktor Danish perlahan.

Bila melihat Doktor Danish berada di sisinya, Erina menyeka air matanya perlahan.Tidak tahu kenapa dia beremosi sangat selepas kecelakaan jalan raya itu. Adakah ini kifarah untuknya di atas segala kejahatan yang dilakukannya sebelum ini?

"Erina, berat mana pun masalah yang kita hadapi, kita harus tabah. TUHAN mau uji di mana tahap kesabaran kita. Kalau ko rasa ko berdosa pada seseorang, masih belum terlambat ko pohon kemaafan darinya." Doktor Danish bersuara perlahan.

Anak mata Erina teguh menghadap di dasar kolam renang, seperti ada penyesalan dalam hidupnya. Air matanya menitis lagi.

****

MALAM itu, Vicky mengajak Fika makan malam di sebuah restoran mewah yang telah ditempah khas. Semua hasrat hati akan diluahkannya. Dia takut kehilangan cinta buat kali kedua lagi. Cukuplah dia kecewa kerana kebencian Mika dulu. Dia tidak mahu Fika pula yang pergi.

"Kenapa nda cakap ko mau bawa sia makan di tempat mewah macam ni, Vicky? Bulih juga sia pakai dress cantik-cantik." Berulangkali Fika mengelokkan cara duduknya. Sudahlah pakai baju kepuk dengan seluar panjang berfabrik halus saja, diajak pula makan malam di restoran mewah. Fika betul-betul rasa tidak selesa.

Vicky tersengih melihat ketidakselesaan Fika. Comel pula dia melihat Fika dengan muncung mulut begitu.

"Lawa pun pakaian ko tu, Fika. Sia pun biasa-biasa saja bah pakaian. Janganlah ko rasa nda selesa. Kita dua saja di restoran ni," ujar Vicky sambil tersenyum.

Curi-curi cinta (Ongoing)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang