"DATIN terlalu banyak kehilangan darah." Penjelasan singkat daripada Doktor Danish mampu difahami oleh semua orang. Mereka saling berpandangan.
"Jadi, apa yang perlu kami buat untuk selamatkan isteri sia, doktor?" tanya Datuk Zarul yang mengharap penuh tentang keselamatan Datin Zurina. Dia sanggup berhabis duit demi untuk isteri tercinta.
Zalia memaut erat lengan papanya. Air mata berjuraian jatuh ke pipi. Tidak sanggup dia melihat keadaan mamanya yang penuh balutan di kepala itu.
"Pemindahan darah," jelas Doktor Danish.
"Apapun, Datuk bincang lah dulu dengan keluarga. Sudah ada kata putus, jumpa dengan saya," tambah Doktor Danish lagi.
Datuk Zarul memandang wajah Zaihan. Kemudian beralih ke arah Zalia dan Mika pula.
"Antara kita semua, hanya mama saja yang miliki darah jenis 'O.' Papa akan iklankan dalam news dan laman sosial untuk pohon darah untuk mama. Papa akan bagi something pada siapapun yang sudi dermakan darah untuk mama," ujar Datuk Zarul.
Belum sempat Datuk Zarul mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi seseorang, Mika bersuara.
"Sia dan mama sama kumpulan darah. Sia minta izin pada semua untuk sia dermakan darah untuk mama," ujar Mika perlahan. Itu saja jalan yang dia ada. Lagipun, untuk apa pohon darah dari luar kalau dirinya sendiri memiliki darah jenis 'O.'
"Mika?" Zaihan seperti tidak percaya dengan kata-kata isterinya.
Mika memandang wajah redup Zaihan. Air muka itu penuh dengan tanda-tanya. Dia akan berikan jawapan pada suaminya.
"Hans, mama pun sebahagian dari hidup sia juga. Jangan risau pasal sia. Tubuh sia sihat sekarang," ujar Mika sambil melemparkan senyuman.
"Lagipun, mama perlu diberi rawatan dengan segera. Sia ikhlas bantu mama, Hans," tambah Mika lagi.
Zaihan dan Datuk Zarul saling berpandangan. Sebarang keputusan masih lagi belum dibuat.
****
"KITA perlu lakukan pemindahan darah dengan segera," ujar Doktor Danish apabila mengetahui Mika bersedia untuk memindahkan darahnya kepada Datin Zurina.
Datuk Zarul dan Zaihan mengangguk.
"Staff hospital akan bawa Puan Mika ke dewan bedah. Sia harap Datuk dan Encik Zaihan sabar menunggu. Prosedur agak lambat, tapi sebelum tu tolong turunkan sign sebagai kebenaran pemindahan darah di borang ini," ujar Doktor Danish.
"Sia turunkan sign, pa," kata Zaihan kepada papanya.
Datuk Zarul mengangguk.
Usai menurunkan tandatangan, borang diserahkan kembali. Doktor Danish menyambut borang itu perlahan.
"Benarkan sia mulakan pembedahan pemindahan darah ini. Doakan sia dan staff hospital berjaya," ujar Doktor Danish dengan doa yang tidak pernah putus.
Mereka mengangguk.
Doktor Danish bergegas menuju ke dewan bedah sebaik saja menerima kata putus daripada Zaihan. Seketika kemudian, beberapa orang nurse telah membawa Mika menuju ke dewan bedah. Operasi pemindahan darah akan dimulakan.
Sepuluh minit selepas itu, Puan Milah datang bersama Mizal. Zaihan menyatakan pemindahan darah yang akan Mika lakukan. Terlalu besar ihsan yang akan Mika berikan pada ibu mertuanya.
"Maafkan sia, Mak. Sebelum ni, Mika sudah lakukan pembedahan untuk bersalin. Nampaknya hari ni pun Mika buat benda yang sama. Sepatutnya sia yang dermakan darah sia untuk mama, tapi..." Berulangkali Zaihan melahirkan perasaan serba-salahnya tentang ihsan ikhlas yang Mika lakukan.