Part 31

77 3 0
                                        

SEMI FINAL.

BULAN mula mengambang penuh di kaki awan, namun Doktor Danish masih gagal menyusup masuk ke dalam apartmen itu. Dia terus memerhatikan dari luar rumah sekiranya Maxwell cuba berbuat sesuatu yang berbahaya. Pisau itu tampak teguh berada dalam pegangannya.

Ketika itu juga, Doktor Danish menerima satu whatsapp. Nada yang sengaja disenyapkan dan ditukar dengan getaran, tidak didengari oleh Maxwell. Saat dibukanya whatsapp itu, tertera nama Mika.

Bila Doktor Danish memaklumkan yang dirinya berada di perkarangan apartmen Erina, tiada balasan dari Mika. Telefon itu dimasukkan kembali ke poket seluar dan dia cuba menyusup masuk melalui tingkap. Berjaya, Doktor Danish cuba bersembunyi melalui tirai tingkap.

Jam sudahpun menunjukkan ke angka 11.00 malam ketika Doktor Danish lihat, Erina mula menunjukkan tindak balas untuk sedarkan diri. Dibuka kelopak matanya yang masih berpinar-pinar.

"You're awake, sweet lady?" Maxwell bertanya dengan nada mengejek. Ketawa garaunya jelas kedengaran.

Maxwell menambah lagi. "Sudah puas beradu?"

Erina terkejut. "Macam mana ko bulih masuk di rumah sia? Apa ko buat sini???"

"Hahaha... suka hati sia lah bah. Sia mau berhibur sama ko!" Maxwell ketawa besar sambil cuba mendekati Erina.

Panik Erina bila melihat ada pisau yang berada di tangan Maxwell. Dia berteriak kuat.

"Pigi jauh! Jangan dekat sia!" tekan Erina dan dia cuba untuk menjauhi lelaki itu.

"Ko siapa mau halau-halau sia, Erina? Ko ingat ko bulih lepas macam tu saja? Sia berdendam sama ko sejak ko kasi jatuh maruah sia!" rungkap Maxwell dengan mata yang marak.

Prakkk! Maxwell terkejut bila pintu rumah Erina ditolak kuat. Ketika melihat individu yang berada di muka pintu, Maxwell ketawa.

"Welcome, Mika!" pelawa Maxwell sambil ketawa.

Doktor Danish yang masih bersembunyi, terkejut melihat kehadiran Mika. Dia tidak menduga Mika mengejarnya ke sini.Bahaya sedang menimpa Mika. Dia tidak mahu ada perkara buruk yang berlaku di apartmen Erina. Doktor Danish masih lagi belum keluar dari tempat persembunyian.

Mika maju ke depan sambil menghampiri Erina. Bahu Erina cuba dipaut perlahan.

"Apa yang ko cuba mau buat ni, Maxwell? Ko mau cederakan Erina?" rungkap Mika.

"Ko buat baik dengan orang yang salah, Mika. Ko tahukah Erina pernah rancang untuk bunuh ko dulu? Terbalik sudah kali ni dunia? Urang baik pula tolong urang yang jahat, hahahaa..." Maxwell masih ketawa.

"Itu semua cerita lama, Maxwell. Lepaskan Erina. Erina adik Hans, adik ipar sia." Terkejut Maxwell dengan pengakuan Mika.

"Apa? Hahaha!!!" Maxwell terus ketawa besar. "Bukan dulu ko berabis mau dapatkan cinta Hans kaitu, Erina? Hahaha, semua ini melucukan!"

Doktor Danish yang risau Maxwell cuba mencederakan sesiapa, pantas keluar dari tempat persembunyian. Maxwell tambah terkejut melihat sepupunya turut berada di apartmen Erina.

"Ko kasi ampai itu pisau, Max. Jangan cuba kasi cedera siapa-siapa. Ko akan dapat Erina macam yang ko mau." Doktor Danish cuba memujuk Maxwell dengan sebuah penipuan demi untuk menyelamatkan Erina.

"Ko jangan tipu sia, Nish. Ko ingat sia nda tau yang ko sudah mula sayangkan Erina? Sia bukan bodoh!" bidas Maxwell.

Doktor Danish terdiam. Dia kehilangan akal untuk membalas kata-kata Maxwell. Mika yang risau Maxwell mencederakan Erina, cuba menarik lengan Erina.

Curi-curi cinta (Ongoing)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang