Part 13

122 6 0
                                        

HARI ini, masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Akhirnya, Zaihan dan Mika akan duduk atas pelamin. Mika nampak anggun dihias cantik oleh jurumekap yang ditempah khas. Solekan tampak sempurna dengan mekap yang sekata. Seolah-olah dia bukan si tomboy, seperti yang sering dilabelkan pada dirinya.

Ramai para jemputan yang hadir. Ucapan tahniah tidak henti-henti terucap dari bibir ke bibir. Zaihan dan Mika hanya menyambutnya dengan senyuman.

"Congrats, Hans.." Kedatangan Vicky, Zaihan sambut dengan senyuman gembira.

Mika hanya menjungkit bahu. Walau apapun yang terjadi, Zaihan dan Vicky tetap berkawan baik. Tiada noktah untuk sebuah ikatan persahabatan.

"Thanks, Vick," sambut Zaihan.

Vicky tersenyum. "Sia nda dapat beli hadiah yang mahal-mahal, Hans. Ini saja yang termampu."

Zaihan membalas senyuman Vicky. Dia memang happy banyak Vicky sudi datang dalam majlis kahwinnya. Vicky beralih pada Mika pula. Anak mata Mika ditatapnya lama.

"Congrats, Mika," ucap Zaihan.

"Thanks.." Macam nak tak nak saja Mika membalasnya. Dia mahu lupakan semuanya berkaitan dengan Vicky. Kalau boleh, dia tidak mahu Zaihan dapat hidu kisah cintanya bersama Vicky. Kerana Vicky, ciri-ciri kewanitaan dalam diri Mika hilang. Semuanya kerana Vicky. Mika tidak akan lupa semua itu.

Adakah Mika membenci? Adakah Mika berdendam?

"Ko fikir apa, Mika? Vicky mau bawa kita selfie ni." Suara Zaihan menyentakkan Mika.

"Oh, okey.." Lambat-lambat Mika menjawab.

Mika meluruskan duduknya sambil cuba mempamerkan senyuman. Dia cuba bergambar di samping Zaihan bersama-sama dengan Vicky. Selesai menjamu selera, Vicky meminta diri. Dia doakan Mika bahagia di samping Zaihan.

Vicky mengatur langkah meninggalkan rumah Mika dan menuju ke parkir kereta. Relung hatinya bagai disiat-siat kerana perkahwinan Mika dengan teman karibnya, namun akalnya mampu berfungsi dengan waras saat ini. 'Mika... kau bukan jodohku.'

Bukk!

Vicky tidak sedar, dia berlanggar dengan seseorang. Tahu-tahu saja, dia sudah terjatuh atas tubuh seseorang. Bila mata bertentang mata, tubuhnya ditolak.

'Sia jatuh atas badan dia pula tadi tu,' getus hati Vicky.

"Ko tinguk apa?!" Vicky melihat gadis itu sedang marah di depannya.

Tengok dari cara berpakaian, macam ciri-ciri model. Rambut panjang melepasi bahu dan agak keperangan. Blaus dan skirt separas lutut menyempurnakan ciri-ciri pemakaian si gadis comel.

"Sia tinguk jalan lahh." Vicky membalas, tunjuk lagak kunun depan si gadis.

"Tinguk jalan apa sampai bulih langgar urang? Jatuh atas sia lagi tu!" sindir gadis itu.

"Aik.. ko pun langgar sia juga bah." Vicky tidak mahu kalah.

"Arrgghh! Sia jumpa urang miring hari ni. Tepi!" Gadis itu melanggar bahu Vicky untuk sampai ke majlis kahwin temannya.

"Sia nda lupa tu muka berlagak. Sia set dalam utak," tekan Vicky lantas melangkah kasar menuju ke keretanya.

*****

RUMAH DATUK ZARUL.

Mika duduk di hujung katil usai mandi pada malam itu. Dia belum nampak kelibat Zaihan. 'Biarlah dia. Bukan hal sia pun.'

Mika pun tidak tahu kenapa dia harus menidakkan kewujudan Zaihan sebagai suaminya. Dari hari pertama kahwin, dia kehilangan keserasian berkomunikasi dengan lelaki itu. Kadang-kadang dia seakan menyesal dengan ikatan perkahwinan yang sudah seminggu terbina.

Curi-curi cinta (Ongoing)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang