ZAIHAN memberhentikan keretanya tepat di depan pagar rumah Mika. Dengan pantas Mika menuruni kereta Zaihan tanpa mengucapkan terima kasih. Zaihan hanya menjungkit bahu menerima sikap dingin Mika. Agaknya dia memang rindu untuk bertemu dengan keluarganya.
Mika menolak pagar rumahnya setelah kereta Zaihan berlalu meninggalkannya. Dia melangkah ke dalam rumahnya dan membuang diri ke atas sofa. Huh! Mika mengeluh, kepenatan.
"Sudah balik, bro?" Mizal menghampiri Mika sambil tersengih.
"Lain betul sia nampak tu senyum ko, bang. Ko mengijik sia, kan?" tukas Mika.
"Mengijik apa pula ni, Mika? Urang tanya baik-baik maa.. Jangan lah ko fikir bukan-bukan," balas Mizal.
"Kuh, serious kunun muka? Sia ok saja ni, cuma sia tejatuh sana curam. Bos yang rawat sia. Ada daun-daun hutan dia tampal di kaki sia.." Mika membuka cerita tentang keadaan dirinya sewaktu berada di dalam hutan.
"Bagus lah macam tu. Tiada bibit-bibit cinta yang jadi, kah? Ko nda terjatuh sinta sama tu bos handsome kita?" Mizal mengusik adiknya sambil tersenyum sumbing.
Bukk! Mika menumbuk bahu abangnya. Betul-betul dia tidak suka dengan gurauan abangnya. Suka betul mau cari pasal!
"Ko ingat sia macam ko kah, bang? Mudah jatuh cinta. Tiada! Sia nda mau cerita Vicky berulang balik," ujar Mika serius.
Terhenti tawa Mizal. Teringat terus dia pada Vicky, bekas teman lelaki Mika. Kerana Vicky, banyak yang berubah. Perwatakan lembut Mika bertukar kasar. Sepuluh tahun telah berlalu, namun rasa sakit hati di hati Mika tidak pernah hilang.
"Sia mau rehat dulu, bang. Sia penat. Sia masuk bilik dulu.." Mika mengangkat punggung ke dalam bilik.
Masuk saja di dalam bilik, tilam yang dicarinya. TUHAN saja yang tahu tahap kepenatannya semasa berada di dalam hutan. Teringat pula dia pada Zaihan. Bantuan-bantuan Zaihan masih tersemat dalam jiwanya. Rasa diri betul-betul dihargai.
"Aduh, kenapa sia mesti ingat dia? Apa sudah jadi sama hati sia ni? Buduh-buduh.." Mika menampar pipinya beberapa kali.
Mika mengambil masa selama setengah jam untuk melelapkan mata. Selepas itu, dia bangun untuk mandi. Setelah siap berpakaian kemas, Mika duduk di birai katil. Bip! Nada whatsapp yang masuk di telefonnya, menyentakkan dirinya. Dia menekan skrin telefon dan membuka whatsapp itu, tertera nama Ikmal.
📱Ko ada di kampung kan, Mik? Sia mau jumpa ko di tempat biasa, sekarang. Ada cerita baik punya😅
Berkerut dahi Mika menerima whatsapp Ikmal.
📱Ok, sia datang..
Mika keluar dari biliknya, dia melangkah ke ruang tamu. Di sana, Mizal dengan mamanya sedang bersembang sambil menonton siaran tv. Mika tidak menegur mereka.
"Ko mau pi mana, Mika?" soal Puan Milah.
"Sia mau jumpa Ikmal kejap, ma," jawab Mika.
"Aduh... ini anak, baru sampai mau keluar sudah balik," bebel Mizal.
"Sia keluar kejap saja, bang. Malas sia mau dengar ko membebel." Mika melangkah laju, nanti sampai South Africa itu bebelan.
Mika melangkah laju menuju ke hujung kampung. Dari jauh, dia sudah nampak motorsikal Ikmal tersadai di tepi jalan. Ikmal pula sedang duduk di tebing sungai.
"Mal.." panggil Mika.
Ikmal tersenyum menyambut kedatangan sahabatnya.
Mika duduk bersebelahan dengan Ikmal. "Apa yang ko mau bagitau sia ni?"
