Part 10

175 4 0
                                        

MIKA menurut saja apabila Zaihan mengajaknya dinner pada malam itu. Dia bekerja untuk Zaihan jadi, dia rasa adalah satu amanah untuk mengikuti segala arahan yang telah diberikan. Zaihan mengajak Mika melangkah masuk ke dalam restoran mewah yang telah ditempahnya.

"Duduklah, Mika," ujar Zaihan bila melihat anak mata Mika masih memandang setiap sudut di kawasan restoran itu.

Setelah seorang pelayan mengambil order mereka, Zaihan menghadap Mika dengan ekspresi serius. Dia tahu, inilah masalah untuk dia nyatakan pada Mika.

"Mika, ada benda sia mau discuss sama ko." Zaihan memulakan bicaranya pada malam itu.

"Apa itu, boss?" sambut Mika.

Zaihan masih memandang Mika. Serius. Masih tidak berganjak sedari tadi. Akhirnya, Zaihan menghulurkan sebuah kotak kecil berwarna meron pada Mika.

"Apa ni?" tanya Mika sambil menyentuh kotak itu.

"Buka saja, Mika," jawab Zaihan.

Perlahan-lahan Mika membuka penutup kotak itu. Sebentuk cincin emas berkilauan, terletak elok di atas span yang disertakan di dalam kotak itu. Berkerut dahi Mika.

Mika kehairanan. "Apa maksud ko, boss? Kenapa ko bagi sia semua ni? Bikin curiga betul-betul ko ni, boss.."

"Jom kawin, Mika.." Zaihan menyentuh jari-jemari Mika perlahan.

Rasa mahu tertonjol keluar biji mata Mika. "Ko mengigau kaini, boss? Mana ada kahwin bukan berlandaskan cinta."

"Sia mimang cintakan ko, Mika." Serius kunun Zaihan berkata-kata.

Terkejut Mika mendengar jawapan Zaihan. "Family ko sudah pilih si Erina bah, boss. Hisshh... sia betul-betul nda suka oh sia kena tempias sama dalam hidup ko. Bagi sia keselesaan untuk kerja bah boss."

"Mika, sia nda pernah tipu ko bah. Sia ikhlas cintakan adik kawan sia. Sia minta maaf sebab sia curi-curi cintakan ko," jelas Zaihan dan dia menatap wajah Mika dengan penuh ketulusan.

"Tiada secalit pun rasa cinta di hati sia sama ko, boss. Sia pernah kecewa kerana lelaki. Sia berubah jadi kasar pun pasal lelaki. No.. nda mungkin sia bulih bercinta," kata Mika dan di hujung bicaranya, dia mengeluh.

"Kita cuba, Mika." Zaihan berkata lagi.

Mika memandang Zaihan. "Erina macam mana? Datin Zurina mimang pingsan ni boss kalau dia tau pasal ini keputusan ko."

"Pandailah sia explain sama mama. Sia nda bulih berkongsi hidup dengan wanita yang sia anggap macam adik sendiri," jelas Zaihan.

Mika menjungkit bahu. "Sia nda tau mau jawab apa, boss. Sia masih hidup sama family sia. Jawapan sia terletak pada keputusan diorang. Tapi, sia tau mama sama abang sia mimang suka ko, boss."

Zaihan tersenyum mendengar jawapan Mika. Makanan dan minuman yang dihantar oleh pelayan, menutup perbualan mereka.

****

Malam itu, kira-kira dalam pukul 9.00 malam, Zaihan keluar menemui Vicky. Tiada agenda pun sebenarnya, hanya keluar untuk bersembang kerana sudah lama tidak bertemu. Seorang pelayan menghantar dua cawan kopi di atas meja. Zaihan dan Vicky menghirup cawan masing-masing.

"Sudah lama kita nda keluar dan betukar-tukar cerita kan, Hans? Ko apa cerita?" Vicky bersuara.

"Sia rasa, sia mau kahwin lah, Vick," jawab Zaihan sambil memandang Vicky.

"Siapa calon ko? Erina?" tanya Vicky.

Zaihan menggeleng. "Mika, Vick.."

Dup! Dada Vicky berdegup kencang. 'Kenapa mesti dia?'

Curi-curi cinta (Ongoing)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang