"LAMBAT betul ko ni, bang! Apa juga yang ko sembang sama ko punya sumandak?" bebel Mika setelah masuk ke dalam kereta Mizal.
"Aik, itupun ko mau tau? Itu hal sia bah," tukas Mizal.
"Bah cepatlah. Kasi jalan ni kereta." Mika mencebik.
Mizal mula memusing stering kereta untuk meneruskan perjalanan. Mika pula asyik menyapu-nyapu seluarnya yang basah gara-gara terkena semburan daripada kereta tadi.
"Kenapa kau basah, Mika?" tanya Mizal.
"Ada kereta tadi limpas dekat jalan raya. Kalau sia jumpa tu driber gila, mau juga sia kasi rasa ni penumbuk sia. Nasib sia nda kenal tu kereta!" marah Mika sambil menumbuk-numbuk tangannya.
Mizal ketawa mendengar kata-kata Mika. "Kasi lupa sajalah tu marah ko, Mika. Kita mau sampai sudah ni. Jaga-jaga itu mulut kalau jumpa bos."
"Okey."
"Jaga tu bahasa ko depan bos, Mika," tegur Mizal lagi.
"Iya, sia tau lah bah. Cepatlah, mari kita turun," ujar Mika setelah Mizal sudah memarkir keretanya di posisi yang betul.
Mika mengikut Mizal melangkah ke dalam syarikat besar itu. Sempat Mika melihat papan bertulis yang tertera di luar, Pesona Corporation.'
'Uiii... syarikat besar bah pula ni. Mesti bos dia pun berjiwa besar ni,' teka hati Mika.
"Apa lagi yang ko berdiri sana tu, Mika? Mari masuk bilik bos," panggil Mizal.
"Aik, bukan kena interview dulu kah?" soal Mika.
"Tiada interview-interview. Terus saja masuk kerja tapi, bos mau jumpa dulu," ujar Mizal.
Mika hanya menjungkit bahu, dia menyusul langkah Mizal dari belakang. Ketika melangkah masuk ke dalam bilik bos, terlopong mulut Mika. Bilik itu luas dan bukan seperti bilik ofis yang lain. Mika memandang ke depan. Seorang lelaki berkameja coklat sedang tekun menghadap komputer. Seketika kemudian, dia berdepan dengan Mizal.
"Mana adik perempuan ko yang ko bilang tu, Zal?" soalnya kepada Mizal.
"Ini adik aku, Hans," ujar Mizal sambil menarik tangan Mika agar mendekatinya.
Lelaki itu memandang Mika lama. Tidak lepas pandang, dari atas sampai ke bawah menjadi tatapannya.
"Ko biar betul, Zal? Ko bilang ko mau bawa adik perempuan ko. Macam lelaki saja ni," tukas lelaki itu.
'Butakah apa ni urang?' Mika mencebik.
Mizal tersenyum. "Inilah adik perempuan aku, Mika. Nampak tomboy sikit tapi, kalau pasal buat kerja, semua dia on ni.."
Lelaki itu mengangguk. "Okey, ko keluar dulu, Zal. Biar aku lihat resume adik ko sebelum tunjuk di mana mejanya."
"Orait." Mizal melangkah keluar tanpa menoleh ke arah adiknya.
'Pandai-pandai ko lah, Mika,' desis hati Mizal.
Mika masih berdiri di depan lelaki itu.
"Duduk dulu. Banyak yang sia mau tanya ni." Lelaki itu bersuara.
'Nda padan dengan pangkat bos la dia ni. Macam bukan bercakap dengan staff. Lembut dan lemah-gemalai,' getus hati Mika.
"Ko dengar kah nda ni?" Lelaki itu bersuara lagi bila melihat Mika seperti tidak mengendahkan kata-katanya tadi.
Perlahan-lahan Mika duduk di depan lelaki itu. (Belum tau lagi siapa nama si bos ni..)
"Nama sia Zaihan Hafizi.. Boleh panggil sia Hans tapi, kalau kurang selesa boleh panggil bos." Dia memperkenalkan diri.
