MASUK saja di ofis, Mika bergegas pantas ke bilik. Zaihan yang sedang menekan punat-punat komputer, terkejut menerima keseriusan Mika.
"Apa yang ko cuba mau buat ni, boss? Jangan cuba bawa sia masuk dalam hidup ko, ah?" tekan Mika.
"Bila masa sia mau bawa ko masuk dalam hidup sia?" soal Zaihan dengan mimik muka selamba.
"Ee... nda mau mengaku ni urang? Kes lunch kemarin dengan Erina dan Datin Zurina tu apa? Tulunglah, boss... Erina tu bakal isteri ko. Jangan kasi babit sia. Sia nda mau ada kaitan, ah. Cukuplah sia jadi pembantu ko saja." Panjang lebar Mika berleter.
"Erina bukan bakal isteri sia, Mika. Dia cuma pilihan mama sia tapi, bukan pilihan sia." Serius pula air muka Zaihan.
"Boss, sia nda kisah pun siapa dia pada ko. Itu hal ko tapi, tulunglah jangan kasih kait-kait sia. Sia nda mau Datin Zurina terus kecam sia," ujar Mika yang masih berdiri teguh di hadapan meja Zaihan.
Dengan pantas Zaihan menyambar lengan Mika. Tidak tahu dari mana dia miliki keberanian itu dan seharusnya, penjelasan perlu diberikan pada Mika.
"Percayalah, Mika. Erina itu teman sepermainan sia saja." Zaihan masih memegang tangan Mika dan menyatakan kebenaran tentang perhubungannya dengan Erina.
'Hisshh.. peduli apa sia? miring kali ni boss? Balik-balik mau ulang ayat. Pigang tangan urang pun nda mau minta izin,' protes Mika dalam hati.
Krikkk!
Pintu bilik ditolak perlahan dan terpacul wajah Erina di depan mereka. Mata Erina terus fokus pada tangan Mika yang berada dalam genggaman Zaihan. Ekspresi wajahnya diselaputi rasa amarah.
"Zai... apa semua ni!" marah Erina.
Zaihan menjungkit bahu.
"Sia rasa sia lagi sempurna dari dia! Sia lagi banyak kelebihan! Sia nda dapat terima ko pilih dia!!" tempelak Erina.
"Cik Erina salah faham ni. Sia dengan..." Mika cuba menyatakan sesuatu namun, Erina memintas percakapannya.
"Ko diam!!" Erina menunding jari ke muka Mika.
Glupp! Mika hanya mampu menelan air liur saja. Macam singa saja Mika melihat Erina.
"Ko keluar, Erin. Ko tau, kita kawan dari kecil. Ko nda bulih pertikai dengan siapa sia berkawan. Lagipun, Mika secretary sia. Sia harap ko faham dengan keakraban kami. Jangan menilai peribadi Mika. Dia jauh lebih baik dari wanita di luar sana." Panjang huraian Zaihan.
Sedikitpun tidak terkesan di hati Mika. Dia tahu, Zaihan hanya mahu menyelamatkan keadaan, risau Erina bertindak di luar kawalan apabila hati sedang marak.
"Fine! Huh." Erina menghentak-hentak kaki sebelum meninggalkan bilik Zaihan.
Tajam mata Mika melihat Zaihan. Tangan yang masih berada dalam pegangan Zaihan, ditariknya cepat.
"Apa yang ko sedang rancang ni, boss?" soal Mika, serius sekali pandangannya.
"Sia buat apa?" soal Zaihan pula.
"Bingung sia sama ko ni, boss. Kenapa ko bagitahu semua urang yang sia ni bakal isteri ko? Berapa kali sia mau cakap yang sia nda mau ada kaitan dengan ko!" dengus Mika sambil mengangkat kaki menuju ke mejanya.
Betul-betul dia tidak puas hati dengan sikap Zaihan. Dia pura-pura menyibukkan diri dengan menekan punat-punat komputer tapi, dia sendiri pun tidak tahu apa yang dia tekan.
Masa rehat, laju saja Mika keluar dari ofis. Tidak mahu lagi makan tengah hari dengan Zaihan. Nanti diangkutnya satu big family lunch bersama. Mika mencari warung yang berdekatan dengan ofis saja. Teh tarik dan mee goreng ayam dipesannya. Dia mula menikmati makanan yang dipesannya. Sudah satu per dua mee goreng itu dihabiskan.
![](https://img.wattpad.com/cover/169183005-288-k355698.jpg)