Part 7

152 5 0
                                        

MIKA sampai awal di ofis. Seperti selalu,
dia akan menyibukkan diri, mengemas meja dan meneliti setiap data yang tersimpan di dalam komputer. Andai dinilai penuh, tugas setiausaha ini bukan mudah sebenarnya.

"Morning Mika.." Tersentak Mika apabila disapa oleh seseorang.

Mika mendongak. "Encik Naim.. morning."

Naim tersenyum nipis. "Panggil sia Im saja, Mika. Janggal pula sia rasa."

"Macam nda sopan pula kalau sia ubah tu panggilan. Encik Naim sudah macam boss sia bah, macam si Boss juga," balas Mika dengan perasaan serba salah.

Naim tersenyum lagi. "Kita rakan sekerja, Mika. Nda ada istilah siapa tinggi, siapa rendah pun dalam ofis ni. Kawan?"

Mika terpana saat Naim menghulurkan tangan padanya, menanti dirinya menyambut huluran itu. Sesungguhnya, tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dia baru sahaja mengenali Naim tetapi, ternyata lelaki ini beriya-iya ingin bersahabat dengannya. Perlukah diterima salam persahabatan darinya?

Akhirnya, Mika menyambut juga huluran tangan Naim. Kasihan, tangan itu terhulur lama tanpa disambut. Naim tersenyum menerima sambutan ikhlas dari Mika.

"Thank you, Mika. Apa-apa hal, jangan ragu bertanya. Sia cuba bantu," ujar Naim.

"Baiklah Im.." Rasa terketar-ketar pula Mika menyebut nama lelaki itu, dengan si Boss 'cool' saja pula? Lain betul perasaan yang melanda.

"Okeylah, Mika. Sia sambung kerja dulu. Happy working with you," kata Naim sambil tersenyum.

Mika mengangguk dan membalas senyuman Naim.

*****

Di bilik Zaihan, dia mundar-mandir di setiap ruang. Baru sebentar tadi dia lihat, Naim seperti ingin bersahabat dengan Mika. Zaihan pula masih memikirkan tentang mereka namun, seketika kemudian, dia cuba membuang anasir-anasir negatif yang bersarang di benaknya.

"Kenapa aku perlu ambil tahu pasal hal staff aku?" Berulangkali Zaihan menyoal dirinya.

Akhirnya, Zaihan kembali ke mejanya. Bakul plastik yang bertulis 'Butik Aqilla' masih berada di depannya. Ianya harus dia serahkan kepada Mika. Birthday mamanya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Dengan keadaan mamanya yang sangat cerewet, dia tidak mahu mamanya mempertikaikan peribadi Mika sebagai setiausahanya.

Zaihan mencapai telefon ofis dan menghubungi Mika. "Mika.. masuk bilik sia kejap."

"Baik boss," jawab Mika.

Zaihan meletakkan kembali gagang telefon di atas meja. Ketika pintu bilik dikuak, terpacul Mika di depannya dengan mimik muka serius. Mika mendudukkan dirinya di atas kerusi.

"Ada apa ko panggil sia, boss?" tanya Mika, bersahaja.

"Sia mau ko cuba ni, Mika. Pakai masa jamuan birthday nanti," ujar Zaihan sambil menghulurkan bungkusan bakul plastik itu kepada Mika.

Mika menyambutnya perlahan. Dikeluarkan isi dari dalam bakul plastik itu. Sehelai baju sendat berwarna putih dihiasi dengan labuci jernih dan skirt separas lutut berwarna hitam berada di tangannya. Seketika kemudian, terhambur tawa Mika.

"Hahahahaaa... ko mau suruh sia pakai baju ni masa jamuan nanti kah, boss?" Mika terus ketawa.

"Apa juga yang ko rasa lucu tu, Mika? Sampai mau keluar air mata ketawa.." tukas Zaihan.

"Ko undang sia dalam jamuan birthday mama ko sebagai secretary saja bah, boss. Bukan undang sebagai bakal isteri, wuahaha.." Sempat juga Mika berseloroh.

"Ini perempuan ah?" tukas Zaihan. "Ko mau jadi bakal isteri sia kah, Mika?"

Laju Mika menjawab walaupun dia agak terpempan dengan teguran si Boss. "Ee... jauh panggang dari api, boss. Agak-agaklah kalau mau bergurau pun.."

Curi-curi cinta (Ongoing)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang