"Tahniah, Encik Zaihan. Isteri Encik sah mengandung. Ujian yang kami jalankan tadi semuanya positif." Masih terngiang-ngiang bicara doktor tadi di telinga Mika.
Ketika itu, Mika dan Zaihan sudah berada di dalam kereta. Zaihan menyentuh tangan Mika lembut, kemudian mengucupnya. Betapa dia bahagia dengan berita gembira yang baru diketahuinya ini.
"Thanks, Mika," ucap Zaihan.
Mika menatap wajah Zaihan yang penuh bercahaya. Dia tidak tahu apa yang harus dijawab. Dia sendiri pun masih terpana. Seolah-olah semuanya bagaikan mimpi.
"Mimpikah semua ini? Kita hanya tidur sekali, Hans. Itupun tanpa rela," kata Mika yang masih sukar untuk mempercayai kenyataan itu.
"Sia relakan semuanya. Sia cintakan ko, Mika," jawab Zaihan.
"Ko ikhlas katakan itu, Hans? Sia ni perempuan tomboy. Ko nda malu bila urang cakap bukan-bukan pasal sia?" soal Mika.
Zaihan menarik nafas panjang. "Biarlah apa urang mau cakap. Ko isteri sia yang sah. You are my everything, Mika. Sia ikhlas cintakan ko."
Mika boleh nampak keikhlasan itu di mata Zaihan. Air matanya jatuh.
"Sapu tu air mata, Mika. Sia nda mau ko sedih-sedih. Jaga baik-baik tu kandungan. Mari kita sampaikan ini berita gembira pada papa dan mama," kata Zaihan.
Mika mengangguk perlahan.
Kereta Zaihan meluncur laju di jalan besar. Dalam sekelip mata saja, mereka sudah berada di perkarangan rumah. Datin Zurina mengintip dari arah tabir sambil mencebik. Dengan senyuman kepalsuan, dia menyambut kepulangan anak dan menantunya.
"Pemeriksaan okey kah, Hans?" tanya Datin Zurina setelah Zaihan dan Mika duduk di atas sofa berhadapan dengannya.
"Semua okey, ma. Mika mimang selalu letih sekarang. She's Pregnant," jelas Zaihan.
Datin Zurina agak terkejut. "Wow... good news! Mama happy sangat. Mama mau share berita gembira ni pada kawan-kawan mama. Nda lama lagi mama bakal dapat cucu.."
"Nda terlalu awal kah, ma? Mika baru ja disahkan pregnant," soal Zaihan.
"Benda baik, Hans. Awal atau lambat kita kasi siring. Nanti mama bincang sama papa. Mama mau jemput semua orang."
Zaihan dan Mika saling berpandangan, seakan tidak percaya dengan keterujaan Datin Zurina sedangkan Datin Zurina melakukan itu hanya kerana kebencian.
*****
PERMINTAAN Datin Zurina untuk membuat sedikit jamuan di rumah mereka, tidak Datuk Zarul hampakan. Di pihak Datuk Zarul sendiri memang mengharapkan rakan-rakannya tahu yang dirinya bakal menimang cucu pertama. Mungkin kerana itu dia bersetuju dengan cadangan isterinya.
Malam itu, jamuan diadakan di rumah. Banyak rakan dan kenalan yang dijemput hadir. Mika menyusun atur keperluan di ruang depan, lauk dan pauk turut ditambahnya.
Datin Zurina dan Erina menghampiri Mika.
"Pigi duduk sana, Mika. Jangan buat kerja berat. Kandungan masih baru, nda bagus ko kerja berat. Sudah, biar Zalia yang atur tu meja makan," pesan Datin Zurina sambil menyentuh bahu Mika perlahan.
"Betul cakap aunty tu, Mika. Bawa-bawa berehat. Biar kami yang buat," sampuk Erina.
Berkerut dahi Mika bila ditegah buat kerja. "Baiklah, ma, Erin. Sia pigi duduk dekat Fika dulu lah.."
Setelah Mika jauh melangkah, Erina menjeling Datin Zurina. "Plan hari tu kasi jadi kah, aunty?"
"Harus, Erin. Itu mimang harapan aunty. Kerana dia, si Hans nda peduli aunty lagi. Aunty akan buat dia menyesal bila dia keguguran," kata Datin Zurina kasar tetapi, dia masih memperlahankan suaranya kerana tidak mahu perbualannya didengari oleh orang lain.
