Part 20

610 5 1
                                        

ERINA keluar tergesa-gesa pada pagi itu. Usai menyarung kasut bertumit tingginya, dia mula melangkah. Baru setapak kaki diatur, dia terkejut mendengar suara seseorang.

"Sini rupanya ko tinggal, Erin. Beli rumah besar sampai sanggup tinggalkan family."

Erina berpaling. "Abang?"

Erina terkejut melihat Naim berdiri di depan rumahnya. Dia terkaku di situ.

"Macam mana ko tau sia tinggal sini?" Kedengaran kasar pertanyaan Erina.

"Ko adik sia, Erin. Mana pun ko pigi, sia tetap dapat cari," jawab Naim.

Erina mendengus. "Sudahlah, abang. Jangan cuba tabur kemanisan depan sia. Sia tau itu bukan sikap abang. Sekali sia keluar rumah, itu bermakna sia sudah jadi urang luar. Sia ini jahat, sampai bila-bila jahat. Sia nda kisah pun dibuang family."

Naim menarik lengan adiknya perlahan. "Jangan ko cakap itu, Erin. Ko tu adik sia. Sia sayang ko bah. Mari, kita pi breakfast."

Erina terpana bila Naim menarik tangannya menuju ke ke sebuah cafe. Terpaksa juga dia mengikuti abangnya. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia tinggalkan Naim. Naim mula memesan sarapan untuk diorang berdua. Erina menongkat dagu di atas meja.

"Morning, Im." Erina tersentak saat mendengar seorang gadis menyapa Naim dan rasanya, dia amat mengenali suara itu.

"Eh, Fika? Duduklah, tengah tunggu pesanan sampai juga ni," pelawa Naim.

Fika menurut.

"Fika, ini Erina, adik sia. Erin, ini Fika, rakan sekerja sia." Naim memperkenalkan Fika pada Erina.

Erina dan Fika saling berpandangan sesama sendiri, masing-masing menampakkan riak terkejut namun, tidak ditunjukkan pada Naim. Lama mereka membisu, sehinggalah pesanan sampai. Erina menghirup saja kopi susu yang dipesan tadi.

"Sia mau cepat sudah ni, bang. Macam nda sempat makan. Sia jalan dulu lah.." Tergesa-gesa Erina pergi tanpa menunggu jawapan dari abangnya.

Di luar cafe, Erina menoleh kembali ke arah Naim dan Fika. Jelas keakraban itu wujud antara mereka. Erina terus melangkah menuju ke keretanya. Masuk saja di dalam kereta, dia membentak.

"Nda guna punya perempuan. Lain yang sia plan, lain yang jadi. Ko nda layak untuk abang sia. Ko tu sama saja macam si Mika, lintah. Bodoh!!!" Erina menumbuk-numbuk tapak tangannya sendiri.

*****

DI dalam kedai menjual pelbagai jenis ubat-ubatan, seorang wanita duduk sambil menongkat dagu. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu. Terlihat rona kerisauan di wajahnya.

"Kenapa, kak? Nampak macam risau," soal Tini, salah seorang pekerjanya.

"Mimang pun kakak risau, Tini. Ada kawan kakak yang selalu pesan ubat untuk gugurkan baby sini kedai kita," jelas Sandra.

"Hahhh??? Jadi, kakak bagi?" Ada riak terkejut di muka Tini.

"Terpaksalah juga kakak bagi. Dia kawan lama kakak," jawab Sandra.

"Ini sudah salah, kak. Kesian tu perempuan yang temakan tu ubat. Ubat apa yang kakak sudah bagi?" Tini rasa sedih pula dengan cerita yang dibuka oleh Sandra.

"Dengar dulu, Tini. Kakak cuma jual jus sama dia. Orang yang minum tu jus akan mengalami pitam dan dimasukkan ke hospital. Tapi, nda akan bawa bahaya sama kandungan dia. Itu saja yang kakak bulih buat untuk tutup mulut tu kawan kakak. Kakak tau itu salah tapi, dia mimang susah ditegur. Pihak hospital akan tau ada sesuatu yang sudah diberi pada pesakit. Diorang anggap itu sebagai salah ambil pemakanan yang sihat," jelas Sandra.

Curi-curi cinta (Ongoing)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang