Part 26

79 6 0
                                        

MIKA menerima satu whatsapp daripada Doktor Danish pada pagi itu. Ketika itu, Zaihan sudahpun bergegas ke ofis. Mika meminta Mak Pah untuk menjaga Zahril.

Melalui whatsapp Doktor Danish, ada perkara yang ingin dimaklumkan. Entah perkara apa yang dimaksudkan, semua masih menjadi tanda-tanya di hati Mika. Dia berjaya membawa kenderaannya di kafe yang dipilih oleh doktor muda itu.

"Ada apa, Nish?" soal Mika yang sudah terbiasa memanggil Doktor Danish dengan panggilan Nish.

Doktor Danish telah memesan sarapan pagi untuk mereka. Lajunyaaa.

"Ada perkara sia mau share. Sia tau, ko saja yang bulih faham. Sia harap ko bulih support sia." Doktor Danish memulakan perbualannya dengan ibu muda di depannya itu.

Berkerut dahi Mika. "Ko cakap apa ni, Nish?"

Doktor Danish menarik nafas panjang. "Sia sudah jumpa Erina."

"Apaaa??" Mika agak terkejut.

"Listen,  Mika. Sia tau, Erina banyak buat salah pada ko, pada Hans. Apa yang sia buat ni untuk buat Erina sedar. Sia mau dia tau tu langit nda selalunya tinggi untuk dia gapai. Sia mau ubah dia jadi manusia," jelas Doktor Danish.

Besar biji mata Mika mendengar bicara Doktor Danish. "Untuk apa ko buat semua ni, Nish? Ko bukan kenal pun si Erina tu."

"Ini semua atas dasar kemanusiaan. Sia doktor, Mika. Sia nda mau Erina terus buat jahat. Tambah-tambah pula dia sedang lumpuh sekarang," kata Doktor Danish.

"Atas dasar kemanusiaan ataupun hati ko sudah terikat sama dia, Nish?" Laju saja mulut Mika menanyakan hal itu. Mustahil, mustahil Doktor Danish melakukan semua itu atas dasar kemanusiaan saja. Yakin betul Mika dengan tafsir hatinya.

Pada mulanya Doktor Danish terdiam, namun dijawab juga pertanyaan Mika. "Sia ikhlas tolong Erina. Tiada maksud lain pun. Tolong rahsiakan hal ini dari semua. Kalau keluarga Erina rancang untuk buat laporan pada polis pasal kehilangan Erina, ko cakap ja yang ko sudah buat report. Mika, kita sama-sama bantu Erina. Tahap tekanan dirinya tinggi selepas dia accident."

"Bila lagi Erina accident?" tanya Mika.

"Ketika mama Hans accident, tapi masa yang  berbeza," jelas Doktor Danish.

Berkerut dahi Mika, tetapi selepas itu, dia mengangguk.

"Ko kawan sia, Nish. Sia janji sia akan tolong ko. Semoga Erina mampu untuk sembuh," ujar Mika.

Doktor Danish mengangguk perlahan.

****

PEMANDUAN Doktor Danish terganggu kerana keriuhan di atas jalan besar amat jelas. Melalui pemandu lain, dia mendapat info ada pergelutan di hadapan. Dia terpaksa keluar dari kenderaan untuk melihat sendiri keadaan itu. Betul, ada pergelutan di hadapan, tapi dia terkejut apabila melihat sepupunya teruk dibelasah.

"Kenapa berkelahi teruk ni? Nda takut dicekup polis?" Doktor Danish bersuara.

"Dia cuba kacau sumandak sia. Sia nda bulih terima sumandak sia kena peluk-peluk!" Salah seorang lelaki yang bergelut itu bersuara lantang.

"Kamu sudah tutup laluan ni, bro. Banyak kereta bersusun atas highway. Lelaki yang kacau sumandak ko ni pun mabuk teruk sudah ni sia tinguk. Dia kacau sumandak ko pun dalam keadaan nda waras. Sudahlah, biar sia yang urus. Sia seorang doktor," kata Doktor Danish.

"Bah, bubar-bubar. Buat drama pula atas highway," gerutu pemandu lain.

Setelah pemandu-pemandu lain berlalu pergi, Doktor Danish membawa sepupunya menuju ke kereta. Dia akan tumpangkan sepupunya di rumahnya buat sementara. Rasanya boleh juga Nurse Rita dan Nurse Raina kaunselingkan sepupunya ini.

Curi-curi cinta (Ongoing)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang