Bab 3

179 1 0
                                        

"Nissa, I need you to pay close attention to the details. I want no mistake. Too much is at stake if we screw this one up." Tan Sri Ahmad Raouf tegas tidak mahu kehilangan tender projek pembangunan kementerian itu yang di amanahkan kepada Nissa, orang kanannya yang telah banyak berusaha selama ini.

"Ya Tan Sri, saya faham. Saya akan buat yang terbaik to close this deal. I have a good team so please just trust me", Nissa cuba memberi senyuman menyakinkan supaya bosnya itu boleh segera berlalu.

"I need to go now, i kena board in an hour. When I get there, I hope to hear good news from here."

"InshaAllah Tan Sri. Have a safe flight. I will make the call, don't..."

Belum pun habis Nissa berkata-kata, "Eh by the way how are your kids? Been a while since I've last seen them."

Terkejut dengan Tan Sri yang tiba-tiba menukar topik perbualan, Nissa menjawab, "oh they are doing great, doing just fine, thanks for asking Tan Sri" dan menghadiahkan senyum tanda penghargaan. Tidak ramai yang peduli akan keluarga kecilnya maka soalan seperti ini cukup bermakna.

"If you managed to pull this one off, I'll send you and the kids off for holiday", dan terus melangkah pergi meninggalkan Nissa yang masih terkejut. Baru saja hati mahu melonjak gembira, senyumannya kendur. Hmmpph, nak pergi holiday macamana kalau kerja berlambak tak habis macam ni, getus hatinya. Tapi kalau boleh pergi bercuti alangkah seronoknya. Sudah lama dia tidak bercuti sejak Rafi lahir. Semuanya kerja kerja kerja, cari duit, jaga anak, cari duit, jaga anak. Itu saja yang termampu dilakukan buat masa sekarang. Mahu berhibur mengambil angin, sungguh dia tidak terfikir ke arah itu. Sambil membetulkan tudungnya yang terasa senget, Nissa melangkah keluar menuju ke biliknya.

Dia tahu ada mata yang tidak senang kerana dia agak rapat dengan Tan Sri. Melalui kubikel-kubikel staff lain, Nissa cuma menelan liur pahit bila ada wajah mencebik. Team Nissa berjaya melontar idea yang mana beberapa projek telah pun berjalan. Dengan jumlah yang banyak, sudah tentu penghargaan ditunjukkan kepadanya.

Kalau dulu, tempat dia bersama mereka, di kubikel itulah. Setelah dia berjaya mendapatkan beberapa projek untuk syarikat, dan membuktikan kebolehannya mengendalikan staff bawahannya, Tan Sri Ahmad Raouf telah menawarkan kenaikan pangkat kepadanya, yang mana diterima dengan hati terbuka. Nissa mahu memanjat tangga korporat itu setingginya, mahu membuktikan keupayaannya.

Dia tahu, ada staff yang membawa mulut mengatakan ada hubungan sulit antara Tan Sri dan dia, namun dia diamkan kerana dia tahu, tidak ada gunanya bergaduh dengan orang yang tidak tahu apa yang mereka mahu dalam hidup masing-masing. Yang penting, walaupun bergelar Janda, namun dia bukan murahan.

Bagi Nissa, penampilan yang kemas dan cantik bukan untuk menggoda lelaki lain tetapi untuk keyakinan sendiri. Dia tahu, walaupun wajahnya bukanlah persis pelakon terkenal, tidaklah sampai tidak berkedip mata memandang, namun bonus tambahan  yang dimiliki Nissa adalah senyumannya yang manis. Dengan penampilan nya yang ringkas, tidak keterlaluan, Nissa memilih gaya elegan. Sesekali berbaju kurung moden ke pejabat akan membuatkan beberapa rakan sekerjanya tidak berhenti mengusik.

Arman, salah seorang lelaki yang tidak putus asa mengejarnya. Sekali lagi ringtone nya berbunyi. Nissa rimas tetapi masih cuba bersabar. Dari jauh matanya sudah nampak nama Arman terpapar di skrin telefonnya. Nissa tidak boleh bersikap emotional. Arman wakil dari syarikat yang bekerjasama dengannya, Nissa sedar dia perlu professional.

Sambil melepaskan satu keluhan berat seumpama menghempas beban itu dari bahu, dia menekan butang hijau untuk mengangkat panggilan Arman.

"Hello, yes, assalamualaikum Arman,"

"Waalaikummussalam Nissa. I called last night, why didn't you pick up?"

"oh, I dah tidur. You called beyond working hours"

Tak Henti GeloraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang