"Assalamualaikumwarahmatullahhhh.."
Rizal mengakhiri solat subuhnya dengan doa dan meraup kedua tapak tangannya ke muka.
Dia menukar kain pelikatnya kepada seluar bermuda dan tshirt. Hatinya terasa ingin menjengah melihat Nissa, tidak tahu kenapa seakan teringat wangi bau badan Nissa yang lena di lengannya semalam.
Rizal memutar tombol pintu bilik dan melangkah keluar dari biliknya. Dia menolak pintu bilik Nissa dan ternampak Nissa sedang termenung di balkoni. Suasana langit di luar masih gelap. Dia tidak berfikir panjang, hanya terus melangkah menghampiri Nissa dari belakang.
Rizal menyandar di pintu sliding menyilang tapak kakinya dan berpeluk tubuh, memerhatikan Nissa.
"Tak sejuk ke awak awal pagi bukak pintu luas macam ni?"
"Eh!!! terkejut saya, bila awak masuk ni,"
"baru je. saya..hmm..saya dah mula rindu dengan pelukan awak,"
"Rizal.."
"Ye, saya tahu, saya cuma pengganti arwah yang kebetulan rupa saya sama sebijik macam arwah."
"Awak ada dengar apa-apa ke semalam Rizal?"
"Saya dengar semuanya Nissa. Doesn't make me like you any lesser. To be honest, ex girlfriend saya Hanna baru saja tiba-tiba muncul semalam lepas dah lebih kurang 10 tahun putus. Tapi saya tetap mahukan awak Nissa,"
"Rizal, saya tak tau what should I say,"
"Say you will give us a chance. Say that no matter who comes between us, you will keep on trying to make us work. Seriously Nissa, I am falling in love with you sama ada awak suka atauoun tidak."
"Are you sure its even love Rizal? Or its just love for your brother? What if this doesn't work? I can't take any more heartbreak Rizal. Saya dah fikirkan hal ini hari-hari. Saya takut terluka lagi, saya serik, benar-benar serik,"
Rizal mengeluh. Dia tidak mampu melawan sekiranya takdir mereka bukan untuk bersama selamanya tetapi untuk saat sekarang, Nissa berada bersamanya dan dia mahu menyentuh wanita itu.
Rizal melangkah menghampiri Nissa dan berkata,
"come to bed with me now please. give me a chance," Dia yakin, perasaan yang ada dalam dirinya saat ini bukan sekadar nafsu, tetapi cinta yang mendalam pada isterinya, walau di dalam hati wanita itu bukanlah dirinya."I'm scared Rizal,"
"I know. Saya yang lagi takut kecewa Nissa. Sayang yang saya ada untuk awak dan anak-anak makin dalam,"
"What if I got hurt, again?"
"I am not here to hurt you. Ada masa awak benarkan saya peluk awak, ada masa awak benarkan saya kiss dahi awak, awak tak terfikir ke semua tu menyeksakan bagi saya. I am not here to hurt you Nissa," lembut tutur kata Rizal cuba menjelaskan rasional yang baginya Nissa patut lebih tahu.
Tangan Rizal sudah pun berada di pinggang Nissa. Tapak tangan Nissa di dada bidang milik Rizal. Baru Nissa sedar, ada beza antara Razif dan Rizal. Tubuh Razif tidak setegap ini, tidak sekeras dan berotot sebegini. Tanpa sedar hujung jari Nissa bergerak menyelusuri kulit lengan Rizal, merasakan setiap urat darah yang timbul di tangan dan lengan sasa Rizal.
Rizal pula mencuba sebaik mungkin untuk mengawal dirinya apabila diusik dengan begitu menggoda. Mata Rizal terpejam menikmati sentuhan halus Nissa. Dia sudah tidak dapat bertahan lagi.
Rizal merangkul Nissa ke katil. Matanya mencari wajah Nissa, mata Nissa.
"Tell me to stop and I will,"
"Rizal," Nissa terdongak apabila dia merasakan leher jinjangnya dikucup, bibirnya terbuka dan dia sudah tenggelam dibuai nafsu.
"Yes Nissa, tell me to stop..now," jari Rizal sudah pun mencari butang baju pijama dipakai Nissa.
Nissa tidak mampu. Helaan nafasnya sudah tidak teratur. Dia cuma wanita biasa yang telah kehilangan suami dan kini dia sudah ada suami yang lain. Bagaimana untuk dia menghalang perkara ini dari terjadi. Dia tidak sekuat itu, apatah lagi apabila ada sekelumit rasa sayang di dalam hatinya buat Rizal.
Rizal menyentuh lembut pipi Nissa, memandang tepat ke wajahnya.
Jari Rizal perlahan bergerak, dan dia membuka satu persatu butang. Setelah yakin tiada lagi butang lain untuk dibuka, Rizal menyelak pijama itu dari tengah menyerlahkan kulit cerah gebu dan halus milik Nissa.
Setiap langkah Rizal, matanya tidak beralih dari memandang Nissa, bersedia sekiranya Nissa meminta dia berhenti, berdoa dan berharap agar Nissa tidak meminta dia berhenti dan akhirnya dia sudah tidak mampu berhenti lagi.
*****"*****
Dalam keadaan mata terpejam, tangan Rizal meraba mencari isterinya di sebelah tetapi yang ada hanya bantal kosong di katil Nissa. Rizal memandang jam di hujung katil Nissa, sudah 9.30 pagi.
Rizal meraup wajahnya, seakan tidak percaya, untuk pertama kali, dia akhirnya telah bersama dgn isterinya Nissa setelah hampir sebulan menikah.
Dia memerhati bilik Nissa yang luas. Nissa menghias bilik ini dengan warna cerah, memberi nafas yang segar dan luas tetapi seperti ada sesuatu yang kosong. Masih terasa hangat tubuh Nissa saat kulitnya bertemu kulit Nissa, debaran jantung Nissa dan nafasnya yang tidak tentu arah bila disentuh.
Kedengaran suara Rafi bergurau dengan kakaknya di ruang tamu di bawah. Rizal menolak selimut comforter tebal ke tepi, bangun dan mengemaskan katil Nissa. Dia menuju ke biliknya dan mandi.
Setelah semuanya selesai, dia turun ke bawah dan terlihat Nissa berlagak seperti biasa, sedang mengemop lantai. Bilalah bibik tu nak sampai, detik hati Rizal.
Rizal memastikan Rafi dan Sara asyik menonton tv sebelum mendekati Nissa dari belakang. Dia menyapa bahu Nissa lembut, mendekati Nissa dari belakang dan memeluk isterinya. Hanya nafas Rizal yang kedengaran. Nissa yang terkejut, terkaku seketika.
"Rizal makanlah, saya buat makaroni bakar." suara Nissa kedengaran bergetar.
Rizal cuma diam. Dia tidak tahu apa yang perlu dikata. Patutkah dia mengucapkan sayang.
Atau perlukah dia menerangkan kepada Nissa yang dia tidak hanya sekadar pengganti kepada arwah adiknya. Dia adalah Rizal Aiman, individu berbeza walaupun rupa fizikal mereka sama.
Rizal diam, hanya benak fikirannya sahaja yang aktif berfikir.
Nissa juga tidak tahu apa yang perlu dikata. Hubungan fizikal antara dia dan Rizal, adakah kerana rasa cinta, atau rasa tanggungjawab, ataupun hanya nafsu semata-mata??
Pelukan Rizal masih erat tetapi Nissa tidak membalas, menolak pun tidak. Antara sedar dan tidak, batang mop masih di tangan Nissa.
Masing-masing berperang dengan perasaan.
Sehinggalah,
"mommy..." kedengaran suara Rafi.
Rizal melepaskan pelukan dan berpusing melihat Rafi sedang memegang mainannya, "kenapa Rafi?" tanyanya lembut.
"afi nyak syusyu", Rafi senyum menayangkan barisan gigi depannya.
"ok sekejap ya Rafi, mommy buatkan"
"Rizal, kita pergi mall kejap lagi nak? Saya nak cari barang anak-anak," Baru lancar kata-katanya bila membelakangi Rizal.
"Ok, saya dah siap, mcm ni je boleh kan?" Rizal tengok ke bawah ke arah seluar khaki paras bawah lutut dan tshirt hardrock berwarna hitam.
"I will go and change first. Mommy, you look like you need to shower again," komen Sara kepada mommy nya yang hanya bertshirt dan seluar track.
YOU ARE READING
Tak Henti Gelora
RomanceKisah seorang ibu tunggal anak dua di kota metropolitan dalam mencari kebahagiaan untuk diri dan anak-anaknya. Perjalanan hidup seorang anak terbuang yang membina hidupnya sendiri. Haziq pernah mengecewakan dan menyakitkan dirinya, Razif datang men...