"Rafi tunggu daddy!" jerit Rizal sambil mengejar Rafi yang berlari keluar dari pagar taman permainan arked di tingkat paling bawah Sunway Piramid. Mujur pengunjung tidak terlalu sesak di kawasan itu.
"Mommy, daddy macam tengah main Americal Football dengan Rafi kan?" ketawa Sara melihat Rizal mengejar Rafi ke sana sini.
"Sara pegi la tengokkan Rafi. He listens to you usually."
Nissa memberi pendapat, kerana kasihankan suaminya yang dibuli anak kecil keletah bernama Rafi."Ok mommy,"
Dari jauh, ada sepasang mata yang memerhati.
"Kenapa muka wife Rizal ni macam familiar? Macam aku pernah tengok somewhere. And how can they have kids padahal baru kawin??" Hanna yang kebetulan berjalan seorang diri sambil membeli belah tidak menyangka akan terserempak dengan Rizal di kawasan Subang Jaya kerana setahunya Rizal bekerja di Kuala Lumpur.
"Dia kawin dengan janda anak dua ke??? Kenapa muka handsome macam tu nak kawin dengan janda anak dua? seems a little bit off la. Why would anyone wants to take care of other people's kids?" getus hati Hanna, pelik dengan pilihan Rizal.
Kelihatan Rizal meletakkan seorang budak lelaki di stroller sambil ditolak seorang lagi budak perempuan. Rizal dan isterinya dipisahkan stroller di tengah.
Hanna yang sakit hati dengan pemandangan empat sekeluarga itu menbentakkan kaki dan berlalu.Di dalam kereta, Hanna masih berfikir, aku macam pernah tengok la wife Rizal ni tapi dekat mana ya?Dia cuba menghubungi Hadif, rakan seuniversiti yang masih menghubungi Rizal. Melalui Hadif lah selalunya dia akan mendapat perkhabaran Rizal.
Beeeep..beeeep..
Beeeep..beeep..
"Hello.."
"Hello Hadif,"
"Eh siapa ni?"
"Ni Hanna la, ni nombor baru aku,"
"Oh Hanna, ye la tak bagi salam ke ape ke. Dah balik Malaysia ke Prof? Hehe"
"Dah, aku mengajar dekat UM sekarang. Eh aku ada benda nak tanya ni."
"Kau nak tanya pasal apa beb?"
"Err, pasal Rizal,"
"Hmm, apahal dengan Rizal?"
"Kau kenal ke wife baru dia?"
"Wife baru? what do you mean wife baru? Rizal dah kahwin semula ke?"
"Ish kau lagi teruk, kawan kau kawin pun kau tak tahu,"
"Iyelah, dah kalau dia tak bagitau mana aku nak tahu. Aku bukan wali die nak nikah, aku kena ada masa akad nikah tu,"
"Ish kau ni, sempat lagi nak loyar buruk dengan aku,"
"Iyela, kau dah tahu die dah kawin kau sibuk kenapa. Yang bujang macam aku ni kau taknak tanye pulak,"
"Taknak la kau! Kau bujang terlajak, taknak aku,"
"Habis kau bukan anak dara tua ke Hanna, hahaha!!"
"Malas aku layan kau. Ok lah, pape roger dif"
"Fine, laterr,"
Setelah telefon diletakkan Hanna berfikir lagi. Kenapa Rizal kahwin senyap-senyap? Kenapa takde kenduri macam adik dia Razif? Hanna pernah melihat gambar kahwin Razif yang di upload rakan sekolah lamanya yang kebetulan seuniversiti dengan Razif, kembar Rizal. Hanna memberhentikan kereta di tepi dan lantas mengeluarkan telefon.
Segera dia mencari nama rakan facebooknya dan meneliti satu persatu gambar yang dimuat naik. Setelah hampir 15 minit mencari satu demi satu, "Hah!! Jumpa!"
Terlihat di situ, wajah yang dia nampak sebagai isteri Rizal tadi adalah isteri Razif!! Ternganga mulutnya.
"Yang aku jumpa tadi adalah Rizal, bukan Razif! One thing for sure is I can tell the difference between Razif and Rizal. Yang tadi tu confirm Rizal, bukan Razif. Pelik, ini sangat pelik. Somebody needs to explain this to me and tak lain tak bukan, Rizal's mother."
"Kalau petang ni drive ke Batu Pahat, sempatlah sampai. Malam ni tido dekat hotel, esok pergi rumah dia. Ingat lagi kot rumah dia mana satu. Aku nak tahu jugak. Ni Hanna la, bukan senang-senang nak reject aku tauu,"

ANDA SEDANG MEMBACA
Tak Henti Gelora
RomanceKisah seorang ibu tunggal anak dua di kota metropolitan dalam mencari kebahagiaan untuk diri dan anak-anaknya. Perjalanan hidup seorang anak terbuang yang membina hidupnya sendiri. Haziq pernah mengecewakan dan menyakitkan dirinya, Razif datang men...