Baru seminggu usia perkahwinannya, Razif terpaksa pergi lagi. Rutin yang sama, 2 hari di Singapore dan 5 hari di Seoul.
"Daddy, nanti one day kita pergi USS ya?!" Sara bermanja di tepi paha daddynya yang sedang menonton tv.
"USS tu apa Sara, daddy tak pernah dengar pun."
"Universal Studio la daddy, dekat Singapore. My friends have been there before. They went during school holiday,""Oh ya? ok, nanti Daddy cuba arrange," jawab Razif sambil mengelus rambut Rafi yang tertidur di ribanya.
"Aih, belum apa-apa lagi dah bodek Daddy nak pergi holiday ya,"Nissa yang baru selesai mengemas baju keluar dari bilik.
"Sayang, rumah di Eco Park seminggu lagi dah ready to move in. ID cakap perabot baru esok dah boleh bawak masuk,"
"Just nice la bang, abang balik dari outstation nanti boleh kita arrange pasal pindah randah."
"Rumah ni macamana. Sayang nak sewakan ke macamana?" soal Razif melihat sekeliling rumah. Mujur tidak banyak barang.
"Sewakan pun ok kot. Perabut yang ada ni pun sewakan sekali. Sayang ingat dah settle pindah masuk sana nanti baru Sayang nak contact agent,"
"Ambik agent sama lah untuk studio house tu. Nanti banyak-banyak agent, pening pulak kita. I'm busy, you're even busier, takda masa kita nak fikir pasal tenant and such," cadang Razif.
"You're the lawyer, you do the agent arrangement, ok?," Nissa berada di dapur pula membersihkan bahagian dapur. Baru sahaja hendak memegang batang mop,
"Sudahlah tu sayang, duduk la dekat kitaorang ni. Mommy busy sangat kan Sara?, sampai terbiar je kita ni kan kan"
Cepat-cepat Sara mengangguk tersengih.
"I'll get us a helper nanti so that you will shift your focus on us instead of the house. Sibuk kerja lagi, anak-anak lagi, nak buat kerja rumah lagi, terabai la kami bertiga," seloroh Razif diikuti ketawa oleh Annissa.
*******
"Sayang, esok hantarkan abang pergi airport ya," Razif menyeka rambut isterinya ke belakang telinga sambil berbaring di katil.
"Bukan airport je sayang hantarkan, ke bulan ke bintang semua pun boleh,"
"Amboi, ni tak sabar nak abang pergi ni ya," Razif mencuit hidung isterinya.
"Haha, taklah...Demi abang, apa saja pun boleh."
"Apa saja?"
"Apa saja bang.."
"Apa saja ya..?"
"Ha, nak menggatal la tuuu!!!"
Razif sudah pun memegang tangan isterinya.
YOU ARE READING
Tak Henti Gelora
RomanceKisah seorang ibu tunggal anak dua di kota metropolitan dalam mencari kebahagiaan untuk diri dan anak-anaknya. Perjalanan hidup seorang anak terbuang yang membina hidupnya sendiri. Haziq pernah mengecewakan dan menyakitkan dirinya, Razif datang men...