Bab 24

36 1 0
                                    

"Mak.." hanya sesekali dalam tempoh lebih 3 bulan, Nissa memanggilnya.

"Mak, Nissa nak balik semula ke KL. Nissa nak kerja semula," Dia yang sudah menanggalkan balutan simen di kaki telah benar- benar pulih daru segi fizikal. Cuma mentalnya yang masih belum benar-benar sembuh.

"Alhamdulillah Nissa..Tunggu beberapa hari lagi Nissa ya, sekurang-kurangnya sampai kamu betul-betul pulih dan kuat semangat"

"Mak, Nissa dah sihat ni. Mak, Nissa nak lawat kubur Abang Razif. Nissa nak mintak abah bawakkan boleh?" pujuk seorang menantu yang kini cuma menumpang kasih sayang. Wajahnya mengharap difahami wanita yang dipanggil ibu ini.

"Iya, boleh nak. Abah, Sara dengan Rafi selalu pergi melawat  bacakan yassin dengan Alfatihah untuk arwah,"

"Nissa tahu. Nissa pun rindukan belaian anak-anak. Nissa tak bersedia kehilangan Razif sampai Nissa abaikan anak-anak." sesalnya melegakan ibu mertuanya. Wanita tua itu risau Nissa patah semangat terus-terusan.

"Mak dengan abah selalu ingatkan Sara dengan Rafi, yang Nissa sayangkan mereka, cuma Nissa tengah berdepan dengan saat-saat sukar," genggaman tangannya masih erat pada tangan ibu Razif. Terasa kekuatan mengalir dari seorang ibu yang hilang anak kesayangan kepada isteri yang kehilangan suami ini.

"Terima kasih mak. Walaupun Nissa cuma kenal mak dengan abah dalam tempoh singkat, mak buat Nissa betul-betul macam anak kandung, menjaga cucu yang bukan darah daging mak pun, Nissa terharu sangat,"

"Anggaplah kami ni macam ibu ayah Nissa. Nissa tak perlulah segan, kita dah jadi keluarga dan kita akan tetap jadi keluarga sampai bila-bila ya Nissa,"

"InsyaAllah mak, terima kasih terima Nissa dan anak-anak" sebak Nissa menerima tawaran yang baginya cukup besar. Dia memeluk ibu Razif, tanda penghargaan tertinggi darinya.

*****"******

"Hello, assalamualaikum abah,"

"Waalaikummussalam Rizal..Kenapa baru telefon nak, lama kamu mendiamkan diri?"

"Rizal nak tenangkan fikiran bah. Rizal rasa celaru sangat sebelum ni,"

"Habis kamu macamana sekarang ni?"

"Abah, abah tau kan pasal permintaan Razif sebelum dia meninggal?"

"Iya zal, abang long kamu ada bagitahu abah. Abah faham, mesti berat bagi Rizal nak terima,"

"Takdelah berat sangat pun bah sebenarnya, Rizal je yang perlukan masa,"

"Nissa dah balik KL dah dengan anak-anak dia. Katanya nak teruskan hidup macam biasa. Mak kamu la, hari-hari rindukan cucu-cucu. Walaupun bukan cucu kandung tapi budak-budak tu dah rapat sangat dengan kami. Mak kamu bimbang, Nissa dah taknak balik sini,"

"Abah, Rizal dah fikir masak-masak. Rizal nak kahwin dengan Nissa. Rizal nak tunaikan janji pada Razif. Rizal dah tanya pihak pengurusan. Diorang boleh tukarkan Rizal ke KLCC, kerja di sana. Gaji tak besar macam sekaranglah, tapi sekurang-kurangnya Rizal di darat."

"Alhamdulillah, syukur.. Takdelah berpisah kami dengan cucu-cucu. Tapi setuju ke Nissa nanti nak kahwin dengan kamu? Abah rasa payah juga kamu nak buat dia setuju tu."

"InsyaAllah abah, niat Rizal baik. Semoga Allah permudahkan."

"InsyaAllah Rizal. Abah doakan yang terbaik untuk anak-anak abah,"

*****"*****

"Nissa, bos bagi you cuti lama lagi, kenapa you nak sakit kepala dekat office cepat-cepat", ujar Alin yang tidak faham kenapa rakannya itu tidak menggunakan sepenuhnya cuti yang diberi Tan Sri.

"I kesian kat Tan Sri la, tak pasal-pasal kena ambil alih kerja I. Assistant I tu apalah yang mampu. Selama ini, ni kan kerja I," jawab Nissa tanpa mengalih pandangan dari komputer. Dia hanya memakai pakaian berwarna gelap tanpa sebarang calitan mekap tebal, hanya bedak asas dan pelembap bibir.

"So you are staying di Eco Park's house la ya?"

Nissa berhenti sebentar, mengalihkan pandangan dari skrin. Dia memandang Alin, bergenang sedikit air matanya. Perlahan dengan hujung jari, dia menyeka air mata yang bertakung.

"Yes, I know its hard since everything reminds me of him but I have to face it. It was a present that he gave to me before the incident. I'm adapting to the changes without him slowly, and trying to live like before he was around,"

"Hmmm I know how hard it is for you, but you have been strong all these while, so I believe you can go through this as well. You tu kan tough cookie, you don't break easily ok" Alin juga cuba menahan sebak. Dia tidak mahu menangis, nanti makin sedih kawannya.

"And please, anything you can come to me. I am here for you tau, always," Alin menepuk lembut bahu rakannya itu.

"Thanks Alin, I hargai sangat tu"

Beep! Beep!

"ok lah, I pegi sambung kerja," Alin meminta diri apabila ada panggilan masuk di meja Nissa.

"Hello, Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam Nissa,"

Suara itu. Suara yang teramat dirindui. Terbuai Nissa sekejap mendengar jawapan salam.

Tapi dia tahu, mustahil itu suara arwah suaminya. Pasti Rizal, tiada lagi yang lain dengan suara selunak selembut itu.

"Rizal ya?"

"Ya saya," Rizal yang baru menyedari Nissa mengenali suaranya kerana persamaan suara dia dan adiknya, terhenti sejenak sebelum menyambung,

"Nissa, saya ada hal nak jumpa awak."

"Eh, Rizal ada di KL ke?"

"Ya, saya dah berpindah kerja di KLCC. Lunch hour harini Nissa pick up saya di depan KLCC boleh? Saya bawak motor je tadi, takkan Nissa nak naik motor dengan saya kan?"

Tanpa menanti jawapan, tanpa bertanya dahulu, begitu mudah Rizal mahu mengaturkan.

"Sebenarnya Nissa sibuk harini, banyak nak kena buat. Malam ni boleh? Kita bincang dekat rumah aje, lagipun anak-anak ada."

Rizal tersedar, bukan gaya Nissa diatur-atur begitu. Apatah lagi dengan Rizal yang bukan sesiapa pun dalam hidupnya, cuma sekadar bekas abang ipar.

"Baiklah, nanti Nissa text alamat ok."

Tak Henti GeloraWhere stories live. Discover now