"Daddy, afi nyak dukung,"
Rafi menghulur tangan sebaik sahaja Rizal menongkatkan motornya di perkarangan porch.
"Rafi nak dukung ya, ala kesiannya. Mommy mana?"Rizal bertanya Rafi yang memeluk erat lehernya.
"Mommy is watering some plants back there," Sara menjawab bagi pihak adiknya.
Rizal merasakan penat lelahnya bekerja hari ini hilang tatkala disambut anak-anak saudaranya yang kini telah menjadi anak-anaknya pula. Dia mencium pipi Rafi bertalu-talu.
"Oh patutla senyap je mommy panggil dua-dua, yang dinanti dah pulang rupanya," tegur Nissa yang datang dari halaman belakang. Dia menepuk tangannya yang berhabuk.
Rizal tersenyum tetapi matanya tidak dapat menatap mata Nissa seperti selalunya.
Nissa yang perasan ada sesuatu yang tidak kena tidak berkata apa-apa, cuma cuba untuk memahami housemate halalnya ini. Nissa ke dapur untuk menyiapkan bahan masakan untuk makan malam meninggalkan Rizal dan anak-anak.
Setelah hampir setengah jam di dapur, Nissa menjengah ke ruang tamu. Suara Rizal tidak seceria selalu. Terasa ada sesuatu yang diselindung.
"Rafi jom mandi dengan mommy jom. Sara you're next. Malam ni mengaji ok,"
"Nissa, its ok. Saya mandikan Rafi. Jom Rafi mandi dengan daddy." Walaupun masih lelah kerana menunggang motor pada jarak agak jauh, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Ini janjinya pada Razif, dan dia melakukannya juga kerana sayangkan Rafi.
Pada satu peringkat, panggilan Uncle Rizal sudah bertukar dengan daddy. Yang sebenarnya anak-anaknya mungkin sudah lupa yang dipanggil daddy itu adalah Rizal dan bukan Razif. Wajahnya sama, suara yang sama, bentuk tubuh yang sama, bukan anak-anak saja yang tertukar, terkadang mommy juga.
"Sara naik mandi sendiri ok mommy."
Setelah makan malam selesai dihidangkan dan ditutup, Nissa pula mahu naik mandi. Dia menanggalkan pakaiannya dan menyarung tuala sebelum menyanggul rambutnya. Tiba-tiba,
"ehem ehem, ade orang dalam toilet ni mommy, mommy janganla bogel macam Rafi," Rizal membuka pintu tandas di dalam bilik Nissa.
Nissa hampir terjerit melihat Rizal, hampir saja tertanggal tualanya yang hanya menutup separuh dadanya sehingga paras paha.
"Rafi ni taknak mandi kat toilet daddy," Rizal memberi alasan sambil tersenyum nakal melihat Nissa kaget menutup badannya.
Rizal sempat menjeling ke arah paha gebu Nissa yang putih kemerahan tanpa sebarang titik parut pun. Nafsu lelakinya melonjak amat, minda nakalnya sudah pun bermain segala adegan sebelum dia mengingatkan dirinya yang hati Nissa belum miliknya lagi.
Dia tersenyum ke arah Rafi.
"Jom daddy pakaikan baju Rafi ya, tumpang lalu ya mommy,"
Nissa sempat menjeling ke arah Rizal sambil menggelengkan kepalanya.
*****"*****
Sara yang tersengguk-sengguk mengantuk di ruang tamu telah pun didukung Rizal ke tingkat atas untuk diletakkan bersama Rafi di bilik.
Nissa yang memakai pijama satin seluar panjang melangkah keluar ke gazebo tempat dia selalu duduk minum teh suam bersama arwah Razif. Di saat begini, rindunya tak tertahan. Apalah keadaan dia di sana. Nissa menyedekahkan surah alfatihah buat arwah Razif.
Dia teringat sewaktu makan malam tadi Rizal tidak banyak cakap, hanya memerhati kerenah anak-anak di meja.
Nissa menghela nafas, memikirkan seketika dan kemudian bangun.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tak Henti Gelora
RomanceKisah seorang ibu tunggal anak dua di kota metropolitan dalam mencari kebahagiaan untuk diri dan anak-anaknya. Perjalanan hidup seorang anak terbuang yang membina hidupnya sendiri. Haziq pernah mengecewakan dan menyakitkan dirinya, Razif datang men...