"Awak buat apa tak tidur lagi?" terjengul kepala Rizal di pintu.
Ish dia ni, mentang-mentang aku tak kunci pintu, selamba dia je tau, Nissa menggumam dalam hati. Nissa yang ketika itu sedang mengambil angin di balkoni biliknya berjalan masuk menuju ke katil.
"Saya masuk boleh?" Rizal tidak menunggu jawapan Nissa terus masuk dan duduk di kerusi meja solek.
"Awak ni Rizal, suka-suka je masuk bilik orang," rungut Nissa dan duduk di birai katil.
"Larh, kita kan housemate, takkan tak boleh datang borak dengan awak. Saya bosan tak tau nak buat apa. Nak pergi tengok wayang, takkan nak pergi sorang, tak best lah,"
"Sara dengan Rafi dah tidur ke? Bukan tadi Rizal dengan diorang kat bawah ke?"
"Mommy Nissa sayangggg, sekarang dah pukul berapa ni..Itulah berangan lama-lama sangat. Diorang dah masuk tidur dah. Daddy Rizal ni yang dodoikan tau!" leter Rizal saja nak bergurau, dengan harapan Nissa akan lebih mesra dengannya.
"Hah?! kenapa tak panggil, kesian diorang,"
"Dah tidur dah pun. Takpelah. Nissa, tengok wayang nak?"
"Dah lewat la!Takkan nak tinggalkan budak-budak kat rumah?"
"Kenapa nak tinggalkan pulak? Ni mesti tak pernah tengok movie kat rumah ni. Kitorang duk dekat rig mana ada wayang-wayang ni. Tengok dekat tv aje. Ni dalam bilik ni ada tv, saya ada banyak movie dalam pendrive, jomla..Jomla jomla,"
Nissa tidak berkedip mata memandang Rizal. Rupa macam Razif tapi perangai mak aihhh..Dia ni betul ke abang, macam adik je aku tengok, bentak Nissa dalam hati.
"Nak tengok dalam bilik saya?"
Rizal mengangguk beberapa kali, kemudian menambah,
"Jom, saya ada stok jajan, aiskrim, popcorn Garret pun ada."
"Meriah kabinet dapur saya dengan stok makanan ringan awak tu. Jangan budak-budak tu nampak sudah. Pegi lah ambik."
"Hehe jomla turun sama-sama, banyak nak bawak tau. takkan taknak bawak air,"
"Air pun??!" Nissa mengerutkan dahinya.
Rizal cuma mengangguk dengan riak tidak bersalah."Kenapa kita tak tengok kat bawah je?"
"Sebab kat bawah tak boleh baring-baring," Rizal tersengih memberi alasan yang baginya amat logik.
"Awak nak baring-baring dalam bilik saya?"
" Ala kedekutnya. Baring aje pun, bukan saya peluk cium awak pun! Bukan orang perempuan suka ke tengok chicflix dengan kawan-kawan sambil makan macam tu."
"yelah yelah. Awak ni kan Rizal, awak macam-macam dengan saya, siap awak!
"berkira sangat la awak ni!"
dia ni kan..!
Setelah mengambil masa 15 minit bertelagah memilih filem yang paling sesuai, Rizal akhirnya mengalah dan memilih Pretty Woman lakonan Julia Robert.
"Saya nak tengok movie The Nun, saya belum tengok lagi,"
"Saya taknak lah tengok cerita hantu, awak ni saja je tau. Nanti saya takut, tak boleh tidur macamana? Tengok lah Pretty Woman ni, best tau movie dia."
"Ape awak nak takut, saya kat bilik sebelah tu je. Kalau tak boleh tidur sangat, tidur jelah sebelah saya,"
"Awak ni!!!" Nissa memukul bahunya dengan bantal. Dia bukan budak belasan tahun. Dia tahu apa akan jadi akhirnya antara lelaki dan perempuan yang berduaan begini tetapi telatah dan kerenah Rizal membuatkan Nissa senang dan tidak risau. Dari luar, muka serious macam adik dia, tapi hakikatnya, MashaAllahhhh mengada-ngada!
"Ok ok, kita tengok Pretty Woman."
*****"*****
"Richard Gere ni handsome memanglah handsome tapi charactor macam ni jelah die boleh bawak, slow, romantic..." komen Rizal masih memeluk paket popcorn jenama Garret sambil menyandar di kepala katil dan melunjurkan kaki.
"Awak jealous kan? Dia handsome, kaya, ha kan kan kan?" Nissa juga menyandar tetapi kemudiannya merasa lenguh, dia mengambil bantal untuk berbaring.
Rizal yang berpura-pura cool dan tidak kisah sebenarnya dari awal menjeling kepada bentuk pinggul Nissa yang jelas kelihatan di sebalik pijama satin yang dipakainya.
Tiba-tiba adegan ranjang antara Julia Robert dan Richard Gere yang terpampang di tv. Nissa berpura-pura mengambil popcorn yang dipegang Rizal dan berlagak biasa sambil berpaling ketepi. Susuk tubuh Julia Robert yang jelas tidak berpakaian membuatkan Nissa agak kekok. Cepatla adegan ni habis, pintanya.
"Awak malu yaaaa...?" usik Rizal.
"Memanglah malu, habis takkan tak malu. Awak tu tak senonoh, memangla tak malu,"
"Awak mana tahu saya ni tak senonoh..? Hmmm? Saya tak tengok pun tau, saya pandang sana" Rizal sengaja mahu memancing telagah.
"Awak kan memang macam tu, buat suka hati je, tak senonoh la tu,"
"Eh eh dia, sedap je cakap kat kita. Buat tak senonoh betul-betul baru tau." gertak Rizal mengusik.
"Nissa tau, Rizal takkan buat," Nissa cuba meredakan suasana sambil tersenyum. Giliran dia pula tersenyum.
"Nissa tidur dekat lengan Rizal malam ni boleh?" Rizal menguji.
"Hah???"
"Gurau je la!"Rizal mengetuk bahu Nissa dengan bantal.
Nissa mencebik geram dan menyambung tengok tv. Malas nak bergaduh.
Setengah jam kemudian dia mula menguap dan tersengguk. Perlahan Rizal menarik bahu Nissa ke ribanya. Mungkin kerana terlampau mengantuk, atau Nissa sememangnya rindu untuk bermanja, Nissa tidak menolak. Tidak sampai sepuluh minit, dia benar-benar tertidur.
Setelah Rizal pasti yang Nissa benar-benar lena, dia mengalihkan kepala Nissa ke bantal. Selepas mengemaskan makanan di atas sofa di depan katil dan membawa semuanya ke dapur, Rizal naik semula ke biliknya. Sebelum dia membuka pintu, Rizal menjenguk bilik Nissa. Entah kenapa, dia melangkah masuk dan mencium dahi Nissa, sebelum menarik selimut menutup badan Nissa dan menutup lampu. Dia hanya menarik sedikit pintu bilik dan berhenti sekejap.
"Saya dah jatuh cinta dekat awak. Tapi macamana nak buat awak jatuh cinta dekat saya. Cintailah saya sebagai diri saya, mampukah awak..."

ANDA SEDANG MEMBACA
Tak Henti Gelora
RomanceKisah seorang ibu tunggal anak dua di kota metropolitan dalam mencari kebahagiaan untuk diri dan anak-anaknya. Perjalanan hidup seorang anak terbuang yang membina hidupnya sendiri. Haziq pernah mengecewakan dan menyakitkan dirinya, Razif datang men...