Bab 14

60 4 0
                                        

"Kenapa kita datang ke Setia Alam ni?"

"I want to show you something,"

Razif memberhentikan kereta sebaik tiba di hadapan sebuah rumah dua tingkat berkembar Semi-D di Setia Eco Park.

Cantik, detik hati Nissa.

Rumah berhalaman tetapi tidak berpagar itu nampak seperti bukan baru siap dibina. Pokok-pokok hiasan di halaman sudah rimbun dan cantik dijaga. Semua rumah di sambungkan dengan cover walk menuju ke tengah laman, sebuah air pancut ditengah-tengah setiap lima buah rumah. Rumah berwarna kelabu desain moden itu nampak seperti tidak didiami kerana tiada langsir tergantung.

"Do you like it?"

"Cantik tapi kenapa kita datang sini? Are you meeting someone here?"

"No, you ingat tak that day we met dekat Setia City Mall for the first time dekat kedai sushi tu. That day I datang area sini sebab nak singgah tengok this house. I bawak you datang sini sebab ni rumah I. I beli rumah ni 7tahun lepas dan sewakan. I bought it masa tu sebab kononnya nak settle down but then I got busy. Tak sempat cari pasangan," Razif senyum sambil meraup rambutnya.

"Instead, I stayed at the studio house that I bought much much earlier after dua tahun kerja. It makes more sense. I sorang, takkan nak duduk rumah besar ni. Now that we are getting married, I want to prep it according to how my surihati likes it. Dah 5 bulan last tenant keluar. Since then I told my agent to hold the tenancy."

"what was the reason for you to hold the tenancy?"

"I don't know for sure. A voice inside my head keeps telling me to let it empty for a while,"

"I nak fish pond" tiba-tiba Nissa bersuara sambil tersenyum nakal. Tiba-tiba sahaja dia bersuara mahu kolam ikan, biar benar.

"So you setuju if we move into this place after we get married?"

Nissa tersenyum mengangguk.

Dia masih terkejut kerana baginya tiada apa akan berubah setelah berkahwin dengan Razif. Baginya Razif yang akan pindah masuk ke rumahnya dan bukan sebaliknya.

But this is good, at least landed property begini, bolehlah anak-anak berbasikal dan bermain setiap hari.

"You want to look inside?,"

"nak," senyumnya segan.

Razif mengeluarkan segugus kunci dari poketnya dan sekeping kad lalu mengimbas kad sebelum membuka kunci.

"Welcome in sayang. Kita masuk tengok sekejap je. Nanti abang tinggalkan kunci, sayang datangla bila-bila sayang free. Anything sayang nak order, nak ubah, sayang just bagitau kontraktor abang. Next week dia nak datang betulkan piping dalam toilet dapur. Sayang boleh bagitau dia apa-apa yang sayang nak buat, wainscotting or hardwood flooring or walk-in closet or whatever"

Sebelum ini panggilan abang dan sayang ini hanya berlaku di dalam telefon, itu pun sekali dua sahaja. Tidak pernah secara berdepan begini. Tercegat Nissa tidak tahu bagaimana untuk memberi respon.

Razif faham Nissa takut dan serik dengan perkahwinannya yang dulu tetapi dia yakin, dia akan membahagiakan Nissa dan kerana itu, Nissa perlu percayakan dia.

Untuk kali pertama, di dalam rumah yang bakal menjadi syurga mereka berdua, Razif menghulurkan tangannya dan menarik tangan Nissa, memandang jauh ke dalam mata Nissa.

"Razif.." tegur Nissa. Jantungnya terasa hendak melompat keluar.

"Abang.." Razif membuat pembetulan. "Abang nak sayang percayakan abang. Terima cinta abang. Abang bukan datang dalam hidup sayang untuk menyakiti atau menghancurkan, I come in peace and I want to find peace. Percayakan abang...boleh?

Tanpa menjawab, Nissa mengangguk. Razif tidak dapat menahan diri dari memeluk wanita di hadapannya itu. Dia mahu Nissa tahu dan faham, cintanya serius, bukan sekadar gurauan.

Razif melepaskan pelukan dan tersenyum memandang Nissa. Baru dia perasan, Nissa menangis. "Mata merah, hidung pun dah merah, macam Rafi je," usik Razif mencuit hidung Nissa.

"The next time abang sentuh sayang, lepas kita dah nikah ya,"

Nissa tersenyum.

"Jom pegi mall, tengok wayang," ajak Razif apabila suasana tegang sudah sedikit reda.

****************************

Sebaik balik dari airport menghantar Razif untuk penerbangannya ke Singapore, Nissa terus menghala ke pejabat. Dia mahu kerja ubah suai dijalankan secepat mungkin. Dia tidak punya banyak masa, kerja di pejabat pun makin bertambah.

Nissa merasakan keyakinannya terhadap Razif makin menebal. Dia telah menghubungi Interior Designer dan kontraktor dan mengatur pertemuan pada waktu makan tengahari nanti. Dia mahu rumah itu siap untuk didiami, tinggal nak pindah masuk sahaja dua bulan lagi. Setelah projek itu bermula baru dia boleh menarik nafas lega.

Dato' Loqman telah menghubungi Nissa dan memberitahu mengenai perbincangan dengan keluarga Razif. Semua majlis akan diadakan di kampung tetapi segala persediaan akan dibuat di Kuala Lumpur dan juga separuh di Johor. Bekas mertuanya benar-benar mahu menebus kesilapan lalu. Nissa cuma perlu singgah berbincang dengan wedding planner, mengukur baju dan segalanya akan diuruskan oleh perancang perkahwinan itu.

Semua yang berlaku amat lancar namun ketiadaan Razif amat dirasai. Nissa sudah mula terasa bahang rindu. Kalau boleh dia mahu Razif menghubunginya setiap masa tetapi dia tahu mereka bukan budak sekolah yang baru pertama kali jatuh cinta. Ini adalah hubungan sebenar, hubungan yang sudah disulami kematangan. Tapi rindu, tetap rindu. 7 hari bukan tempoh waktu yang sekejap.

Abang, baliklah cepat.

Tak Henti GeloraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang