"tok tok"
"Ms Nissa.. Tan Sri panggil you jumpa dekat cafe dekat bawah. Tan Sri dah turun, dia tunggu you kat sana" Hannah, pegawai kanan Tan Sri Ahmad Raouf memberitahu nya dan bergegas ke tempatnya semula.
Nissa menggelengkan kepalanya. Di saat semua sedang sibuk menghadap dateline, Tan Sri boleh pula bersenang lenang mahunya turun ke cafe. Kenapa tak bicara sahaja di pejabat. Nissa mengeluh, berat mahu meninggalkan meja kerjanya yang bertimbun dengan kertas kerja. Banyak yang perlu disemak dan ditanda tangan sebelum diserahkan kepada bahagian legal dan akaun.
Setelah menyusun beberapa fail ke dalam kabinet di belakangnya sebelum dikunci, Nissa menyambar handphone dan handbag stail hobo yang di padankan dengan pakaiannya hari ini. Dengan berat hati dia melangkah menuju lif. Di dalam kepalanya pelbagai perkara To-do list yang difikirkan. Walaupun kakinya melangkah, jarinya masih sibuk menekan ipad di tangan, meneliti beberapa rekaan yang di beri oleh design department syarikat.
Ketika lif yang dinaiki tiba di destinasi, Nissa masih lagi leka meneruskan kerja. Dia mengangkat kepala menuju ke arah bosnya dengan di tunjuk arah oleh pelayan cafe.
"Assalamualaikum Tan Sri..."
Nissa terkejut bukan kepalang, di sisi Tan Sri Ahmad Raouf adalah bekas bapa mertuanya Dato' Loqman..
Dato Loqman adalah lelaki yang sepatutnya bergelar datuk kepada anak-anaknya, lelaki itu jugalah yang telah memandang sinis ke arahnya sewaktu kali pertama dia menjejakkan kaki ke rumahnya, hanya kerana Nissa tidak tahu asal usul keturunannya, dan membesar di rumah anak yatim. Begitu hina Nissa di mata lelaki itu ketika itu. Beberapa flashback kejadian silam terlintas di fikirannya dan Nissa tiba-tiba hilang kekuatan.
Oleh kerana mereka di cafe, Nissa tidak mahu membuat sketsa drama membuka pekung di dadanya apatah lagi di hadapan seseorang yang dia hormati sebagai bos.
Tetapi wajah terkejutnya tidak dapat di selindung.
Ternyata lelaki itu tidak terkejut melihatnya, malah seperti sudah menanti pertemuan ini.
Kali terakhir mereka bertemu adalah ketika Nissa mengangkat beg mahu berpindah setelah seminggu tinggal di rumahnya.
Alasan Nissa untuk berpindah dahulu adalah kerana dia telah mendapat pekerjaan di Shah Alam. Namun seingatnya tidak pernah ada sesiapa pun yang bertanya kenapa dia mahu berpindah.
Ketika dia menyuarakan niat mahu berpindah, semua penghuni rumah memandangnya sepi lalu dia berlalu meninggalkan kediaman mewah di Bukit Antarabangsa milik Dato' Loqman tanpa sebarang bantahan.
Ketika kes penceraian antara Nissa dan Haziq dibicarakan pun tidak pernah nampak batang hidungnya. Walaupun telah lama berlalu kisah itu, wajah Dato Loqman masih jelas di ingatan.
"Nissa, apa khabar?", sayu dan perlahan suara lelaki itu.
"Sihat Dato'. Ada apa ya Tan Sri mintak saya turun? Kenapa tak jumpa kat atas je?" Nissa mengajukan soalan ke arah orang atasannya itu dan dia dapat merasakan suaranya bergetar tidak selesa, berdebar dan bermacam lagi perasaan yang tidak dapat digambarkan ketika itu. Seboleh mungkin dia cuba mengelak pandangan Dato' Loqman dengan harapan Tan Sri Ahmad Raouf dapat cepat-cepat menerangkan tujuannya.
"Ya Nissa, jangan risau. Duduklah dulu apa-apa pun. Kerja awak tu jangan risau, saya bos, saya tahulah. Duduk dulu. I need to excuse myself for a bit, going to the Gents, you guys go on without me ya.." Nissa terkejut, ingin saja dia bangun dan pergi tetapi yang memberi arahan itu adalah bosnya sendiri dan dia tidak mahu memperjudikan kerjaya nya hanya kerana masa silam yang sudah lama berlalu. Ekor matanya cuma menghantar bosnya pergi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tak Henti Gelora
RomanceKisah seorang ibu tunggal anak dua di kota metropolitan dalam mencari kebahagiaan untuk diri dan anak-anaknya. Perjalanan hidup seorang anak terbuang yang membina hidupnya sendiri. Haziq pernah mengecewakan dan menyakitkan dirinya, Razif datang men...