Bab 33

102 3 0
                                        

"tok tok"

Nissa mendongak melihat Sara mengetuk pintu. Dia baru sahaja selesai solat isyak. Rizal berada di bawah bersama anak-anak menonton tv.

"Yes Sara?"

"Rafi is already sleepy, he said he wants you."

"Ok, tq dear. Sara nak sambung tengok tv ke sayang?" tanya Nissa sambil melipat telekung sebelum meletakkan di ruang almari.

"No mommy, I'm tired, need to sleep early. Mommy, Sara nak story book baru. I have finished reading the last one,"

"Iye, boleh. We will go buy it later.,"

"Thanks mommy,"

"Welcome Sara" jawab Nissa sambil berjalan menuju ke bilik Rafi dan Sara.

Kelihatan Rafi sudah tertonggeng di atas karpet di tepi katil.

"Ala syiannyaa...Rafi sleepy ya,"

Rafi mengangguk dan menggosok matanya.

"Rafi tunggu kejap, mommy pergi buatkan susu ya,"

Baru sahaja dia sampai di pintu bilik, Rizal telah menghulur botol susu Rafi mengandungi susu yang telah siap dibancuh.

Nissa yang sedikit tergamam, hanya mampu mengucapkan terima kasih dan masuk semula untuk menidurkan Rafi.

*****"*****

"Anak-anak dah tidur?"

Sapa Rizal dari dalam bilik ketika Nissa melintas untuk ke biliknya.

Nissa berhenti sekejap dan menjengah bilik Rizal sambil menjawab, "anak-anak dah tidur..err," Nissa terkejut melihat Rizal tidak berbaju, hanya berseluar.

"Lah awak bukan tak pernah tengok saya tak pakai baju. Tak pakai apa-apa pun awak dah tengok kan," usik Rizal sambil membelek dokumen kerja di atas meja.

"Ish awak ni, kut ye pun jangan la cakap macam tu, anak-anak dengar nanti macamana, tak malu betul!" marah Nissa kemudian berlalu ke biliknya.

Nissa duduk di katil dan membuka tv sambil tangannya tidak berhenti menukar saluran. Dia tidak boleh fokus.

"Sekarang ni, aku dengan Rizal ni sebenarnya macam mana? Aku pelik jugak, dia ni betul-betul sayangkan aku ke sekadar bergurau je atau sekadar nak menikmati alam rumah tangga..Takkan secepat ni dah jatuh cinta? Hmm, dia suka sangat bergurau, suka mengusik, jarang nak serious, tak tahu bila masa dia betul-betul maksudkan apa dia cakap."

Ding!

Bunyi mesej whatsapp masuk. Nissa membuka handphonenya.

"Sekarang kita ni dah jadi suami isteri betul-betul ke, sekadar housemate je?"- Rizal Aiman

"Awak suami, ikut suka awak lah," Annissa

"Awak anggap saya ni suami awak ke tak?"

"Awak nak saya anggap awak suami ke tak?"

"mestilah nak 👉👈"

"Awak banyak kerja lagi ke tu?"

"Kenapa, nak saya temankan awak tengok tv ke?"

"Eh tak!"

"Amboi laju je jawab tak..iyela, kita ni siapa 💔"

mengada-ngadanyaaaa, getus Nissa..

"Awak kan banyak kerja"

"Awak..."

"Ya.."

"Saya kena pergi berkursus dua minggu"

"Lamanya..."

"Ha'ah..lama dan jauh sikit. Dekat Qatar."

"Oh.."

"Awak jaga diri, jaga anak-anak ya sepanjang saya takde,"

"InsyaAllah...bila awak kena pergi?"

"Lagi 3 hari,"

"So soon? And you just tell me now?"

Eh, alamak, kantoi pulak aku terkejut

"Hehe awak takut rindu saya ya,"

Nissa tidak terjawab persoalan itu. Mungkin tidak, dan mungkin juga ya.

"Nissa..kita balik Batu Pahat esok nak? Saya nak jumpa mak dengan abah sebelum ke Qatar,"

"Boleh je, nak tidur sana semalaman pun boleh. Saya boleh apply cuti hari Isnin,"

"Standby je baju, kalau boleh kita tidur semalam. Takut cuti saya yang tak approved. Kita bertolak lepas subuh esok ya,"

"ok"

"Nissa.."

"Ya.."

"Goodnight.. 😘"

"Nite Rizal"

Tak Henti GeloraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang