"Assalamualaikum gentlemen, thank you for coming. I am sure that most of you here know me but for those who don't, I am Ms Annissa Bahrin, I will be the company representative yang akan membentangkan proposal pada hari ini...."
Ketika sedang asyik membuat pembentangan, Nissa menyedari dari lapan tetamunya pada hari itu, ada seseorang yang menarik perhatiannya. Seingatnya dia tidak pernah berjumpa dengan jejaka itu sepanjang berurusan di jabatan kerajaan sebelum ini.
Matanya tajam, tubuhnya tegap, keningnya lebat, berkulit sawo matang tetapi ada hint pan Asian. Semua tentang lelaki itu menarik hati wanita Nissa. Namun, yang paling penting, dia cuma datang dan memerhati, lebih banyak diam, wajah serius yang pada Nissa, only means business.
Nissa membelek senarai tetamunya pada hari itu. Setelah menolak nama lain yang dikenalinya, akhirnya satu-satunya nama yang tinggal adalah Razif Imran bin Adam. Nissa tersenyum kecil mengingatkan kenakalannya curi-curi cari maklumat tentang jejaka kacak itu. Tidak pernah pula dia buat kerja merepek sebegini sebelum ini.
"Entah-entah sudah kahwin macam Arman dan anak dah ramai, manalah tahu. Eh kalau bujang sekalipun, ingat dia nak ke Janda anak dua macam aku ni. Dengan rupa handsome macam tu, boleh cari anak dara sunti muda dan cantik, buat apa nak cari yg dah umur 30 macam aku ni?Sudah-sudah, baik kau fokus pada kerja sekarang ni, ini sumber rezeki untuk anak-anak kau tau" dengan senyuman masih terukir di bibir, dia menutup semua fail projek berkenaan.
Setelah semua tetamunya beredar, Nissa ke meja Alin di luar bilik Tan Sri. "Alin, I need to go, I need to run some errands with the kids. And by the way, please inform Tan Sri that the project is secured," sambil mengenyitkan mata dan terus berlalu meninggalkan Alin yang melopong.
Dari dulu lagi Alin memujuknya supaya demand kenaikan gaji dari Tan Sri namun tidak diendahkannya. Cukuplah kenaikan berkala sepertimana orang lain. Apa saja penghargaan yang diberi oleh bosnya, dia mendapatnya bukan dengan jalan mudah.
Sesampainya di hadapan sekolah anak sulungnya, sudah tajam jelingan anak gadisnya itu
"Sara ingat mommy lupa. You are fifteen minutes late mommy," muncung anak gadisnya sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah jam tangan merah jambu hadiah hari jadinya tahun lepas. Sambil mengelus lembut rambut Sara, "Well my little smartypants here nak ikut mama shopping ke tak ni..hmmm..? pandai berleter Sara sekarang ya"..
"Of course, there are so many things I need to buy mommy" jawab Sara sambil tersenyum semula. "kita pegi pick up Rafi dulu ke?".
"taklah just you and me, girls day out. We will go and pick Rafi up at 6pm, as usual. Now, lets go have some shopping fun!!" Nissa memandu Volkswagen Jetta nya keluar dari kawasan tadika elit itu dan masuk ke highway NKVE menuju ke arah Setia City Mall, Setia Alam.
*****"*****
"mommy, I feel like eating sushi", sengih Sara menjuihkan bibirnya ke arah restoran Ichiban Boshi.
"we had sushi 3 times in a row Sara. Now why don't we try something different," Nissa menduga anak gadis pintarnya. "But mommy, we had sushi at other places, not here", seraya menarik tangan ibunya memasuki restoran makanan jepun itu. Begitu mudah, Airissara binti Haziq Iqbal memenangi argument kecilnya.
Sedang asyik membelek menu, matanya terarah kepada sepasang mata yang merenung di meja sebelah. Seperti ku kenal, detik Nissa. Wajah itu tersenyum nipis tapi senyumannya cukup menggertarkan jiwa wanitanya. Eh, bukankah..tanpa sempat menghabiskan ayat di dalam hatinya,
"Ms Annissa? I ke pejabat you untuk meeting tadi. Razif Imran by the way".
Ah yes! now i remember, "Encik Razif seorang sahaja?", hati nakalnya sungguh ingin tahu apakah jejaka ini telah pun berpunya, saja ingin tahu apa salahnya, kan?
YOU ARE READING
Tak Henti Gelora
RomansaKisah seorang ibu tunggal anak dua di kota metropolitan dalam mencari kebahagiaan untuk diri dan anak-anaknya. Perjalanan hidup seorang anak terbuang yang membina hidupnya sendiri. Haziq pernah mengecewakan dan menyakitkan dirinya, Razif datang men...