Bab 8

77 6 0
                                        

"Beep!"

Interkomnya berbunyi memecah hening suasana dibiliknya. Sudah boleh diagak Tan Sri akan menghubungi nya pagi ini selepas kejadian minggu lalu dengan Dato' Loqman.

"Nissa.."

"ya Tan Sri"

"masuk bilik saya sekarang, tak perlu bawa fail apa-apa. Tinggalkanlah sekejap kerja tu. Saya dah mintak Alin turun belikan coffee dekat Coffee Bean tadi"

"baiklah Tan Sri, your wish is my command. 5 minit lagi saya sampai."

Sudah faham benar perangai selamba bos nya ini. Bukan dia tak tahu kerja Nissa yang menimbun. Saja nak ajak borak lah tu, ngomel Nissa dalam hati. Selesai mengemas meja dan fail yang membukit dimeja ,  Nissa melangkah ke bilik Tan Sri Ahmad Raouf. Berat langkahnya kerana dia tahu, topik yang akan dibicarakan nanti mungkin lebih peribadi dari biasa.

Tok tok tok, ketukan di pintu kedengaran.

"yes, come in dear..have a sit" pelawa Tan Sri sambil menjuihkan mulutnya ke arah coffee cup.
Nissa membetulkan blouse dengan skirt high waisted yang dipakai hari ini sebelum duduk di sofa. Memilih untuk tampak lebih feminin hari ini, Nissa memadankan blouse putih linen nya dengan tudung berwarna cerah berbunga lembut dan mekap matanya juga cerah dan lembut, menampakkan kecantikan asli wajahnya. Sedap mata memandang kata Alin.

"I am sorry for that arranged meeting yang saya set up between you and Dato' Loqman," ternyata betul telahan Nissa. Dia hanya memandang kosong ke arah meja kopi, tidak tahu apa yang patut dikata.

"I didn't mean to interfere tapi dah lama dia mintak tolong, tak sampai hati saya nak menolak lagi", sambungnya lagi.

Nissa cuma senyum. Perlahan dia menghirup kopi latte dari cawan.

"Its ok. Lagipun dia sebenarnya pernah jadi ahli keluarga saya kalaupun sekarang cuma tinggal sejarah."

Sayu luahan yang didengari itu.

"Saya tahu Nissa tidak ada sesiapa lagi ahli keluarga selain Sara dan Rafi, kerana itulah saya selalu mengambil berat hal Nissa tiga beranak. Saya ikhlas bertanya khabar. Bagi saya, walaupun Nissa dan bekas suami dah berpisah, tidak ada salah untuk terus menganggap mereka sebagai keluarga. Saya tahu kisah lama antara Nissa dan bekas mertua Nissa, bagaimana Nissa tidak diterima dan membawa diri. Dato' Loqman ada ceritakan pada saya."

Saat itu, air mata wanitanya bergenang lagi. Mengingatkan berkali-kali dia dibuang.

Sejak dari bayi, di buang ibu bapanya sendiri, yang ditinggalkan hanyalah sekeping surat beranak tanpa alamat yang jelas. Di dera mental dan fizikal oleh suami dan kemudian tidak diterima keluarga mertua.

Kenapa kenangan lalu amat menyakitkan. Perlahan, Nissa menyapu ekor matanya agar tidak nampak dia menangis di situ. Nissa lebih suka dilihat sebagai wnita yang tabah dari wanita cengeng kuat menangis.

"Nissa, Dato' Loqman dah berubah. Dia sedar salah dia dengan Nissa. Dia sedar yang cara dia membesarkan Haziq tu salah dan hidup Haziq rosak kerana terlampau di manja. Saya kenal Haziq sejak dari dia kecil, cuma saya tidak pernah bercerita dengan Nissa. Saya tahu bagaimana sikap Datin Muna memanjakan Haziq. Dato' Loqman mengaku dia berdosa membiarkan Nissa seorang diri membesarkan anak-anak. Susah payah Nissa bekerja sambil mendidik anak-anak. Kerana itulah dia nak sangat kenal dan bermesra dengan cucu-cucunya. He wants to take part and lift up some of your burden Nissa"

"ya Tan Sri, saya pun nampak perubahan tu cuma hati saya masih takut. Takut dikecewakan lagi. Takut kebahagiaan yang saya bina bersama anak-anak dirampas. Mungkin saya perlukan sedikit masa lagi untuk bina keyakinan." satu demi satu kata-kata disusun mengharap supaya difahami.

Tak Henti GeloraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang