Bab 10

76 3 0
                                        

Terdengar bunyi pintu biliknya di ketuk, Nissa mengangkat wajahnya melihat bahagian kaca di pintu biliknya. Eh Razif? Hmm, Alin tak bagitau apa pun, saja la tu.

Nissa cuma mengangguk dan lelaki itu masuk lalu melabuhkan punggung di sofa. Razif mengambil peluang menghadap wajah bujur sirih buah hatinya.

Sudah 3 bulan berlalu dan Razif sudah benar-benar berjaya memikat hati Nissa. Setiap minggu tanpa jemu, Razif akan memandu ke kondonya untuk mengambil mereka tiga beranak untuk beraktiviti hujung minggu. Kadang-kadang pada malam hari bekerja pun dia datang membawa Nissa dan anak-anak keluar makan atau paling tidak pusing-pusing di bandar sambil berbual dalam kereta. Paling membuatkan Nissa tidak sangka, Razif turut membeli dua carseat dan memasangnya di seat belakang supaya anak-anak Nissa boleh kemana-mana dengan keretanya juga.

"Kenapa tak cakap nak datang ni..? tiba-tiba je muncul" ujar Nissa yang sebenarnya segan pula di tenung tajam. Razif yang berpakaian serba formal lengkap dengan tali leher  dan kot warna gelap, cuma menyandar di sofa dan memandang ke arahnya tanpa berkata apa-apa.

"I wanna look at you like this forever. Tak puas tengok you sekali je seminggu," usik Razif sambil tersenyum.

"kalau you rasa tengok I mcm ni boleh kenyang, I sambung buat kerja ya," geram pula Nissa dibuatnya.

"Ok ok, jom keluar sekarang sebelum you buka file lain,"

**********

"Actually I singgah harini bersebab" sambil mengacau air bandung sodanya, Razif cuba memulakan perbualan.

"uhuh, and that is..??"

"My firm landed a job in Singapore so I'll be busy flying in and out of Singapore and South Korea these few months, well it could actually drag to a year or more kalau tak kena gaya. I wont be able to be around much, but but butttt...next month I akan free since they will be busy with Christmas so masa tu I hope I can make amend or you know, catch up.."

"Next month I dengan anak-anak akan ke Perth, Tan Sri belanja vacation sbb I close deal that day, during that meeting with you and the Kementerian people"

"Hmmm..why didn't you say anything? I nak ikut!"

"You never ask. Eh wait, mana boleh you ikut vacation kitorang, you and I err...kan tak kawin lagi"

"Dear Nissa, my sweet sweet Nissa, other than being able to afford my own ticket, I can also afford to pay for my own room," sengih Razif nakal.

Nissa cuma ketawa kerana malu dengan kebodohan sendiri. Sudah tentulah Razif duduk di bilik sendiri, takkan nak berkongsi bilik pula!

"Then, I'll inform Alin to make extra booking for you. Anything you can directly contact dia, passport details and such," masih sukar nak percaya yang Razif akan mengikut dia dan anak-anak pergi bercuti.

"I hope I can meet the kids to tell them that I am not going to be around and a bit busy lepas ni. You rasa diorang kecil hati tak nanti?" risau pula Razif memikirkan reaksi anak-anak Nissa yang sudah rapat dengannya. Pasti dia akan rindukan mereka bila jarang berjumpa.

"I'm sure they will understand," ujar Nissa seperti yakin walhal dia tau, anak-anak akan sedikit kecewa, apatah lagi, setelah sekian lama baru anak-anaknya dapat merasa belaian kasih sayang seorang lelaki. Selama ini hanya mommy.

"So sushi tonight?"

"Sushi it is then."

*****"*****

Berada di tingkat bawah Aeon Mall Shah Alam, Nissa tiga beranak dan Razif berjalan menuju ke Sushi King. Sara yang dipimpin Razif mesra bercerita manakala Rafi duduk di stroller sambil ditolak mommynya.

Dari jauh Nissa ternampak susuk tubuh yang dikenali, tinggi sasa dan sedikit gelap, tidak lain, pasti Arman. Arman sedang berjalan dengan kanak-kanak sebaya Sara, dan dua lagi anak yang lain. Berada di sebelah Arman adalah seorang wanita yang sedikit berisi, berkulit cerah dan bertudung selendang.

Nissa tersenyum dari jauh, menangkap pandangan Arman yang serba salah. Setelah hampir berdepan, Nissa menegur, "bawak family makan ya," sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Maria.
"Eh, dah ada cik abang baru tak cakap pun," Arman memandang ke arah Razif seraya menyambut salam yang dihulur Razif. Razif cuma tersenyum tanda mengiyakan kata-kata Arman.

"Wife I nak makan steamboat Johnys, dekat sini tak crowded sangat,"
"Kitorang nak pergi Sushi King, ok lah, selamat menjamu selera,"
"terima kasih," jawab Maria menyambut salam dan tersenyum.

Setelah masuk dan duduk di meja, Razif berkata,

"I think.."

"yes, what are you thinking?"

"I think that dude somehow suka you, betul tak?"

Nissa cuma tersenyum, "he was. dulu-dulu. sekarang dah tak lagi,"

"Luckily I cepat kan?" gurau Razif.

"Hmm, iya lah, lucky me, haha. By the way, Alin nak a copy of your passport, asap,"

"bukan setakat passport, sijil kursus nikah pun I boleh bagi"

Tak Henti GeloraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang