"You pernah ke Batu Pahat tak?"
"Tak pernah. Its my first time. Razif, what if the kids dont behave di rumah your parents nanti, risau I"
"Nissa, your kids are perfect, stop worrying so much. And if they are not, it doesn't matter anyway. Parents I dah ada 20 orang cucu, yang akan datang pun ada lagi. Diorang dah biasa dengan budak-budak. Jangan risau ok," ingin saja Razif menggenggam tangan buah hatinya itu untuk menenangkannya, tetapi nanti kena marah pula, fikirnya sambil tersenyum.
Nissa membelek beberapa biji kek lapis sarawak yang dibelinya di airport sewaktu ke Sarawak atas urusan kerja minggu lepas. Penerbangan balik hari. Razif lah yang menjemput anak-anaknya hari itu kerana penerbangan baliknya tertangguh akibat cuaca buruk. Kalau dulu hidupnya sentiasa terkejar-kejar, sentiasa penat, kini dia sudah boleh bernafas lega kerana Razif benar-benar komited membantu. Dia tersenyum memandang Razif di sebelahnya yang serius memandu.
Minggu lepas juga, dia telah menghubungi Dato' Loqman. Berbicara dari hati ke hati. Dia masih belum membawa anak-anaknya berjumpa atuk mereka kerana dia perlu memastikan dia tidak akan menyesal dengan apa pun keputusannya nanti. Dia ada bercerita mengenai kisah hubungannya dengan Razif dan sekiranya ada jodoh akan mendirikan rumah tangga. Air mata Dato' Loqman menitis jatuh memandangnya.
"Papa harap, papa dapat wakilkan Nissa ketika perkahwinan nanti, walaupun bukan sebagai wali, tetapi sebagai keluarga. Papa harap sangat Nissa akan benarkan papa menjadi salah seorang ahli keluarga Nissa."
"InsyaAllah..terima kasih Dato', eh ermm..papa"
Sekali lagi Dato' Loqman menyeka air matanya mendengar perkataan itu. Pertemuan itu diakhiri dengan janji yang Dato' Loqman tidak akan mengabaikan cucu-cucunya lagi. Cukuplah tempoh berjauhan selama ini."ada surprise untuk you di kampung sebenarnya. tapi I'll not spill the beans until you yang figure out sendiri"
BMW hitam 5series itu masuk ke halaman luas yang sudah ada 3 buah kereta. Rumah kampung yang dikatakan Razif sebenarnya sangat luas. Dari jauh sudah boleh dilihat kerana lamannya sebesar padang, tanpa pagar dan pokok-pokok pula hanya ditanam di pinggir padang halaman yang luas itu. Sejuk mata memandang.
Sebelum turun dari kereta Nissa sekali lagi mengingatkan anak-anaknya supaya hormatkan tuan rumah dan guna bahasa melayu. Dia tidak mahu dilabel mendidik anak menjadi mat saleh celup pula.
Ibu bapa Razif sudah sedia menanti kedatangan mereka dan ibunya dengan mesra memeluk Nissa seperti ahli keluarga sendiri. Anak-anak bersalaman dan tanpa di sangka Rafi terus didukung ayah Razif seperti sudah kenal lama. Pertama kali berjumpa dengan orang tua Razif, Nissa terkejut. Patutlah Razif memiliki wajah pan asian, rupanya ayahnya dari baka campur.
"Lupa nak cakap, arwah atuk I mualaf dari Australia, hehe. Dia kahwin dengan arwah nenek semasa datang bekerja dekat sini" pendek tetapi jelas penerangan Razif.
"Oh patutlahh," baru Nissa faham.
Lega hati Nissa. Kerisauannya selama ini ternyata tidak berasas. Razif mendapat sifat penyayangnya dari sebuah keluarga yang sempurna.
"Nissa masuk bilik Angah ya, ada bilik air, tak perlu nak bertudung keluar masuk tandas di dapur".
"Terima kasih makcik. Nissa ada belikan kek lapis, buah tangan sikit,"
"Eh, apa makcik makcik ni, Nissa panggil mak dengan abah aje. Buat susah-susah aje Nissa ni. Opah nak pergi dapur kejap ya, Sara masuk la rehat dengan mommy dulu,"ujarnya kepada Sara pula.
"terima kasih opah," bersinar sinar mata Sara memandang wanita tua itu yang menyentuh pipinya. Apakah ini rasanya mempunyai nenek seperti yang disebut gurunya di tadika, fikir Sara. Kalaulah ya, beruntung kawan-kawannya yang mempunyai atuk dan nenek.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tak Henti Gelora
RomantikKisah seorang ibu tunggal anak dua di kota metropolitan dalam mencari kebahagiaan untuk diri dan anak-anaknya. Perjalanan hidup seorang anak terbuang yang membina hidupnya sendiri. Haziq pernah mengecewakan dan menyakitkan dirinya, Razif datang men...