Bab 11

67 4 0
                                        

"mommy, its very windy and cold here" komen Sara saat mula-mula keluar dari pintu Perth International Airport.

"yes honey, its the coldest season of the year here. Nasib baik tak snowing, kalau ada snow lagi sejuk la jawabnya sayang,"

Itulah komen pertama anak gadisnya. Mujurlah Nissa membawa tandem stroller, dapatlah dua beradik itu berkongsi stroller. Mujur juga Razif mahu ikut, kalau tidak tentu pening juga dia. mana mahu menolak stroller anak-anak, mana mahu menolak troli bagasi. Razif di tepi hanya tersenyum. 5 jam penerbangan, sabar dia melayan keletah Rafi, indah sungguh percaturan Allah.

Mereka terus mengambil teksi airport ke hotel kerana sudah pasti anak-anak penat dan mahu berehat terlebih dulu.

"Nissa, is it ok if Rafi stay dalam bilik I? You can rest a little. I can help you manage Rafi"

"Really?" terbeliak Nissa mendengarnya. Tidak sangka akan ada lelaki yang akan suka-suka menawarkan diri menjaga budak. Any other man would jump the other way.

"Yes, really. I know how to handle kids, diaper change, mixing some formulas..kalau dia nak mommy, I can always knock on your door, can't I", sengih Razif nakal. Tidak pasti Nissa memahami atau tidak gurauan nakalnya itu.

"Thanks Razif, thanks a million. Kita setel solat apa semua then we will go grab a bite somewhere ok," dan menyambung, "make sure you are dressed when knocking, I dont wanna see you half naked" ujar Nissa membalas gurauan dengan senyuman yang lebih nakal.

Razif menggaru kepala tanda dia yang terkena.Sambil meraup rambutnya ke belakang dia memandang ke arah Sara yang diam kepenatan.

"Car Rental company tu akan hantar kereta malam ni. Then it will be easier for us to move around. "

Sesampainya di depan lobi hotel Hyatt Regency Perth, teksi berhenti dan menurunkan penumpang-penumpang, disambut oleh bellboy yang sudah bersedia meletakkan bagasi ke dalam trolli. Selesai proses check-in dan mengambil kunci serta meminta baby cot tambahan dialih ke bilik Razif, mereka melangkah menuju ke lif.

Sesampai mereka di depan pintu bilik Razif, Rafi sudah memaut kuat lehernya tanda tidak mahu berpisah. "Boys will be sleeping together tonight, Rafi jangan risau ok" kata Razif sambil mencuit hidung Rafi, mengimbas kad di pintu bilik dan membuka pintu. Bellboy menolak luas membuka pintu dan bertanyakan beg mana yang sepatutnya diletak di situ. Nissa cuma memerhati, hatinya benar-benar berbunga kini.

Masuk sahaja ke biliknya Nissa dan Sara dua beranak terus rebah di katil. Bukanlah kepenatan benar, saja dia mahu baring sebentar. Bagaimana agaknya kalau tiada Razif? mungkin sekarang dia masih kalut dengan bagasi dan anak-anak di airport. Dan kemudian kalut pula di bilik, membuat susu, menukar baju dan pampers Rafi. Selang setengah jam kemudian, terdengar ketukan di connecting door di tengah bilik. Ada pintu yang menghubungkan biliknya dan bilik Razif, namun hanya boleh dibuka apabila dia yang membuka pintu. Nissa menyarung tudung sarung Ariani yang dibawanya. Nasib baik bawa tudung sarung sehelai dua, kalau tak, kalut lah nak menyarung shawl panjang tu.

Kerana sudah selesai solat, Nissa hanya memakai seluar panjang santai dan bertshirt lengan pendek dan bertudung sarung ringkas. Apabila mula-mula membuka pintu, Razif terdiam sebentar memerhatikannya dari atas ke bawah, sambil Rafi masih memimpin tangannya. "Rafi said he wants to visit mommy and he wants to show mommy, dia dah siap tukar diaper dan baju. Susu pun uncle Razif dah buat yang lain.

And by the way, I love how laid back you look right now, dah macam duduk rumah pulak. " sambil tunduk ke arah Rafi, dia berkata, "Rafi duduk dengan uncle dulu ok, mommy nak bersiap tu, babai mommy" Nissa cuma tersenyum dan menutup pintu. Sempat pula Razif menukar bilik di concierge tadi, meminta connecting rooms supaya mudah jika Rafi meragam mencari mommy di malam hari.

Malam itu Razif memandu mereka keluar dan membeli kebab di kedai halal milik pasangan pakistan. Yang mencuit hati Nissa adalah apabila Razif meletakkan 4 paket kecil sos cili dan 4 paket kecil mayonis yang dibawa dari Malaysia ke dalam beg galas berisi susu dan pampers, tekaknya tak boleh telan kalau tidak pedas dan makanan barat memang biasanya kurang rasa, sambil tersengih mengharap Nissa tidak mentertawakan dia.

5 hari berada di Perth melawat Freemantle, Mandurah, Caversham dan beberapa tempat lain lagi yang mesra kanak-kanak, bersama Razif, memberi nafas baru kepada Nissa. Tidak pernah dia merasa begini. Dia tidak pernah kenal kasih sayang ayah dan ibu, dia tidak tahu apa rasanya dimanjakan dan disayangi. Tempoh percintaan dan bahagia dia bersama Haziq terlalu sekejap. Haziq tidak tahu memanjakan dia, malah dia pula mengharap dimanja dan difahami selalu. Jauh seperti langit dan bumi karektor mereka berdua.

Dengan Razif, bukan anak-anak sahaja yang bahagia, dia juga turut merasa disayangi. Bezanya dia tidak dipeluk dan didukung sahaja. Razif menghormati Nissa dan sangat menjaga kehormatan wanita yang mahu disunting menjadi isteri itu. Apabila sesuatu berlaku seperti Rafi menumpahkan air atau membaling makanan, Razif tidak kalut. Dia cukup bersahaja, tidak cepat melenting dan banyak bersabar. Ketika dia memandu pun sudah boleh dilihat. Rasanya Nissa jauh lebih agresif di jalan raya, sehingga kadang-kadang terlupa anaknya ada di belakang mendengar sumpah seranahnya ketika memandu. Tetapi tidak Razif, dia tidak terkesan dan memang sangat sabar, tidak pernah Nissa mendengar dia terlepas cakap perkara tidak elok.

Pada hari terakhir di Perth, Razif membawa mereka ke ladang strawberi. Apalagi menjerit gembira la dua beradik itu berlari ke sana sini di ladang. Winter di Perth tidak ekstrem, salji pun tiada, hanya perlukan jaket biasa. Mereka mengutip strawberi sambil makan. Setelah penat mereka duduk pula di cafe sambil menikmati strawberry cheesecake dan menghirup coklat panas.

"I wish I can call you daddy," tiba-tiba ayat itu keluar dari mulut Sara.

Terdiam Razif dan Nissa terkedu...

"You can if mommy wants to marry me," jawab Razif, matanya tidak beralih dari wajah Nissa.

"Would you? marry me, I mean.." Razif perlahan bersuara. Peluang bertanyakan soalan ini tidak akan dipersiakan. Meskipun masih awal, dia mahu kepastian arah tuju hubungan mereka berdua.

Tempoh perkenalan yang tidak lama, tetapi cukup untuk meyakinkan Nissa, membuatkan dia tidak mahu berfikir panjang lagi. Mereka berempat sudah terlalu rapat, tidak manis keluar selalu begitu. Dia juga mula menganggap Razif lebih istimewa dari sekadar teman biasa.

"I have to meet your family before I say yes. Cukupla sekali dulu I kena reject. I dah ada anak dua. What if your family tak suka?"

"They've been asking to meet you forever tapi I yang nak tunggu you bersedia. Now that you have said this, I really hope that you wont back out." Razif lega kerana Nissa memahami hatinya, seperti mengerti keikhlasan Razif.

"I wont Razif. Dont worry"

Oleh kerana mereka telah pun check-out dan memulangkan kereta yang disewa, destinasi yang tinggal cuma untuk ke airport sahaja. Sempurna, itu lah perkataan terbaik untuk menggambarkan percutian ini.

Tak Henti GeloraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang