Pagi-pagi hujung minggu ni siapa pulak buat bising ni? detik Rizal yang menyambung tidur semula selepas subuh tadi.
Dia bangun menggosok gigi, mencuci muka dan menukar boxer nipisnya kepada seluar pendek dan singlet tanpa lengan. Saja nak tayang kat Nissa biceps sikit, tawanya dalam hati.
Sebaik sahaja mahu menuruni tangga ke bawah, bau wangi nasi lemak dan sambal menusuk hidungnya. Terlihat Nissa sedang memvacum carpet di depan tv.
Dia ni tak tahu penat ke, semua nak buat sendiri.
"Selamat pagi!" tegur Rizal sambil duduk menyilang kaki di sofa di belakang Nissa.
Nissa yang terkejut hampir saja jatuh ke belakang namun sempat ditangkap Rizal.
"Pagi-pagi lagi dah nak bermanja dengan saya" ujar Rizal sambil tersenyum.
Setelah mendapat kestabilan dan berdiri tegak, Nissa berkata, "Nasib baik Nissa tak ketuk dengan vacum ni tau! Ada ke buat orang terkejut macam tu," Dia berjalan menuju ke arah plag dan menutup suis.
"Awak dah makan ke?"tanya Rizal.
"Belum.."
"Breakfast dengan saya jom. Awak duduk rehat, saya buatkan kopi paling sedap dalam dunia ni. From now on, I will be your private barista"
Nissa cuma mencebik, "elleh setakat pakai cappucino segera letak dekat mesin kopi tu, memangla sedap. cuba bancuh sendiri tengok, "
Rizal cuma tersengih macam kerang busuk, dan mengambil dua biji pinggan..
"sedapnya bau nasi lemak...Sara belum bangun ya? Rafi pun sedap berdengkur tadi"
"belum..diorang memang bangun lewat sikit hujung minggu macam ni. Sempatla nak lipat baju, kemas baju," Nissa merehatkan kepalanya ke lengan yang diletak di atas meja dan mengeluh. Dia memejam mata untuk berehat sebentar.
"Next week kita cari maid ya. Saya taknak awak susah-susah maintain rumah ni sendiri. Saya pun busy, kadang-kadang malas, hehe," ujar Rizal sambil memerhatikan Nissa berehat.
Dia melangkah mendekati Nissa, mengangkat tangan dengan niat untuk mengurut leher dan bahu Nissa yang kepenatan tetapi dia tidak berani, dia tidak mahu Nissa tidak selesa dengan kehadiran dia dalam rumah yang dihadiahkan arwah adiknya untuk Nissa ini.
Perlahan, dia melangkah semula ke mesin kopi dan mengambil kopi kapucino yang siap di bancuh.
"Jom makan," lembut suara Rizal mengejutkan Nissa dari rehat.
Nissa yang seperti terdengar suara Razif memanggilnya lembut terus mengangkat kepala merenung Rizal. Dia rindukan Razif.
Kenapa?? Kenapa harus Razif meminta hubungan ini? Razif tak tahu ke seksanya melihat orang yang kita sayang di hadapan kita tapi itu sebenarnya bukan dia?!
Air mata Nissa bergenang.Rizal yang berada di depannya bangun, berjalan mendekati Nissa dan menarik Nissa ke dalam pelukannya. Nissa menangis teresak-esak.
"Nissa rindu Razif..Nissa rindu sangat-sangat," tangis Nissa hiba.
Rizal cuma mampu memeluk dan menenangkan Nissa tapi tidak mampu berkata-kata. Dia pernah kehilangan Amani dan bayi dalam kandungan Amani 5 tahun yang lepas. Dia faham. Tangannya yang berada di belakang Nissa cuma menggosok belakang isterinya itu.
"Awak tahu apa yang saya buat masa saya kehilangan Amani, isteri saya 5 tahun lepas?"
Nissa yang masih berada dalam pelukan Rizal cuma menggeleng. Dia tidak mahu melepaskan Rizal. Ini sahaja yang mampu mengubat rindu dia pada arwah Razif.
"Awak jangan gelak." dan dia menyambung, "saya pergi pantai."
Nissa melonggarkan pelukan dan mendongak,"pantai?"
"Iya, pantai. Saya bawak semua mainan yang budak-budak selalu bawak ke pantai tu, dan saya buat istana pasir,"
"Istana pasir? kenapa istana pasir?" Nissa mengerutkan keningnya sambil menahan sendu yang berbaki.
"Sebab saya rasa macam saya hadiahkan istana tu untuk dia di sana. One castle every time. Well yeah, other than sedekahkan yassin dan alfatihah everytime I think of her, sand castle is a pretty nice gift I think. And its good if you like tan skin," gurau Rizal.
Dia tunduk merenung wajah Nissa, tangannya perlahan menyapu air mata yang masih ada di birai mata Nissa, perlahan dia mencium dahi Nissa.
"You'll be ok, just like I was. You have been tough all these time. And now, you are not alone. I will be right here with you,"Rizal mengelus lembut rambut Nissa yang lurus separas bahu.
"And, I can be a good sand castle builder team, kalau Nissa sudi,".

ANDA SEDANG MEMBACA
Tak Henti Gelora
RomanceKisah seorang ibu tunggal anak dua di kota metropolitan dalam mencari kebahagiaan untuk diri dan anak-anaknya. Perjalanan hidup seorang anak terbuang yang membina hidupnya sendiri. Haziq pernah mengecewakan dan menyakitkan dirinya, Razif datang men...