"mommy, I'm still sleepy,"
Terasa bersalah pulak kejutkan Sara awal, detik Nissa.
"sorry baby, just brush your teeth and change ok. Mommy dah letak baju atas katil."
"What about Rafi?" tanya Sara sambil terpisat-pisat menggosok mata.
"Its ok, later daddy just angkat letak dalam carseat je."
*****"*****
"I'm so sorry, when I said nak bertolak lepas subuh tu, I didnt think about the kids. Padahal ok je if nak bertolak at 9 or 10, Batu Pahat is not that far."
Nissa cuma tersenyum memandang Rizal.
"Its ok. We just need to stop at petrol station later to change Rafi's diaper. Nanti bocor pulak."
"Ok mam"
Sesampainya di perkarangan rumah Mertuanya, Nissa mengejutkan Rafi dan Sara.
"Eh, ni kereta siapa pulak ni?" Rizal bercakap sendiri.
"Ada sapa-sapa cakap nak balik jugak ke?" Nissa bertanya.
"Takde pulak. Dalam group whatsapp semalam baru saya tanya"
"Tetamu mak abah kot,"
Rizal membuka carseat Rafi dan Sara sebelum mengambil beg di dalam Mitsubishi Outlander berwarna hitam yang dibeli khas untuk keluarga barunya.
"Assalamualaikum.." Nissa memberi salam.
"Waalaikummussalam, ha kamu dah sampai..Ni kebetulan ada kawan kamu datang nak jumpa ni Rizal," kata ibunya.
Belum apa-apa, terjengah wajah Hanna dari dalam.
Rizal yang terkejut hampir menjatuhkan beg di tangan.
"Eh naiklah, borak dengan kawan kamu ni, mak buatkan air. Naik ya Nissa, cucu-cucu nenek."
Bapa Rizal yang kebetulan ingin keluar ke kedai terus meletakkan cucu-cucunya di atas motor. Dia beri isyarat pada Rizal, "pandai-pandai lah kamu," dan berlalu. Ada nada marah pada suara ayahnya.
Nissa yang masih belum mengerti cuma tersenyum dan mendaki tangga rumah itu kemudian bersalam dengan Hanna.
"Hanna, ada apa datang sampai ke sini ni?" soal Rizal tidak menunggu lama.
"Eh, kenapa, tak boleh ke Hanna datang? Dulu kan pernah bawak Hanna datang sini? Lupa ya?"
Terdiam Rizal sebentar mendengar jawapan sinis dari Hanna.
"Takpelah kalau macam tu. Ni Nissa, my wife. Hmmm...Masuklah dulu. " jawab Rizal setelah berkira-kira buruk baik menerima tetamunya yang satu ini.
Nissa senyum mengangguk. Dia juga turut duduk di sebelah Rizal.
"Saya Hanna, dulu saya dengan Rizal ni bercinta masa dekat universiti..sebab tu saya pernah datang sini berkenalan dengan mak abah Rizal."
Nissa terkedu. Hanna bercerita tanpa memikirkan siapa yang duduk berhadapan dengannya. Kata-katanya petah tetapi seperti kanak-kanak yang rendah intelijen emosi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tak Henti Gelora
RomanceKisah seorang ibu tunggal anak dua di kota metropolitan dalam mencari kebahagiaan untuk diri dan anak-anaknya. Perjalanan hidup seorang anak terbuang yang membina hidupnya sendiri. Haziq pernah mengecewakan dan menyakitkan dirinya, Razif datang men...