"Nissa, Nissa sihat?", ibu mertuanya mengelus rambut Annissa, cuba menyelami apa yang difikirkan menantunya itu. Nissa cuma mengangguk. Dalam keadaannya terbaring di katil, tidak banyak yang mampu dilakukan.
"Mak, anak-anak sihat? Nissa rindu.."
"Sara dengan Rafi ok, diorang duk tanya mommy mana.. Mak cakap mommy sakit. Alhamdulillah diorang faham. Pandai Nissa didik anak-anak."
Hatinya sendiri masih pilu mengenangkan kehilangan anak bongsu kesayangannya. Semalam Rizal pulang, mengadu mengenai Nissa yang tidak tahu apa-apa mengenai pemergian Razif, telah menyangka yang dia adalah Razif. Kata Rizal, dia tidak sanggup. Dia merayu Nissa diberitahu keadaan sebenar.
"Nissa, mak ada sesuatu nak bagitau kamu,"
"Ada apa mak? Mak, Razif tak datang ya harini. Dia tolong jagakan anak-anak ya? Kenapa mak susah-susah datang, dengan wheelchair lagi, Razif je datang cukuplah,"
"Nissa, mak terpaksa berterus terang dengan Nissa,"
Nissa memandang ibu mertuanya yang berkelakuan pelik itu. Panjang keluhannya sebelum menyambung,
"Razif suami kamu, anak bongsu mak, dah meninggal seminggu lebih dah Nissa. Sudah hari ke-8,"
Nissa mengambil masa cuba memahami. Jantungnya berdegup kencang. Tangannya ketar.
"Tak lah mak, semalam abang ada dengan Nissa masa Nissa sedar, mak janganla cakap bukan-bukan. Mak buat Nissa takut,"
"Itu Rizal nak, Rizal yang kebetulan ada dengan Nissa semalam, bukan Razif nak.."airmata ibu tua itu mengalir perlahan.
"Mak!! Abang Razif dah janji takkan tinggalkan Nissa seorang diri mak!! Semalam abang Razif ada dengan Nissa!!," tiba-tiba Nissa hilang kawalan kerana terasa dunianya diragut tiba-tiba.
Jururawat yang mendengar jeritan Nissa serta merta berlari mendapatkan Annissa dengan suntikan penenang. Sebelum masuk melawat Nissa, ibu Razif terlebih dahulu memaklumkan doktor untuk membawa perkhabaran ini pada Nissa supaya ada langkah berjaga-jaga.
"Abang dah janji takkan tinggalkan Nissa! Abang kejam!!Abang..! Abang...!!," makin lemah jeritannya dan sebentar kemudian dia terlena. Dia sendiri tidak sedar entah bila dia disuntik. Rizal yang dari luar wad berlari masuk mendapatkan ibunya yang teresak-esak menangis. Tiada kata-kata yang dapat dia katakan. Sungguh, dia juga tidak mahu menerima kenyataan, apatah lagi isteri Razif sendiri.
"Mak, patut ke Rizal pergi semula kerja, tinggalkan Nissa kat sini. Mungkin lagi mudah kalau Rizal tak ada."
"Tapi mak perlukan Rizal untuk bantu jaga Nissa. Kak Chik kamu dah balik rumah dia. Mak dengan abah aje tak mampu. Sara dengan Rafi pun perlukan jagaan. Sekurang-kurangnya sampai kaki Nissa dah elok sikit, Rizal sabar dulu ya,"
"Baiklah mak,"
******"******
Wajah yang sama tetapi perwatakan yang berbeza. Razif adalah lelaki yang menjaga penampilan, sentiasa berkot kemas apabila bekerja, dan walaupun ketika santai, perwatakan dan pakaiannya masih serius.
Rizal pula sentiasa santai. Bidang pekerjaannya hanya memerlukan dia memakai coverall, di waktu lapang pula dia selesa berseluar pendek bawah lutut. Dengan hanya bert-shirt dan berseluar pendek, baru dia selesa.
Razif tidak gemar bersukan outdoor, dia hanya ke gim. Rizal pula bermain macam-macam, paling digemarinya Tennis dan bola keranjang. Sewaktu Razif menerima anugerah kecemerlangan akademik, Rizal pula menyarung medal sukan.
Waktu di sekolah, ketika Razif asyik menelaah, Rizal pula tidak putus dengan teman wanita. Dia dikira Hot Stuff di sekolah dan kolej.
Razif sentiasa di perpustakaan, Rizal pula sentiasa di padang, membina otot. Razif berkulit lebih cerah dari Rizal, kerana tidak dibaham matahari sepertimana Rizal, memudahkan mereka dibezakan kawan-kawan dan guru ketika zaman persekolahan. Tetapi setelah habis universiti, mereka hampir tiada beza.
Tetapi mereka bagaikan satu nyawa. Bila Rizal cedera di padang, Razif sudah berlari dari kelas ke arahnya. Apabila ada sesuatu yang dirasakan tidak kena resoon dan naluri mereka bertindak segera. Mereka saling melengkapi.
Rizal merenung sekeping gambar di dalam frame di tangannya. Dia dan Razif berdua di padang ketika kejohanan sukan sekolah. Rizal tersenyum lebar, Razif pula hanya senyum senget melihatkan trofi yang dijulang Rizal. Rizal tahu Razif bangga dengannya. Sewaktu Razif mendapat tawaran menyambung bidang guaman di UIA, Rizal pula mendapat tawaran petroleum engineering di UTP. Itulah titik perpisahan mereka berdua. Dan kini, tiada jarak yang mampu mendekatkan mereka kembali.
*****"*****
Nissa memandang sepi halaman rumah ibu Razif. Dia tidak tahu apa yang patut difikirkan. Dia mahu Razif. Dia mahukan Razif disisinya kini. Sudah 3 bulan Razif pergi.
Sejak dari kes di wad, Nissa cuma diam, dia sudah hilang kata-kata.Rafi dan Sara juga menjauh, sudah jarang mendekatinya. Mereka banyak menghabiskan masa dengan opah dan tokwan. Percubaan mereka berbual dengan mommy berakhir dengan sepi, kadang-kadang mengangguk, kadang-kadang tiada respon.
Tan Sri Ahmad Raouf dan Dato' Loqman telah bersama datang melawat Nissa. Datin Muna juga ada bersama. Tan Sri memaklumkan, dia memberi cuti selama 6 bulan untuk Nissa pulih, bergaji. Banyak jasa Nissa dalam syarikat dan dia amat terhutang budi. Malah kerja Nissa diambil alih 100% olehnya dan baru dia sedar betapa besar tanggungjawab kerja Nissa selama ini. Oleh kerana itu, dia meluluskan cuti Nissa selama 6 bulan.
Semasa baru keluar dari wad, Rizal ada membantu menguruskan Nissa, dalam pergerakan, kerana ibunya sendiri tidak mampu, sementara Nissa membiasakan diri semasa menggunakan kerusi roda. Kini kaki Nissa semakin pulih hasil fisioterapi berterusan tetapi Nissa tetap berdiam diri. Namun bukan itu penyebab Rizal membuat keputusan untuk ke pelantar semula.
Dua bulan setelah pemergian Razif, Nissa yang baru terjaga dari tidur siangnya terus bangun keluar bilik menerpa memeluk Rizal, dengan tangisan hiba dan merayu, supaya Razif pulang menemaninya. Dengan hanya mengheret sebelah kaki yang masih belum pulih sepenuhnya, dia menerpa ke arah Rizal.
"Abang dah la tu. Baliklah bang, Nissa rindukan abang,"
"Nissa, jangan macam ni, tak baik Nissa. Nissa kena redha dengan pemergian Razif. Ingatlah pada anak-anak, mengucaplah Nissa" Rizal memujuk tetapi tidak sanggup menolak Nissa dari memeluknya.
Seketika kemudian baru Rizal sedar, ibunya memerhati dari jauh.
"Mak.." ujar Rizal meminta pengertian dari ibunya.
"Nissa, mari dekat mak nak. Tolong mak dekat dapur ya," sambil cuba menguraikan pelukan Nissa.
Selepas beberapa minit barulah Nissa seperti tersedar akan perlakuannya. Dia melihat ke arah Rizal, dan berkata, "Nissa mintak maaf. Nissa tak sengaja,"
Esoknya, Rizal bertolak pergi semula ke pelantar. Dan kini sebulan telah pun berlalu sejak Rizal pergi.
YOU ARE READING
Tak Henti Gelora
RomanceKisah seorang ibu tunggal anak dua di kota metropolitan dalam mencari kebahagiaan untuk diri dan anak-anaknya. Perjalanan hidup seorang anak terbuang yang membina hidupnya sendiri. Haziq pernah mengecewakan dan menyakitkan dirinya, Razif datang men...