Ini bukanlah perkara biasa bagi Razif. Kali terakhir dia keluar bersama perempuan adalah ketika dia baru mula berjinak mahu bercinta 6 tahun lalu. Sejak kecewa kerana cinta itu putus di tengah jalan, sehingga sekarang dia menutup hati. Tidak tahu mengapa tiba-tiba Annissa menarik perhatian hati lelakinya. Mungkin kerana kematangan berbicara dan kebijaksanaan wanita itu yang menggetarkan hati.
Pertemuan secara tidak sengaja di Restoran Ichiban Boshi itu menambahkan lagi minat dia terhadap wanita itu. Sungguh dia tidak menyangka wanita itu telah berkahwin dan mempunyai dua anak, pada mulanya Razif menganggap dia wanita korporat berkerjaya yang tidak pedulikan soal perkahwinan. Ternyata telahan dia salah sama sekali. Statusnya sebagai ibu tunggal langsung tidak membuatkan Razif kurang minat, malahan lebih tertarik dengan sifat keibuan yang ada pada Annissa.
Beep beep!! Getaran telefon bimbitnya terasa begitu mengujakan.
kami dh sampai di bawah.
Laju Razif membalas,
ok kejap.I'm on my way down.
Sambil membalas text Nissa, dia bergegas menyarung sneakers nya. Hanya santai berseluar jeans dan ber Tshirt Calvin Klein Jeans ringkas. Setelah mengunci studio house miliknya dia berjalan laju ke arah lif. Sepatutnya dia menunggu mereka di bawah, ini dia pula terlewat turun, marahnya kepada diri sendiri.
"Hi guys, eh errr, assalamualaikum" tersenyum sendiri dia sambil membuka pintu di sebelah tempat duduk driver yang sedang diduduki Nissa.
"Waalaikummussalam" jawab Nissa dan Sara sambil diperhatikan Rafi yang sedang minum susu dari botol. "You want to drive?" tanya Nissa.
"If you let me," jawab Razif sambil matanya tidak berkelip memandang wanita manis di hadapannya ketika itu. Nissa membuka klip seatbelt yang dipakai dan keluar dari kereta. Sempat dia mengerling Razif yang kelihatan santai dan kasual, berbeza dari waktu mereka bertemu sebelum ini, di mana Razif memakai kemeja yang dilipat ke siku dan bertali leher, berseluar slack dan berkasut kulit. Kacak pula lelaki ini santai begini, detik hatinya.
Nissa sendiri yang lebih selesa berseluar jeans pada luar waktu pejabat mengenakan jeans itu dengan blouse ringkas dan bertudung satin, dengan mekap minimal.
Jarang sangat dia tidak memandu sendiri. Pernah dia dipandu driver peribadi Tan Sri beberapa kali tapi amat berbeza perasaannya dengan keadaan sekarang. Terasa seperti keluarganya lengkap buat seketika. Jangan terlalu cepat berangan, ingatnya pada diri sendiri. Nanti tak kemana. Its just one dinner, anyway.
"Dah lama ke you bekerja dengan kementerian?"
"I bukan permanently there, only when they outsource for legal advise and bila diorang nak kene ada Legal witness je. I'm sharing a legal firm with another partner, actually baru je dua tahun naik jadi share partner. Before this I lawyer biasa saja,"ujar Razif merendah diri.
Dia mengerling ke tepi, mencuri pandang.
"What about you? Honestly I dont know much about you pun Miss Nissa," ujar Razif sambil melemparkan senyum malas nya kepada Annissa dan matanya kembali tertumpu ke arah jalan raya.
"I dont wanna bore you with the details. I dah kerja di company Tan Sri Ahmad Raouf for five years and yes just like you I started out as Assistant Marketing Manager je before I am where I am right now."
![](https://img.wattpad.com/cover/171996963-288-k815200.jpg)
YOU ARE READING
Tak Henti Gelora
Любовные романыKisah seorang ibu tunggal anak dua di kota metropolitan dalam mencari kebahagiaan untuk diri dan anak-anaknya. Perjalanan hidup seorang anak terbuang yang membina hidupnya sendiri. Haziq pernah mengecewakan dan menyakitkan dirinya, Razif datang men...