Bab 21

55 3 0
                                        

"Hello, assalamualaikum Nissa,"

"Waalaikummussalam abah, abah sihat?" tiba-tiba sahaja dia menerima panggilan dari bapa mertuanya.

"Abah sihat alhamdulillah. Abah cuma nak bagitau, mak jatuh dalam bilik air semalam. Hari ni tak boleh bangun. Banyak kali abah cuba call Razif tak dapat."

"Ya Allah, iya bah? Razif emergency drive ke Singapore subuh tadi abah. Tiket flight habis. Dah bawa mak jumpa doktor belum?"

"Dah abah dah bawa. Ada kemungkinan retak tulang pinggul. Cuma itula, asyik minta anak bongsu dia balik,"

"Nissa bertolak balik dulu lah kalau macam tu abah, bawa anak-anak. Razif boleh ke sana terus. Dah dekat kalau dari Singapore,"

"Elok juga tu Nissa. Boleh jumpa mak dengan abah,"

"Nissa bertolak lepas ambil anak-anak ya,"

"Hati-hati Nissa,"

Serentak itu, Nissa cuma menyampaikan pesanan melalui whatsapp, dengan harapan Razif akan membukanya sebaik ada kesempatan. Razif mengambil kunci keretanya subuh tadi, tanpa sempat memberitahu apa-apa, jadi BMW suaminya berada bersamanya.

*****"*****

"Alhamdulillah, nasib baik abah sedar cepat mak jatuh. Kalau lambat, tak tahu lah," Nissa yang duduk di meja makan bersama abang long dan isterinya, Kak Zai memberi komen.

"Itulah. Tapi dalam xray tak nampak pulak keretakan, kan bang?" tanya Kak Zai.

"Takda nampak. Cuma mungkin faktor usia jadi kesannya lebih la berbanding orang muda. Razif ada bagitahu bila dia sampai?" tanya abang long.

"Sepatutnya petang ni abang long,"

"Elok la tu. Mak duk tanya pasal Razif banyak kali, tak sampai hati pulak tengok,"

*****"******

"Sayang, temankan abang kejap. Abang nak pergi farmasi beli ubat tahan sakit mak," ajak Razif setelah tiba dari Singapore.

"Budak-budak, bang?"

"Sayang bagitahu Kak Chik kita pergi pekan kejap, mintak dia tengokkan anak-anak"...Razif menambah, "abang nak berdua sekejap dengan isteri kesayangan abang ni, rindu," sambil mencuit hidung Nissa.

"Ok, kejap bang," Nissa bangun mendapatkan kakak iparnya.

*****"*****

Sambil mengenggam tangan Nissa, dan sebelah tangan lagi mengawal stereng kereta, Razif mencuri memandang isteri yang dirindui.

"Makin cantik isteri abang,"

"Ada je abang ni. Kat luar tu lagi ramai yang cantik. Nissa ni biasa aja. Abang tu ramai yang kacau. Iras mat saleh la katakan, betul tak,"

"Haha takdelah  biasa aje. Abang tak suka nak melayan yang jenis suka mengendeng, abang cakap je terus terang abang nak diorang hormatkan space and work relationship. Biasanya diorang akan back off,"

Nissa mengakui Razif sememangnya kacak, malah dari segi paras rupa, Razif lebih menarik berbanding dia. Dia percayakan cinta Razif, cukuplah kasih sayang yang ditunjukkan Razif selama ini. Dia membalas genggaman suaminya.

Tiba-tiba sebuah lori dihadapan kereta yang dipandu Razif hilang kawalan, dia cuba membrek mengejut namun kereta tetap berpusing dan terbalik, terakhir kata-kata Razif yang didengari adalah,

"Allahuakbar!!!"

"Abang!!!!!!" dan kelam.

Tak Henti GeloraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang