"you! dah lewat macam ni baru nak balik?" suara Maria isteri Arman bergema di ruang tamu.
"yang you ni kenapa? I baru sampai dah membebel. Baru je sampai dah nak marah-marah." Arman yang kepenatan sudah makin menyampah.
"you tanya kenapa? you tak nampak ke I ni penat menguruskan anak-anak, uruskan rumah, you sedap-sedap je balik lewat," rungut Maria sambil menyikat rambut anaknya Tina yang berusia 6 tahun.
"kalau you yang tak cari pasal dengan bibik sampai bibik lari, you tak payah nak buat semua keje tu. You ingat I balik lewat ni suka-suka ke??!" Arman mula hilang sabar. Sudahlah kepenatan, di marah-marah pula.
"habis you nak salahkan I lah bibik lari?!"
"mama, Tina dah ngantuk, mama dengan papa janganlah bising bergaduh, nanti Tina tak boleh tidur." celah Tina. Tina bosan setiap kali mama papa nya berjumpa, macam anjing dan kucing. Apalah nasib.
"tengok, anak pun taknak dekat you, keje nak marah-marah, nak membebel je,"Arman mula mengikut Tina memanjat tangga ke tingkat atas. Dia tidak mempedulikan Maria yang masih lagi membebel di tingkat bawah.
"papa, papa dah makan?" bisik Tina kepada papanya.
"belum, kenapa?"
"mama masak lauk sedap papa, udang masak lemak. papa turunla makan nanti ok," kata Tina seraya berlalu ke bilik yang dikongsi dengan kakaknya Naily.
Arman tidak berkata apa-apa, hanya matanya menghantar anaknya pergi. Dia mengeluh panjang dan berjalan ke bilik. Arman menyalin baju. Semasa di dalam kereta tadi dia sudah terfikir, Maria lah yang menguruskan menghantar ambil anak-anak kerana pejabatnya lebih dekat. Tentu dia penat, mahu memasak lagi, mengemas lagi.
Setelah menyalin baju dan mandi, Arman turun ke dapur. Terlihat isteri garangnya tertidur di sofa. Arman menyenduk nasi di dalam rice cooker dan dan membawa ke meja. Dia mula menjamu selera. Benar kata Tina, sedap lauk masakan mamanya.
Dulu Maria memanjakannya habis-habisan, makan berhidang, berteman. Kini Maria yang juga eksekutif tinggi di pejabatnya, sudah tidak seperti dulu. Maria panas baran, selalu marah-marah, seperti mencari kesalahan Arman. Arman rimas, dia mahu bebas. Dia sukakan Nissa kerana kelembutan dan kesabarannya. Dia sudah lama diam-diam mengacau Nissa, untuk dijadikan kekasih dan kemudiannya isteri. Walaupun Nissa tidak melayan, dia yakin satu hari nanti dia akan dapat memiliki Nissa.
Setelah mencuci tangan, Arman terus naik. Dia tidak mahu mengejutkan Maria. Biarlah Maria hendak tidur di mana pun.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tak Henti Gelora
RomantikaKisah seorang ibu tunggal anak dua di kota metropolitan dalam mencari kebahagiaan untuk diri dan anak-anaknya. Perjalanan hidup seorang anak terbuang yang membina hidupnya sendiri. Haziq pernah mengecewakan dan menyakitkan dirinya, Razif datang men...